KEMASKINI BANTUAN STR 2026 (SUMBANGAN TUNAI RAHMAH)

KEMASKINI BANTUAN STR 2026 (SUMBANGAN TUNAI RAHMAH)

Kemaskini maklumat bagi STR 2026 dibuka mulai 13 Oktober 2025 melalui laman web rasmi STR di https://bantuantunai.hasil.gov.my. Bagi memastikan anda layak untuk mendapat semua manfaat dari Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 semua pemohon dikehendaki mendaftar akaun MySTR baharu bagi permohonan STR 2026 walaupun telah mempunyai akaun MySTR pada tahun-tahun sebelumnya.

BANTUAN STR 2026

Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang STR 2026 dan panduan untuk anda mengemaskini dan mendaftar akaun MySTR.

Baca Juga : Senarai Terkini Bantuan Tunai Dari JKM

APA ITU BANTUAN STR 2026?

Bantuan STR atau Program Sumbangan Tunai Rahmah merupakan bantuan kewangan di bawah Belanjawan 2026 yang dikendalikan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM).

Program ini bertujuan membantu golongan berpendapatan rendah dan sederhana yang benar-benar layak dan memerlukan dalam menghadapi tekanan kos sara hidup.

STR 2026

Melalui penyasaran semula subsidi, Kerajaan dapat menambah baik serta meningkatkan jumlah bantuan tunai kepada rakyat yang memerlukan, sekali gus memastikan isi rumah berpendapatan rendah terus menerima sokongan yang sewajarnya menerusi STR 2026.

SYARAT KELAYAKAN PENERIMA STR 2026

Berikut adalah kriteria kelayakan untuk penerima STR 2026 :

Kategori IndividuSyarat Kelayakan
Isi RumahKahwin; atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang menepati syarat; danPendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah
Warga Emas Tiada PasanganBujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan Had umur adalah 60 tahun dan ke atas; danPendapatan Warga Emas Tiada Pasangan adalah RM5,000 dan ke bawah
BujangBujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan Had umur adalah 21-59 tahun; dan Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas; dan Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa dan Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah

Nota : Individu bujang berumur 21 tahun dan ke atas termasuk OKU berumur 19 tahun dan ke atas yang masih belajar sepenuh masa di Institusi Pengajian Tinggi Awam / Swasta hanya dibenarkan untuk dimasukkan ke dalam maklumat anak / tanggungan permohonan isi rumah dan tidak dibenarkan membuat permohonan sebagai individu bujang.

Ringkasnya, STR 2026 menyasarkan golongan berpendapatan rendah dan sederhana dengan had pendapatan isi rumah sehingga RM5,000 dan individu bujang berpendapatan bawah RM2,500, serta warga emas tiada pasangan berpendapatan bawah RM5,000.

KADAR BAYARAN SUMBANGAN TUNAI RAHMAH (STR) 2026

Kadar bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 bergantung pada kelayakan berdasarkan fasa permohonan yang diluluskan. Rujuk jadual di bawah :

  • Isi Rumah Pendapatan ≤ RM2,500
Bil AnakKadar STR 2026
Tiada AnakRM700
1 – 2 RM1,200
3 – 4 RM1,700
5 ≥RM2,200
  • Isi Rumah Pendapatan RM2,501 – RM5,000
Bil AnakKadar STR 2026
Tiada AnakRM200
1 – 2 RM450
3 – 4RM700
5 ≥RM950
  • Warga Emas Tiada Pasangan (Pendapatan ≤ RM5,000)
    • RM600
  • Bujang (Pendapatan ≤ RM2,500)
    • Pembayaran menggunakan mekanisme SARA

JUMLAH BANTUAN STR & SARA 2026

Berikut ringkasan mengenai jumlah bantuan STR + SARA untuk tahun 2026 :

Bantuan tunai STR untuk semua kategori isi rumah (berkahwin) telah dikurangkan jika dibandingkan dengan tahun sebelumnya.

Sebagai ganti pengurangan itu, bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dinaikkan kepada RM1,200 setahun (RM100 sebulan) untuk semua isi rumah penerima STR.

