MYKASIH SEMAKAN STATUS 2025 SUDAH DIBUKA – SEMAK SEKARANG JUMLAH KELULUSAN!
Sedia maklum STR dan SARA telah dinaikkan kepada RM13 bilion pada tahun 2025, pelaksanaan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) diperluas kepada 5.4 juta penerima mulai 1 April 2025, membolehkan lebih ramai individu menerima bantuan dalam bentuk barangan asas.
Bagaimanakah semakan kelayakan penerima sumbangan asas rahmah 2025? Ikuti Info lanjut disini.
BACA JUGA DI SINI : SENARAI TERBARU BARANG SARA YANG ANDA PERLU TAHU – SEMAK SEKARANG SENARAI LENGKAP!
SYARAT LAYAK TERIMA SUMBANGAN ASAS RAHMAH 2025
Individu yang menepati syarat di bawah sahaja akan menerima bantuan SARA:
- Warganegara Malaysia
- Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) – Berstatus Miskin dan Miskin Tegar eKasih;
- Kategori Isi Rumah, Warga Emas Tanpa Pasangan dan Bujang
- Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 – Bukan eKasih
- Kategori Isi Rumah dan Warga Emas Tanpa Pasangan.
MYKASIH SEMAKAN STATUS 2025
Status Bantuan MyKasih boleh disemak secara online melalui dua (2) kaedah seperti berikut:
- Portal Rasmi MyKasih atau
- Portal Rasmi MySTR
Semakan Status Bantuan Melalui Portal MyKasih:
- Layari Portal Rasmi MyKasih : https://www.mykasih.com.my/
- Halaman utama MyKasih akan dipaparkan, kemudian tekan [Semak Status].
- Masukkan 12 Digit Nombor Kad Pengenalan pada ruangan [Nombor MyKad].
- Kemudian, masukkan Kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
- Klik [Semak Status].
- Status kelayakan penerima dan bayaran akan dipapar :
- [Lulus Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih]
- Selesai.
Semakan Status Bantuan Melalui Portal MySTR:
- Layari Portal Rasmi MySTR : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Halaman utama Portal MySTR akan dipaparkan, kemudian klik [Semak Status].
- Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] dan tekan pada butang [Log Masuk].
- Kemudian, Pengesahan Kata Kunci Keselamatan akan dipaparkan dan masukkan Kata Kunci Keselamatan yang betul.
- Klik [Semakan Status].
- Status Kelayakan Penerima dan Maklumat Bayaran akan dipapar:
- [Lulus Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih].
- Selesai.
CARA BANTUAN SUMBANGAN ASAS RAHMAH 2025 DISALURKAN
Sumbangan Asas Rahmah (SARA) akan disalurkan kepada penerima di Seluruh Malaysia termasuk Sabah, Sarawak dan W.P. Labuan melalui MyKad secara bulanan untuk penerima membeli 14 Kategori Produk Barangan Keperluan Asas yang diluluskan seperti beras, roti, telur, minyak masak, tepung, biskut, mi segera, minuman, makanan dalam tin, bahan perasa, produk kebersihan, ubat-ubatan, barangan persekolahan, dan barangan kebersihan rumah di pasar raya atau kedai runcit yang berdaftar.

JUMLAH KELAYAKAN
Kategori Penerima (Penerima STR 2025 berstatus Miskin dan Miskin Tegar eKasih)
- Isi Rumah (Tiada had umur) : RM2,100 RM100/bulan (Januari – Mac) RM200/bulan (April – Disember)
- Warga Emas Tiada Pasangan : RM1,650 RM100/bulan (Januari – Mac) RM150/bulan (April – Disember)
- Bujang (21-59 tahun) : RM600 RM50/bulan (Januari – Disember)
Kategori Penerima (Penerima STR 2025 selain Miskin dan Miskin Tegar eKasih)
- Isi Rumah (Tiada had umur) : RM900 RM100/bulan (April – Disember)
- Warga Emas Tiada Pasangan : RM450 RM50/bulan (April – Disember)
- Bujang (21-59 tahun) : TIDAK DI BERI
KAEDAH PEMBELIAN BARANGAN MYKASIH
Kaedah pembelian barang boleh dibuat seperti berikut:
- Pilih Barangan Keperluan
- Penerima bantuan boleh membeli barangan keperluan berdasarkan 14 kategori produk yang mempunyai label MyKasih di rak tanda harga.
- Tunjuk MyKad Untuk Pengesahan
- Juruwang menyemak status MyKad penerima bantuan.
- Imbas Kod Barangan
- Juruwang mengimbas setiap barang keperluan asas yang ingin dibeli mengikut kategori yang dibenarkan.
- Bayar Menggunakan MyKad
- Penerima bantuan memasukkan nombor pin 6-digit untuk mengesahkan transaksi pembelian.
- Simpan Resit Untuk Semakan
- Penerima bantuan menyimpan resit untuk menyemak transaksi pembelian.
Pembelian selain barangan mengikut label atau pembelian melebihi baki semasa dalam MyKad perlu dibayar secara tunai oleh penerima.
RUJUKAN
Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
Talian Bantuan : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
e-Mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://manfaat.mof.gov.my/b2025/individu/sara