KELEBIHAN KAD PEKERJA MADANI YANG PERLU ANDA TAHU : SEMAK DAN MOHON SEKARANG!

KELEBIHAN KAD PEKERJA MADANI YANG PERLU ANDA TAHU : SEMAK DAN MOHON SEKARANG!

Kad Pekerja Madani merupakan satu inisiatif yang diperkenalkan oleh Kementerian Sumber Manusia sebagai hadiah atau manfaat kepada para pekerja, khususnya bagi mereka yang merupakan ahli kesatuan sekerja.

Inisiatif ini telah dilancarkan pada 1 Mei yang lalu. Oleh itu, bagi individu yang belum mengetahui mengenai kad ini, kami menggalakkan anda untuk terus mengikuti artikel ini hingga ke penghujungnya.

Baca Juga : SEMAKAN BANTUAN SARA 2025

APA ITU KAD PEKERJA MADANI?

Kad Pekerja Madani adalah inisiatif kerajaan Malaysia yang direka khusus untuk ahli kesatuan sekerja, bertujuan untuk memberikan akses kepada pelbagai diskaun dan kemudahan di lebih 100 syarikat di seluruh negara. Kad ini dihasilkan sebagai penghargaan terhadap sumbangan para pekerja serta untuk membantu meringankan beban kos sara hidup mereka dengan menawarkan diskaun sehingga 30 peratus bagi barangan keperluan dan perkhidmatan.

OBJEKTIF UTAMA KAD PEKERJA MADANI 2025

Berikut adalah objektif utama penghasilan kad ini :

  • Meringankan beban kos sara hidup pekerja melalui pemberian diskaun eksklusif ke atas barangan dan perkhidmatan harian, sekaligus membantu pekerja berjimat dalam perbelanjaan harian mereka.
  • Menggalakkan lebih ramai pekerja untuk menyertai kesatuan sekerja dengan menawarkan faedah dan insentif khas kepada ahli, sekali gus memperkukuh peranan kesatuan dalam memperjuangkan hak serta kebajikan pekerja.
  • Mengiktiraf dan menghargai sumbangan pekerja kepada pembangunan negara melalui pemberian manfaat ekonomi langsung seperti diskaun dan akses kepada pelbagai kemudahan.
  • Memperkukuh jaringan keselamatan sosial pekerja dengan menyediakan akses sistematik kepada pelbagai bentuk sokongan dan perkhidmatan kebajikan.
  • Mengukuhkan kerjasama strategik antara kerajaan dan sektor swasta dalam usaha memperkasakan kebajikan pekerja secara menyeluruh dan mampan.

KELEBIHAN & MANFAAT KAD PEKERJA MADANI

Bagi individu yang masih ragu-ragu untuk mendaftar, berikut adalah kelebihan dan manfaat yang akan diperoleh dengan memiliki Kad Pekerja Madani :

  • Diskaun sehingga 30% di lebih 100 syarikat termasuk pasar raya dan jenama popular seperti
    • AEON,
    • Mydin,
    • Jakel,
    • Giant,
    • Lotus’s,
    • Marrybrown,
    • Zus Coffee,
    • Old Town White Coffee,
    • Genting,
    • SOCAR,
    • Bateriku.
  • Tawaran khas untuk servis kereta, barangan asas, perkhidmatan harian, serta akses kepada promosi acara dan perkhidmatan peribadi.
  • Peluang untuk menyertai program latihan bersubsidi dan program kemahiran.
  • Sokongan kebajikan dan keselamatan sosial seperti bantuan kecemasan dan perkhidmatan kesihatan.

PENDAFTARAN KAD MADANI 2025

Bagi individu yang berminat untuk memohon Kad Pekerja Madani, anda boleh mengikuti langkah-langkah berikut. Namun, sebelum memohon, pastikan anda memenuhi syarat-syarat berikut untuk memudahkan proses kelulusan permohonan anda :

  • Warganegara Malaysia.
  • Ahli aktif mana-mana kesatuan sekerja berdaftar yang disahkan oleh kesatuan tersebut.
  • Tiada yuran pendaftaran; program ini dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan.

Permohonan Kad Pekerja boleh dibuat secara dalam talian dengan cara berikut :

  • Layari portal rasmi Kad Pekerja Madani di : https://kadpekerjamadani.mohr.gov.my/
  • Tekan butang “Daftar Sekarang” di bahagian atas skrin anda.
  • Isi maklumat peribadi, maklumat kesatuan, dan maklumat majikan yang diminta.
  • Hantar permohonan untuk disemak dan disahkan oleh kesatuan sekerja.
  • Setelah diluluskan, kad digital akan diterima dan boleh digunakan di premis rakan strategik dengan mengimbas kod QR atau menunjukkan kad digital.
KAD PEKERJA MADANI

MAKLUMAT LANJUT

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi. Sebarang persoalan atau pertanyaan, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.

INFO

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat.

Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat

Leave a Comment