LOGIN SYUKUR SABAH 2025 – CHECK STATUS KELAYAKAN PENERIMA FASA 2
Bantuan SYUKUR Sabah 2025, atau Sentuhan Kasih Rakyat, merupakan sebuah inisiatif bantuan yang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri Sabah dengan tujuan untuk meringankan beban kewangan rakyat yang tergolong dalam golongan miskin dan miskin tegar melalui pemberian bantuan kewangan secara berfasa.
Untuk maklumat lanjut mengenai cara login dan semakan status penerima bantuan Sabah fasa 2 2025, sila ikuti pautan di sini.
Baca Juga : SEMAK STATUS BANTUAN MYKASIH RM100
OBJEKTIF BANTUAN SYUKUR SABAH 2025
Tujuan utama pelaksanaan Program Sentuhan Kasih Rakyat Sabah adalah seperti berikut :
- Meringankan beban kewangan penerima dalam mendapatkan keperluan asas, khususnya makanan.
- Menyokong golongan yang memerlukan bantuan untuk kehidupan yang lebih wajar.
- Mengurangkan kadar kemiskinan tegar di Negeri Sabah.
- Menunjukkan keprihatinan dan kasih sayang kerajaan kepada rakyat.
SYARAT KELAYAKAN BANTUAN SYUKUR SABAH 2025
Syarat dan kategori kelayakan untuk Bantuan Sabah adalah seperti berikut :
- Warganegara Malaysia.
- Berumur 18 tahun ke atas sebelum 31 Disember 2024.
- Beralamat dan bermastautin di negeri Sabah sekurang-kurangnya satu (1) tahun.
- Pemegang Kad Pengenalan berstatus ‘H’.
- Ketua Isi Rumah (KIR) yang tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar dan Miskin dalam pangkalan data eKasih atau Sistem Pangkalan Data Negeri Sabah (PADANS) setakat 31 Disember 2024.
- Ketua Isi Rumah (KIR) yang belum tersenarai dalam sistem eKasih tetapi pendapatan isi rumah mengikut Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK).
KADAR BANTUAN SYUKUR SABAH FASA 2 2025
Jumlah bantuan yang diberikan adalah mengikut kategori seperti berikut :
FASA PEMBAYARAN | JUMLAH BANTUAN |
---|---|
Penyaluran Bagi Setiap Fasa (Fasa 1, 2, 3, dan 4) | RM900 |
Penyaluran kepada penerima akan dilakukan secara berfasa dengan bayaran sebanyak RM900 bagi setiap fasa, yang merangkumi jumlah bayaran untuk tiga (3) bulan serentak.
JADUAL PENGKREDITAN BANTUAN SYUKUR SABAH 2025
Penyaluran Bantuan Program Sentuhan Kasih Rakyat Sabah adalah seperti berikut :
- Fasa 1 (Januari – Mac 2025) : Pembayaran bermula 19 Februari 2025 (Rabu).
- Fasa 2 (April – Jun 2025) : Pembayaran bermula April 2025.
- Fasa 3 (Julai – September 2025) : Pembayaran bermula September 2025.
- Fasa 4 (Oktober – Disember 2025) : Pembayaran bermula Oktober 2025.
LOGIN DAN SEMAKAN STATUS KELAYAKAN BANTUAN SYUKUR SABAH 2025
Status ‘Layak‘ atau ‘Tidak‘ bagi Bantuan Sentuhan Kasih Rakyat Sabah boleh disemak dengan langkah-langkah berikut :
- Layari Portal Rasmi semakan kelayakan Program Sentuhan Kasih Rakyat 2025 (SYUKUR) : https://syukur.sabah.gov.my/
- Halaman utama Portal Semakan Program Sentuhan Kasih Rakyat akan dipaparkan.
- Klik [Teruskan] pada pemakluman terkini.
- Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] di ruangan yang disediakan.
- Klik [Semakan Status].
- Status Kelayakan Penerima akan dipaparkan di sini sebagai ‘Layak‘ atau ‘Tidak‘.
- Selesai.
LOGIN PORTAL BANTUAN SYUKUR SABAH
Panduan lengkap log masuk ke Sistem Pangkalan Data Negeri Sabah adalah seperti berikut :
- Layari Portal Rasmi Sistem Pangkalan Data Negeri Sabah : https://padans.sabah.gov.my/
- Halaman utama Portal Sistem Pangkalan Data Negeri Sabah akan dipaparkan.
- Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] dan [Kata Laluan] yang didaftarkan di ruangan yang disediakan.
- Klik [/] pada ruangan ‘Saya Bukan Robot‘.
- Tekan [Log Masuk].
- Selesai.
CARA PENGKREDITAN BANTUAN SYUKUR SABAH 2025
Bantuan Program Sentuhan Kasih Rakyat Sabah akan disalurkan seperti berikut :
- Penerima yang mempunyai bank akaun : Pengkreditan akan dilakukan secara terus ke akaun bank penerima mengikut nombor akaun yang didaftarkan.
- Tiada akaun bank atau status ‘Gagal Kredit’ : Bantuan akan diberikan secara tunai.
- Mempunyai akaun e-Wallet YONO Superapp : Bayaran akan dikreditkan dalam e-Wallet YONO Superapp penerima.
MAKLUMAT LANJUT
Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi. Sebarang persoalan atau pertanyaan, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
- Talian Hotline : 088 338 338
- Emel : [email protected]
INFO
Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat.
Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat