LHDN BANTUAN RAHMAH FASA 4 2024 : SEMAK SEKARANG

LHDN BANTUAN RAHMAH FASA 4 2024 : SEMAK SEKARANG

Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) telah mengeluarkan jadual bayaran Bantuan Rahmah bagi fasa keempat (4) yang bakal dilaksanakan pada bulan November ini dengan melibatkan peruntukan sebanyak lebih RM1.7 billion kepada penerima sedia ada dan penerima baharu.

Bagaimanakah semak lhdn bantuan rahmah fasa 4? Ikuti penjelasan lebih lanjut di sini.

BACA JUGA : BANTUAN TAMBAHAN STR RM900 : SEMAK PENERIMA SEKARANG

LHDN BANTUAN RAHMAH FASA 4 2024

Bantuan Rahmah adalah sebuah inisiatif bantuan daripada kerajaan yang dikelolakan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) di bawah Belanjawan 2024 yang disalurkan secara tunai kepada rakyat Malaysia yang berpendapatan rendah dan serdehana secara berfasa.

TARIKH BAYARAN BANTUAN RAHMAH FASA 4 2024

Berdasarkan jadual yang dikeluarkan oleh LHDN, tarikh bayaran Bantuan Rahmah Fasa empat (4) akan bermula pada :

JENIS PENYALURANTARIKH BAYARAN
Kredit ke dalam akaun
bank penerima
Bermula 7 November 2024
secara berperingkat
mengikut nombor akaun
Tunai di kaunter
Bank Simpanan Nasional
7 November 2024 (Khamis)

JUMLAH BAYARAN BANTUAN RAHMAH FASA 4 2024

Setiap penerima sedia ada akan menerima jumlah bayaran Bantuan Rahmah Fasa empat (4) seperti berikut :

  • Kategori Isi Rumah :
KELAYAKAN ISI RUMAHJUMLAH BAYARAN
FASA 4 2024
Isi Rumah Pendapatan
Bawah RM2,500 sebulan
0 anak : RM200.
1-2 anak : RM350.
3-4 anak : RM500.
5 ke atas : RM700.
Isi Rumah Pendapatan
Bawah RM5,000 sebulan
0 anak : RM150.
1-2 anak : RM200.
3-4 anak : RM250.
5 ke atas : RM350.
  • Kategori Bujang :
KELAYAKAN BUJANGJUMLAH BAYARAN
FASA 4 2024
Bujang Umur
21 hingga 59 tahun
RM100.
Bujang Umur
60 tahun dan ke atas
RM150.

SEMAKAN BANTUAN RAHMAH FASA 4 2024

Untuk mengetahui status bayaran Bantuan Rahmah Fasa empat (4), ikuti cara semakan di bawah :

  1. Sila klik pada pautan semakan LHDNM rasmi di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
  2. Masukkan nombor kad pengenalan tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
  3. Klik pada butang [Log Masuk].
  4. Seterusnya, klik butang [Semak].
  5. Sekiranya frasa keselamatan yang dipaparkan adalah betul, klik [Ya].
  6. Masukkan kata laluan yang betul.
  7. Klik butang [Log Masuk].
  8. Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
  9. Klik pula pada butang [Maklumat Bayaran].
  10. Status bayaran penerima fasa empat (4) akan dipaparkan.
  11. Selesai.

RUJUKAN

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi STR. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib di bawah :

  • Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
  • Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
  • E-mel : [email protected]

PENAFIAN

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://bantuantunai.hasil.gov.my/Download/Faq/SOALAN_LAZIM_(FAQ)_PEMBAYARAN%20STR%202024.pdf.

Leave a Comment