KEMASKINI BANTUAN STR 2024 : UPDATE MAKLUMAT

KEMASKINI BANTUAN STR 2024 : UPDATE MAKLUMAT

Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) akan disalurkan seawal bulan Febuari 2024. Bantuan ini akan disalurkan kepada penerima yang layak secara berfasa dan jumlah bayaran adalah mengikut kategori yang ditetapkan. Kategori isi rumah dan bujang digalakkan untuk kemaskini maklumat baru.

Bagaimanakah cara kemaskini bantuan str 2024? Ikuti penjelasan lanjut di sini.

BACA JUGA : INSTEP PETRONAS : PERMOHONAN & SYARAT KEMASUKAN

TARIKH KEMASKINI STR 2024

Pemohon boleh mula melakukan kemaskini STR 2024 seperti tarikh di bawah :

TARIKH KEMASKINI STR 2024
Telah dibuka bermula 1 November 2023.

TARIKH BAYARAN STR 2024

Pembayaran bantuan STR adalah secara berfasa seperti tarikh di bawah :

TARIKH BAYARAN FASA
Febuari 2024 1
April 2024 2
Ogos 2024 3
November 2024 4

NILAI BANTUAN STR 2024

Nilai bantuan akan disalurkan mengikut kategori yang ditetapakan seperti di bawah :

  • Kategori isi rumah :
PENDAPATAN ISI RUMAH / BILANGAN ANAK 0 ANAK 1 – 2 ANAK 3 – 4 ANAK 5 KE ATAS
RM2,500 dan ke bawah RM1,000RM1,500RM2,000RM2,500
RM2,501 hingga RM5,000RM500RM750 RM1,000RM1,250

KEMASKINI BANTUAN STR 2024

Ikuti cara kemaskini Bantuan STR 2024 di bawah :

  1. Sila layari Portal rasmi Sumbangan Tunai Rahmah MySTR LHDNM.
  2. Klik butang (Log Masuk) untuk membuat kemaskini permohonan.
  3. Masukkan nombor Kad Pengenalan pemohon di ruangan (No MyKad).
  4. Kemudian klik (Semak).
  5. Klik (Ya) jika kata kunci keselamatan pemohonan yang dipaparkan adalah betul.
  6. Masukkan kata laluan pemohonan dengan betul.
  7. Anda akan dipaparkan pada halaman utama MySTR.
  8. Klik pada (Kemas Kini Permohonan).
  9. Isikan semua maklumat yang perlu dikemaskini dengan tepat.
  10. Masukkan dokumen sokongan yang diperlukan.
  11. Kemudian, tekan butang (Muat Naik).
  12. Klik butang (Teruskan).
  13. Masukkan kod Captcha berdasarkan imej yang diberikan dan tekan (SAHKAN CAPTCHA).
  14. Tandakan 9 (/) pada kotak perakuan.
  15. Seterusnya, tekan pada butang (Hantar).
  16. ‘Permohonan anda telah berjaya dikemaskini’.
  17. Selesai.

KAEDAH PENGHANTARAN BORANG DAN DOKUMEN KEMASKINI BANTUAN STR 2024

  • Muat naik secara dalam talian di Portal Rasmi STR semasa kemas kini pemohonan atau permohonan baharu; atau
  • Hadir ke Pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL) / Pejabat Satelit HASiL / Pusat Tranformasi Bandar (UTC) HASiL; atau
  • Dokumen dan borang yang telah lengkap diisi diposkan ke Alamat Kementerian Kewangan

RUJUKAN

Pihak kami hanya berkongsi maklumat berkaitan di atas sahaja. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan Bantuan STR, sila rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

Leave a Comment