Jumlah bantuan tahunan (STR + SARA) bagi isi rumah berpendapatan bulanan < RM2,500 boleh mencecah :

  • RM1,900 (tanpa anak)
  • RM2,400 (1-2 anak)
  • RM2,900 (3-4 anak)
  • RM3,400 (5 anak ke atas)

Bagi isi rumah berpendapatan RM2,501 – RM5,000, jumlah bantuan tahunan ialah :

  • RM1,400 (tanpa anak)
  • RM1,650 (1-2 anak)
  • RM1,900 (3-4 anak)
  • RM2,150 (5 anak ke atas)

Penerima dari kategori miskin/miskin tegar e-Kasih boleh layak dapat tambahan SARA sehingga RM200 sebulan (RM2,400 setahun).

Langkah penurunan STR dan kenaikan SARA ini untuk menggalakkan lebih banyak bantuan disalurkan secara kredit khusus bagi pembelian barangan keperluan asas dan bukan dalam bentuk tunai sepenuhnya.

Warga emas tiada pasangan dan bujang juga menerima SARA mengikut kadar kategori masing-masing.

KADAR BANTUAN STR + SARA 2026

Penekanan utama kerajaan ialah memastikan jumlah bantuan kekal kompetitif, sambil memberi tumpuan kepada penggunaan kredit SARA yang lebih terurus dan tersasar.

KAEDAH PEMBAYARAN BANTUAN STR 2026

Kaedah pembayaran STR 2026 adalah seperti berikut :

  1. Kredit ke Akaun Bank Pembayaran akan dikreditkan ke akaun bank penerima / pasangan.
  2. Tunai di Kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN)
    • Pembayaran akan dilakukan secara tunai sekiranya :
      • Tiada maklumat akaun bank
      • Status pengkreditan gagal kredit

CARA DAFTAR AKAUN BAHARU MySTR 2026

Untuk makluman, anda dikehendaki untuk mendaftarkan semula akaun anda di laman MySTR walaupun telah mempunyai akaun sebelum ini untuk memastikan anda memperoleh segala manfaat di bawah program Sumbangan Tunai Rahmah (STR) ini.

DAFTAR AKAUN BARU MySTR 2026

Untuk daftar akaun MySTR anda, ikuti langkah-langkah di bawah :

  1. Layari portal MySTR di https://bantuantunai.hasil.gov.my
  2. Klik pada butang “LOG MASUK”.
  3. Klik ‘Daftar Pengguna Baharu’.
  4. Pengesahan soalan keselamatan akan dipaparkan. Klik butang ‘Seterusnya’.
  5. Masukkan Kata Laluan dan Pengesahan Kata Laluan.
  6. Klik butang ‘Daftar Akaun’.
  7. Selesai

Sekiranya anda telah memohon STR, status permohonan anda akan dipaparkan di bahagian “Semakan Permohonan” seperti dalam gambar di bawah :

DAFTAR AKAUN BARU MySTR 2026

Nota : Kepada pemohon yang belum kemas kini permohonan 3 tahun berturut-turut, perlu kemas kini permohonan STR 2025

TARIKH PERMOHONAN & KEMASKINI STR

Permohonan dan kemaskini STR 2026 akan dibuka sepanjang tahun. Namun bagi memastikan anda layak untuk menerima STR 2026 dalam Fasa 1, sila buat permohonan dan kemaskini sebelum 28 November 2025.

KEMASKINI BANTUAN STR 2026

Pemohon yang perlu membuat kemas kini permohonan STR adalah seperti berikut :

  • Individu yang memohon STR dan belum mendaftar akaun bank semasa permohonan awal juga boleh menambah maklumat ini sewaktu kemaskini permohonan.
  • Tidak mengemaskini permohonan tiga tahun berturut-turut.
  • Penerima STR yang mempunyai perubahan maklumat terkini seperti sudah berkahwin, bilangan anak sudah bertambah, atau perubahan pendapatan isi rumah.
  • Pemohon yang ingin menambah atau mengubah maklumat akaun bank, alamat surat-menyurat, nombor telefon pemohon dan pasangan, serta maklumat waris juga digalakkan untuk mengemaskini bagi menjamin kelancaran pembayaran bantuan.
  • Mereka yang sudah lulus permohonan STR tetapi terdapat perubahan status perkahwinan seperti cerai atau kematian pasangan, boleh mengemaskini maklumat setelah tarikh kemaskini dibuka.

CARA KEMASKINI BANTUAN STR 2026

  • Lawati portal rasmi STR di https://bantuantunai.hasil.gov.my dan log masuk ke akaun MySTR anda menggunakan ID pengguna (No. MyKad) dan kata laluan yang telah didaftarkan.
  • Setelah berjaya log masuk, klik pada menu “Kemas Kini Permohonan” untuk mengemas kini maklumat asas seperti nombor telefon rumah, nombor telefon bimbit, alamat surat menyurat, alamat emel, nombor telefon pasangan, maklumat akaun bank pemohon atau pasangan, serta maklumat waris. (Sila rujuk panduan bergambar di bawah)
CARA KEMASKINI MAKLUMAT STR 2026
CARA KEMASKINI BANTUAN STR 2026
PANDUAN KEMAS KINI STR 2026
SIAPA PERLU KEMASKINI STR 2026
SUMBANGAN TUNAI RAHMAH STR
KEMASKINI BANTUAN TUNAI
BANTUAN RAHMAH 2026 KEMASKINI

Rujuk panduan kemaskini STR (pdf) dibawah untuk mengetahui Cara Kemaskini STR lebih terperinci :

Selain kemas kini secara dalam talian, pemohon juga boleh mengemukakan kemas kini melalui penghantaran borang kemas kini permohonan STR ke Pejabat LHDN atau Pusat Transformasi Bandar (UTC) terdekat.

Pastikan semua maklumat yang diberikan adalah tepat dan terkini agar bantuan dapat diproses dan dikreditkan dengan lancar ke akaun bank.

SEMAKAN STATUS SUMBANGAN TUNAI RAHMAH (STR)

Semakan status permohonan dan kelayakan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 secara online adalah seperti berikut

  • Layari Laman Web Rasmi https://bantuantunai.hasil.gov.my
  • Log Masuk ke Akaun MySTR :
    • Klik pilihan “Log Masuk MySTR” pada halaman utama portal tersebut.
    • Masukkan nombor MyKad (12 digit tanpa tanda sempang).
    • Masukkan kata laluan yang telah didaftarkan semasa permohonan.
    • Sahkan kod CAPTCHA yang dipaparkan untuk mengelakkan akses automatik (bot).
  • Semak Status Permohonan :
    • Setelah berjaya log masuk, cari menu “Semakan Status” atau “Status Permohonan”.
  • Status yang akan dipaparkan termasuk :
    • LULUS (permohonan diterima dan dalam proses pembayaran)
    • DALAM SEMAKAN (permohonan sedang diproses)
    • TIDAK LULUS (permohonan gagal, biasanya disertakan sebab)
    • Juga akan tertera maklumat tarikh bayaran dan jumlah yang diterima (jika lulus).
  • Cetak atau Simpan Bukti :
    • Anda boleh mencetak halaman status atau menyimpan dalam bentuk PDF untuk rekod peribadi, khususnya bagi tujuan rayuan atau rujukan masa depan.

SOALAN LAZIM (FAQ) SUMBANGAN TUNAI RAHMAH STR

Permohonan STR 2026 boleh dibuat di kaunter LHDN?

Ya, selain online, permohonan boleh dibuat di cawangan LHDN, Pusat Khidmat Hasil, atau UTC.

Siapa perlu buat permohonan baharu STR 2026?

Pemohon pertama kali atau mereka yang gagal kelayakan tahun sebelum perlu buat permohonan baharu secara online atau manual.

Bila permohonan STR 2026 fasa 1 dibuka?

Permohonan baharu dan kemas kini kelayakan untuk STR 2026 Fasa 1 boleh dibuat mulai 13 Oktober 2025 hingga 28 November 2025.

Bolehkah login MySTR diakses melalui telefon bimbit?

Ya, portal MySTR mesra peranti mudah alih dan boleh diakses melalui pelayar internet telefon pintar.

Adakah perlu daftar semula akaun jika sudah pernah terima STR sebelum ini?

Ya, penerima sedia ada diwajibkan daftar akaun MySTR baharu bagi permohonan STR 2026.

MAKLUMAT & INFO LANJUT

Untuk maklumat lanjut dan sebarang pertanyaan berkaitan STR 2026, sila layari atau hubungi :

  • Laman Web Rasmi STR :
  • Talian Hotline BKK LHDNM : 1-800-88-2747 (Waktu Operasi : 9.00 pagi – 5.00 petang)
  • Talian Hotline MOF : 03-8882 4565 / 4566 (Waktu Operasi : 9.00 pagi – 5.00 petang)

­

Leave a Comment