MYSARA CHECK STATUS 2025 : SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN (RM2,100,RM900 & RM600)

MYSARA CHECK STATUS 2025 : SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN (RM2,100,RM900 & RM600)

Kebajikan rakyat yang kurang berkemampuan khususnya yang berpendapatan rendah (B40) dan pendapatan sederhana (M40) dapat diringankan dengan adanya bantuan tambahan MySARA yang disalurkan sepanjang tahun 2025 ini.

SARA merupakan sumbangan tambahan kepada penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) berstatus Miskin dan Miskin Tegar eKasih.

Bagaimanakah cara check status MySARA? Ikuti panduan dan info lebih lanjut di bawah.

Baca Juga : CARA SEMAK BAKI SARA DALAM MYKAD

SYARAT PENERIMA MYSARA 2025

Kelayakan SARA 2025 adalah terhad kepada :

  1. SARA Miskin Tegar dan Miskin eKasih
    • Warganegara Malaysia dan
    • Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan; dan
    • Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM) sehingga 31 Oktober 2024 atau pada tarikh data semakan berkala.
  2. SARA Isi Rumah dan Warga Emas Tiada Pasangan STR 2025
    • Warganegara Malaysia dan
    • Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 kategori Isi Rumah dan Warga Emas Tiada Pasangan

CARA AGIHAN MYSARA 2025

Bagi memudahkan rakyat menerima dan menggunakan bantuan, Kerajaan MADANI mengagihkan Bantuan MySARA secara tanpa tunai (cashless) menerusi pengkreditan terus ke dalam kad pengenalan (IC) penerima secara automatik setiap bulan.

Barangan runcit asas daripada kategori produk yang diluluskan boleh dibeli di pasar raya / kedai runcit terpilih seluruh negara menggunakan MyKad.

MYSARA CHECK STATUS 2025

Untuk mengetahui status penerima layak atau tidak Bantuan MySARA, semakan status boleh dilakukan melalui dua (2) portal rasmi, iaitu :

  1. Portal Rasmi MyKasih
  2. Portal Rasmi STR

Ikuti kedua-dua panduan cara semakan status seperti berikut :

  • Sila layari portal rasmi MyKasih pada pautan di sini : https://www.mykasih.com.my/
  • Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK KELAYAKAN].
  • Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa sengkang (-).
  • Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
  • Status penerima akan dipaparkan ‘Layak’ atau ‘No. MyKad tidak wujud dalam sistem’.
  • Selesai.

Sekiranya status memaparkan ‘Tiada Rekod Ditemui, klik pada butang [Semak Kelayakan].

  • Halaman utama portal rasmi STR akan dipaparkan, klik [TUTUP] pemakluman terkini.
  • Seterusnya, masukkan nombor kad pengenalan tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
  • Sila klik pada butang [Log Masuk].
  • Untuk pengesahan nombor Kad Pengenalan, klik pula pada butang [Semak].
  • Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan, klik [Ya] sekiranya betul.
  • Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
  • Bahagian profil anda akan dipaparkan.
  • Klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
  • Seterusnya, klik pada butang [Semakan 2025] di bawah.
  • Status bayaran [Bantuan SARA] akan dipaparkan ‘Lulus’ atau ‘Tidak Lulus’.
  • Selesai.

JUMLAH / KADAR AGIHAN MYSARA 2025

Berikut merupakan jumlah/kadar agihan sara 2025 :

  • Isi Rumah (STR & eKasih) : RM2,100
  • Warga Emas Tiada Pasangan (STR & eKasih) : RM1,650
  • Bujang (STR & eKasih) : RM600
  • Isi Rumah (STR sahaja) : RM900
  • Warga Emas Tiada Pasangan (STR sahaja) : RM450
JUMLAH BAYARAN SARA 2025

JADUAL / TARIKH PEMBAYARAN MYSARA 2025

Agihan Bantuan MySARA adalah setiap bulan mengikut tarikh berikut :

  • 15/01/2025 (Rabu)
  • 01/02/2025 (Sabtu)
  • 01/03/2025 (Sabtu)
  • 01/04/2025 (Selasa)
  • 01/05/2025 (Khamis)
  • 01/06/2025 (Ahad)
  • 01/07/2025 (Selasa)
  • 01/08/2025 (Jumaat)
  • 01/09/2025 (Isnin)
  • 01/10/2025 (Rabu)
  • 01/11/2025 (Sabtu)
  • 01/12/2025 (Isnin)

RUJUKAN

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi STR. Sebarang persoalan atau pertanyaan, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.

INFO

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat.

Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan.

Leave a Comment