MyKasih SARA SEMAKAN 2025 – JADUAL DAN JUMLAH PEMBAYARAN SUMBANGAN ASAS RAHMAH

MyKasih SARA SEMAKAN 2025 – JADUAL DAN JUMLAH PEMBAYARAN SUMBANGAN ASAS RAHMAH

Adakah anda penerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2025 melalui program MyKasih?

Jika ya, anda boleh menyemak status kelayakan MyKasih SARA 2025 secara online untuk mengetahui sama ada anda layak menerima bantuan RM600, RM900 atau RM2100.

Dalam artikel ini, kami akan kongsikan cara semakan kelayakan, jumlah bantuan yang diperoleh, serta langkah mudah untuk menggunakan kredit SARA 2025.

Baca Juga : SUMBANGAN TUNAI RAHMAH FASA 2 2025

APA ITU MyKasih SARA 2025? (SUMBANGAN ASAS RAHMAH SARA)

SARA 2025 ialah inisiatif kerajaan Malaysia yang menyediakan bantuan barangan keperluan asas secara tanpa tunai (cashless) kepada golongan yang layak.

Bantuan ini dikreditkan terus ke MyKad penerima untuk digunakan di kedai-kedai runcit berdaftar.

SIARAN MEDIA MOF BERKENAAN SUMBANGAN ASAS RAHMAH (SARA) SECARA MYKAD DIPERLUASKAN KE SABAH DAN SARAWAK

SUMBANGAN ASAS RAHMAH SARA 2025

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN MyKasih (SARA) 2025

Untuk layak menerima SARA 2025, pemohon mesti memenuhi kriteria berikut :

  • Warganegara Malaysia.
  • Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 bagi kategori Isi Rumah atau Warga Emas Tiada Pasangan.
  • Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar atau Miskin eKasih dalam rekod data eKasih sehingga 31 Oktober 2024.

JUMLAH / KADAR BANTUAN MyKasih SARA 2025

Jumlah bantuan yang diterima adalah berdasarkan kategori penerima :

  • Isi Rumah (STR & eKasih) :
    • RM100 sebulan (Januari – Mac 2025), dinaikkan kepada RM200 sebulan (April – Disember 2025).
  • Warga Emas Tiada Pasangan (STR & eKasih) :
    • RM100 sebulan (Januari – Mac 2025), dinaikkan kepada RM150 sebulan (April – Disember 2025).
  • Bujang (STR & eKasih) :
    • RM50 sebulan sepanjang tahun.
  • Isi Rumah (STR Sahaja) :
    • RM100 sebulan (April – Disember 2025).
  • Warga Emas Tiada Pasangan (STR Sahaja) :
    • RM50 sebulan (April – Disember 2025).
JUMLAH SARA 2025

TARIKH BAYARAN MyKasih SARA 2025

Bermula 1 April 2025 (Selasa), Sumbangan Asas Rahmah (SARA) akan dikreditkan secara bulanan ke dalam MyKad penerima di seluruh negara, termasuk Sabah, Sarawak dan W.P. Labuan.

SUMBANGAN ASAS RAHMAH SARA

CARA SEMAK STATUS SUMBANGAN ASAS RAHMAH SARA 2025

Anda boleh menyemak status kelayakan SARA melalui :

  • Portal Rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) :
  • Portal Rasmi MyKasih :
    • Layari portal https://www.mykasih.com.my/
    • sila klik butang SEMAK STATUS
    • Masukkan nombor kad pengenalan anda tanpa (-). Contoh : 85XXXXXXXXXX
    • Kemudian sila masukkan captcha yang betul berdasarkan imej yang diberi.
    • Tekan pada butang Semak Status untuk semakan.
  • Anda juga boleh muat turun aplikasi MyKasih untuk lebih mudah dan anda boleh memantau baki bayaran setiap bulan.
  • Sila scan kod QR di bawah untuk muat tutun aplikasi tersebut.
APLIKASI MyKasih

KAEDAH PEMBAYARAN BANTUAN MyKasih SARA 2025

  • Semenanjung Malaysia : Bantuan dikreditkan secara bulanan ke dalam MyKad penerima dan boleh digunakan di lebih 1,200 kedai runcit berdaftar di seluruh negara.
  • Sabah, Sarawak, dan Wilayah Persekutuan Labuan : Penyaluran bantuan tunai dilakukan dua kali setahun melalui pengkreditan ke akaun bank atau secara tunai di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN).

CARA TEBUS BANTUAN MyKasih SARA 2025

Bantuan ini boleh digunakan di kedai dan pasar raya terpilih yang mempunyai terminal pembayaran MyKasih.

Langkah penggunaan bantuan :

  1. Pergi ke mana-mana pasar raya atau kedai runcit yang menerima MyKasih.
  2. Pilih barangan asas yang dibenarkan dalam program SARA.
  3. Serahkan MyKad semasa pembayaran.
  4. Jumlah bantuan akan ditolak secara automatik daripada kredit yang tersedia.
  5. Bantuan ini hanya boleh digunakan untuk pembelian barangan keperluan asas dan tidak boleh ditukar kepada wang tunai.
CARA MENGGUNKAN BANTUAN MYKAD SARA

SENARAI KEDAI & PASAR RAYA YANG MENERIMA BANTUAN MyKasih

Penerima boleh menggunakan kredit bantuan ini di kedai dan pasar raya terpilih seluruh negara.

Antara pasar raya yang menerima pembayaran melalui MyKasih termasuk :

  • Mydin
  • Lotus’s (Tesco)
  • Econsave
  • Giant
  • Kedai runcit & koperasi yang mempunyai terminal MyKasih

Senarai lengkap kedai yang menerima bantuan ini boleh disemak melalui portal rasmi MyKasih.

RUJUKAN

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi. Sebarang persoalan atau pertanyaan, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.

INFO

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat.

Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan.

Leave a Comment