MYSALAM.COM.MY SEMAKAN STATUS 2025 : PELAN TAKAFUL PERCUMA DARIPADA KERAJAAN
MySalam merupakan Skim Perlindungan Takaful PERCUMA yang disediakan oleh kerajaan kepada komuniti B40 di Malaysia. Skim ini bernaung di bawah kelolaan Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) melalui Tabung Amanah mySalam dan diuruskan sepenuhnya oleh Syarikat Great Eastern Takaful Berhad.
Artikel ini akan memberikan panduan lengkap tentang cara membuat tuntutan dan semakan status MySalam 2025.
Baca Juga : SEMAKAN SARA 2025 (SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN MYKAD)
APA ITU MYSALAM?
MySalam adalah skim takaful percuma yang menawarkan bantuan kewangan kepada individu yang layak apabila mereka didiagnosis dengan penyakit kritikal atau dimasukkan ke hospital.
Antara manfaat utama MySalam ialah :
- Bayaran RM8,000 untuk penyakit kritikal.
- Elaun hospital RM50 sehari (maksimum 14 hari setahun)

SYARAT KELAYAKAN MYSALAM 2025
Sebelum membuat tuntutan, pastikan anda memenuhi syarat berikut :
Kelayakan untuk menjadi ahli mySalam ini adalah sepenuhnya berdasarkan kelayakan dalam Skim Bantuan Tunai Rakyat (BR1M, BSH, BPR, BKM, dan STR) yang dipohon dan diproses melalui Lembaga Hasil Dalam Negeri pada setiap tahun.
Semua penerima Bantuan Tunai Rakyat yang menepati kriteria umur yang ditetapkan akan layak menjadi ahli mySalam secara automatik.
Kriteria umur adalah seperti kategori berikut :
- Kategori Berkahwin – Individu berumur antara 18 hingga 65 tahun dan pasangan.
- Kategori Bujang – Individu bujang yang berumur 21 hingga 65 tahun.
- Kategori OKU – Individu yang berumur 18 hingga 65 tahun.
CARA TUNTUTAN MySalam 2025
Ikuti langkah berikut untuk memastikan tuntutan anda diproses dengan lancar :
- Layari Laman Rasmi MySalam di : https://www.mysalam.com.my/mys/info/
- Log masuk menggunakan No. Kad Pengenalan (IC) dan Kata Laluan yang diterima melalui SMS.
- Pilih Jenis Tuntutan
- Tuntutan Penyakit Kritikal : Jika anda didiagnosis dengan penyakit kritikal.
- Tuntutan Manfaat Hospitalisasi : Jika anda dimasukkan ke hospital kerajaan.
- Lengkapkan Borang Permohonan
- Isi maklumat peribadi dan butiran bank untuk pembayaran.
- Muat Naik Dokumen Sokongan
- Salinan kad pengenalan.
- Laporan perubatan yang disahkan oleh doktor.
- Surat pengesahan kemasukan hospital (jika berkaitan).
- Penyata akaun bank untuk pembayaran.
- Hantar Permohonan
PENTING : Sebelum anda klik hantar, sila pastikan anda telah muat naik borang yang lengkap diisi dan salinan dokumen yang berkenaan bagi mengelakkan tuntutan anda ditolak.
CARA SEMAK STATUS TUNTUTAN
- Log masuk ke laman rasmi mySalam dan klik pada butang ‘loceng‘ untuk melihat notifikasi anda.
- Tuntutan biasanya diproses dalam 14 hari bekerja.
- Bagi bayaran tuntutan yang telah berjaya, penerima akan dimaklumkan melalui SMS dan maklumat tersebut akan juga dikemas kini di dalam portal mySalam.
- Bayaran akan dikreditkan ke dalam akaun penerima seperti yang didaftarkan.
SENARAI PENYAKIT KRITIKAL MySalam
Penyakit Kritikal Yang Dilindungi MySalam merangkumi 50 penyakit kritikal, termasuk :
- Kanser
- Serangan jantung
- Strok
- Kegagalan buah pinggang
- Alzheimer
Lihat senarai penuh di portal rasmi MySalam.
KESIMPULAN
Tuntutan MySalam 2025 adalah proses yang mudah jika anda mengikuti langkah-langkah yang betul. Pastikan anda menyediakan dokumen lengkap untuk mempercepatkan kelulusan.
MAKLUMAT LANJUT
Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi mySalam. Sebarang persoalan atau pertanyaan, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
- Talian Hotline : 1-300-88-8938
- Emel : [email protected]
INFO
Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat.
Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan.