MY KASIH BANTUAN 2024 : SEMAKAN NAMA PENERIMA

MY KASIH BANTUAN 2024 : SEMAKAN NAMA PENERIMA

Tidak hanya terhad kepada golongan miskin atau miskin tegar sahaja, namun bantuan My kasih telah diperluaskan untuk golongan asas bukan miskin dan Kerajaan menganggarkan keseluruhan penerima My kasih adalah seramai 8.7 juta bagi tahun ini.

Bagaimanakah semakan nama penerima my kasih bantuan? Ikuti penjelasan lebih lanjut di sini.

BACA JUGA : SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN MYKAD RM300 PEMBELIAN KEPERLUAN ASAS : CHECK SEKARANG

PELAKSANAAN MY KASIH 2024

Kerajaan telah menetapkan kaedah serta tarikh pelaksanaan penyaluran bantuan Mykasih yang mengikut negeri penerima seperti berikut :

  • Penerima di Negeri Sabah dan Sarawak :
KAEDAHTARIKH
Kaedah pelaksanaan adalah melalui dua cara :
-Secara tunai ke dalam akaun bank; atau
-Secara tunai di kaunter Bank Simpanan Nasional.
Bermula : 19 Februari 2024
Sehingga : 12 Ogos 2024
  • Penerima di Negeri Semenanjung Malaysia :
KAEDAHTARIKH
Kaedah pelaksanaan adalah secara tanpa
tunai melalui kad pengenalan yang telah diaktifkan
untuk digunakan menerima serta
menggunakan bantuan
Bermula : 22 Januari 2024
Sehingga : 1 Disember 2024

KADAR AMAUN BANTUAN 2024

Setiap penerima telah ditetapkan kadar amaun yang berbeza mengikut kelayakan kategori seperti berikut :

KATEGORI MISKIN
TEGAR
KATEGORI MISKIN
SEDERHANA
KATEGORI ASAS
BUKAN MISKIN
ISI RUMAH :
RM1,200
ISI RUMAH :
RM1,200
ISI RUMAH :
RM300
WARGA EMAS :
RM1,200
WARGA EMAS :
RM1,200
WARGA EMAS :
RM150
BUJANG :
RM600
BUJANG :
RM600
BUJANG :
RM150

SYARAT KELAYAKAN PENERIMA MY KASIH BANTUAN

Syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan untuk penerima bantuan My kasih adalah seperti berikut :

  • Warganegara Malaysia;
  • Had umur 21 tahun dan ke atas;
  • Pendapatan tidak melebihi RM5,000 sebulan;
  • Lulus permohonan Sumbangan Tunai Rahmah; serta
  • Berdaftar dengan eKasih sebagai penerima Miskin / Miskin Tegar.

SEMAKAN NAMA PENERIMA MY KASIH BANTUAN 2024

Untuk mengetahui nama penerima yang layak, semakan perlu dibuat pada halaman rasmi My kasih seperti berikut :

  1. Sila layari laman rasmi Mykasih; atau klik pautan rasmi di sini : https://www.mykasih.com.my/.
  2. Pada halaman MyKasih, sila klik pada [SEMAK STATUS].
  3. Anda akan dibawa ke bahagian ‘Semakan Status’.
  4. Masukkan Nombor Mykad anda dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX
  5. Seterunya, masukkan Kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
  6. Tekan butang [Semak Status].
  7. Status penerima akan dipaparkan.
  8. Selesai.

RUJUKAN

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi MyKasih. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib seperti berikut :

PENAFIAN

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan dari : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.

1 thought on “MY KASIH BANTUAN 2024 : SEMAKAN NAMA PENERIMA”

Leave a Comment