LINK KEMASKINI STR 2026 (SUMBANGAN TUNAI RAHMAH)

LINK KEMASKINI STR 2026 (SUMBANGAN TUNAI RAHMAH)

Permohonan baharu dan kemaskini maklumat STR 2026 dibuka mulai 13 Oktober 2025 melalui laman web rasmi STR. Untuk maklumam pemohon STR 2026 perlu mendaftar akaun MySTR baharu, walaupun sudah ada akaun MySTR sebelum ini bagi melayakkan diri menerima semua manfaat dari STR 2026.

CARA DAFTAR AKAUN BAHARU MYSTR 2026

Berikut ialah maklumat lanjut tentang Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 serta panduan untuk mengemas kini dan mendaftar akaun MySTR.

Baca Juga : Bantuan Ibu Bersalin (Permohonan & Semakan Status)

APA ITU STR?

Bantuan STR atau Program Sumbangan Tunai Rahmah merupakan bantuan kewangan di bawah Belanjawan 2026 yang dikendalikan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM).

APA ITU STR?

Program ini bertujuan membantu golongan berpendapatan rendah dan sederhana yang benar-benar layak dan memerlukan dalam menghadapi tekanan kos sara hidup.

Melalui penyasaran semula subsidi, Kerajaan dapat menambah baik serta meningkatkan jumlah bantuan tunai kepada rakyat yang memerlukan, sekali gus memastikan isi rumah berpendapatan rendah terus menerima sokongan yang sewajarnya menerusi STR 2026.

KELAYAKAN PENERIMA STR 2026

Berikut adalah kriteria kelayakan untuk penerima STR 2026 :

KategoriSyarat Kelayakan
Isi RumahKahwin; atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang menepati syarat; danPendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah
Warga Emas Tiada PasanganBujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan Had umur adalah 60 tahun dan ke atas; danPendapatan Warga Emas Tiada Pasangan adalah RM5,000 dan ke bawah
BujangBujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan Had umur adalah 21-59 tahun; dan Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas; dan Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa dan Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah

Nota : Individu bujang berumur 21 tahun dan ke atas termasuk OKU berumur 19 tahun dan ke atas yang masih belajar sepenuh masa di Institusi Pengajian Tinggi Awam / Swasta hanya dibenarkan untuk dimasukkan ke dalam maklumat anak / tanggungan permohonan isi rumah dan tidak dibenarkan membuat permohonan sebagai individu bujang.

Ringkasnya, STR 2026 menyasarkan golongan berpendapatan rendah dan sederhana dengan had pendapatan isi rumah sehingga RM5,000 dan individu bujang berpendapatan bawah RM2,500, serta warga emas tiada pasangan berpendapatan bawah RM5,000.

KADAR BAYARAN STR 2026 (SUMBANGAN TUNAI RAHMAH)

Kadar bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 bergantung pada kelayakan berdasarkan fasa permohonan yang diluluskan. Rujuk jadual di bawah :

ISI RUMAH PENDAPATAN ≤ RM2,500KADAR STR 2026
Anak 0RM1,000
Anak 1 – 2RM1,500
Anak 3 – 4RM2,000
Anak ≥ 5RM2,500
ISI RUMAH PENDAPATAN RM2,501-RM5,000KADAR STR 2026
Anak 0RM500
Anak 1 – 2 RM750
Anak 3 – 4RM1,000
Anak ≥ 5RM1,250
WARGA EMAS TIADA PASANGANKADAR STR 2026
Pendapatan ≤ RM5,000RM600
BUJANGKADAR STR
Pendapatan ≤ RM2,500

Individu bujang di bawah 60 tahun tidak lagi menerima STR tunai, sebaliknya menerima bantuan dalam bentuk kredit SARA sebanyak RM600 setahun.

KADAR STR 2026
JUMLAH BAYARAN STR DAN SARA 2026

KAEDAH PEMBAYARAN STR 2026

Kaedah pembayaran STR 2025 adalah seperti berikut :

  1. Kredit ke Akaun Bank Pembayaran akan dikreditkan ke akaun bank penerima / pasangan.
  2. Tunai di Kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN)
    • Pembayaran akan dilakukan secara tunai sekiranya :
      • Tiada maklumat akaun bank
      • Status pengkreditan gagal kredit

CARA DAFTAR AKAUN MySTR 2026

Untuk makluman, anda dikehendaki untuk mendaftarkan semula akaun anda di laman MySTR walaupun telah mempunyai akaun sebelum ini untuk memastikan anda memperoleh segala manfaat di bawah program Sumbangan Tunai Rahmah (STR) ini.

Untuk daftar akaun MySTR anda, ikuti langkah-langkah di bawah :

  1. Layari portal MySTR di https://bantuantunai.hasil.gov.my
  2. Klik pada butang “LOG MASUK”.
  3. Klik ‘Daftar Pengguna Baharu’.
  4. Masukkan Maklumat : Isi maklumat seperti Nombor MyKad dan alamat emel yang sah.
  5. Hantar Emel Pengesahan : Klik butang “Hantar Emel Pengesahan“.
  6. Sahkan Emel : Buka emel yang diterima, kemudian klik pautan “Sahkan Akaun Saya” untuk pengesahan.
  7. Lengkapkan Maklumat Keselamatan : Anda akan dibawa ke halaman pendaftaran. Isi Frasa Keselamatan, 5 soalan keselamatan, dan 5 jawapan yang mudah diingat.
  8. Cipta Kata Laluan : Cipta kata laluan yang baharu untuk akaun anda dan masukkan pengesahan kata laluan.
  9. Daftar Akaun : Klik butang “Daftar Akaun” untuk menyelesaikan pendaftaran.
  10. Log Masuk : Selepas pendaftaran berjaya, anda kini boleh log masuk menggunakan Nombor MyKad dan kata laluan yang telah ditetapkan. 
LOG MASUK MYSTR 2026
PAPARAN DASHBOARD LOG MASUK MYSTR 2026

Nota : Kepada pemohon yang belum kemas kini permohonan 3 tahun berturut-turut, perlu kemas kini permohonan STR 2025

TARIKH PERMOHONAN & KEMASKINI STR 2026

Permohonan dan kemaskini STR 2026 akan dibuka sepanjang tahun. Namun bagi memastikan anda layak untuk menerima STR 2026 dalam Fasa 1, sila buat permohonan dan kemaskini sebelum 28 November 2025.

KEMASKINI STR 2026

SIAPA PERLU KEMASKINI STR 2026?

Pemohon yang perlu membuat kemas kini permohonan STR adalah seperti berikut :

  • Individu yang memohon STR dan belum mendaftar akaun bank semasa permohonan awal juga boleh menambah maklumat ini sewaktu kemaskini permohonan.
  • Tidak mengemaskini permohonan tiga tahun berturut-turut.
  • Penerima STR yang mempunyai perubahan maklumat terkini seperti sudah berkahwin, bilangan anak sudah bertambah, atau perubahan pendapatan isi rumah.
  • Pemohon yang ingin menambah atau mengubah maklumat akaun bank, alamat surat-menyurat, nombor telefon pemohon dan pasangan, serta maklumat waris juga digalakkan untuk mengemaskini bagi menjamin kelancaran pembayaran bantuan.
  • Mereka yang sudah lulus permohonan STR tetapi terdapat perubahan status perkahwinan seperti cerai atau kematian pasangan, boleh mengemaskini maklumat setelah tarikh kemaskini dibuka.

LINK KEMASKINI STR 2026

  • Untuk kemaskini Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026, anda boleh melayari portal rasmi STR di https://bantuantunai.hasil.gov.my dan log masuk ke akaun MySTR anda menggunakan ID pengguna (No. MyKad) dan kata laluan yang telah didaftarkan.
  • Setelah berjaya log masuk, klik pada menu “Kemas Kini Permohonan” untuk mengemas kini maklumat asas seperti nombor telefon rumah, nombor telefon bimbit, alamat surat menyurat, alamat emel, nombor telefon pasangan, maklumat akaun bank pemohon atau pasangan, serta maklumat waris.

Rujuk panduan kemaskini STR (pdf) dibawah untuk mengetahui Cara Kemaskini STR lebih terperinci :

Selain kemas kini secara dalam talian, pemohon juga boleh mengemukakan kemas kini melalui penghantaran borang kemaskini permohonan STR ke Pejabat LHDN atau Pusat Transformasi Bandar (UTC) terdekat.

Pastikan semua maklumat yang diberikan adalah tepat dan terkini agar bantuan dapat diproses dan dikreditkan dengan lancar ke akaun bank.

SEMAKAN STATUS SUMBANGAN TUNAI RAHMAH (STR)

  • Semakan status permohonan anda boleh dibuat secara online melalui Portal STR di pautan berikut : https://bantuantunai.hasil.gov.my
  • Log Masuk ke Akaun MySTR :
    • Klik pilihan “Log Masuk MySTR” pada halaman utama portal tersebut.
    • Masukkan nombor MyKad (12 digit tanpa tanda sempang).
    • Masukkan kata laluan yang telah didaftarkan semasa permohonan.
    • Sahkan kod CAPTCHA yang dipaparkan untuk mengelakkan akses automatik (bot).
  • Semak Status Permohonan :
    • Setelah berjaya log masuk, cari menu “Semakan Status” atau “Status Permohonan”.
  • Status yang akan dipaparkan termasuk :
    • LULUS (permohonan diterima dan dalam proses pembayaran)
    • DALAM SEMAKAN (permohonan sedang diproses)
    • TIDAK LULUS (permohonan gagal, biasanya disertakan sebab)
    • Juga akan tertera maklumat tarikh bayaran dan jumlah yang diterima (jika lulus).
  • Cetak atau Simpan Bukti :
    • Anda boleh mencetak halaman status atau menyimpan dalam bentuk PDF untuk rekod peribadi, khususnya bagi tujuan rayuan atau rujukan masa depan.
  • Selesai

SOALAN LAZIM (FAQ) STR 2026

Permohonan STR 2026 boleh dibuat di kaunter LHDN?

Ya, selain online, permohonan boleh dibuat di cawangan LHDN, Pusat Khidmat Hasil, atau UTC.

Siapa perlu buat permohonan baharu STR 2026?

Pemohon pertama kali atau mereka yang gagal kelayakan tahun sebelum perlu buat permohonan baharu secara online atau manual.

Adakah boleh kemas kini maklumat sebelum semakan STR dibuka?

Ya. Anda boleh kemas kini maklumat peribadi anda pada bila-bila masa sahaja sebelum pelaksanaan pembayaran STR.

Bila permohonan STR 2026 fasa 1 dibuka?

Permohonan baharu dan kemas kini kelayakan untuk STR 2026 Fasa 1 boleh dibuat mulai 13 Oktober 2025 hingga 28 November 2025.

Adakah perlu daftar semula akaun jika sudah pernah terima STR sebelum ini?

Ya, penerima sedia ada diwajibkan daftar akaun MySTR baharu bagi permohonan STR 2026.

MAKLUMAT & INFO LANJUT

Untuk maklumat lanjut dan sebarang pertanyaan berkaitan STR, sila layari atau hubungi :

  • Talian Hotline BKK LHDNM : 1-800-88-2747 (Waktu Operasi : 9.00 pagi – 5.00 petang)
  • Talian Hotline MOF : 03-8882 4565 / 4566 (Waktu Operasi : 9.00 pagi – 5.00 petang)
  • Laman Web Rasmi STR : https://bantuantunai.hasil.gov.my

­

Leave a Comment