PEMBAYARAN BANTUAN MYKAD 2025 – SEMAKAN STATUS SUMBANGAN ASAS RAHMAH (SARA)
Kerajaan akan meneruskan Bantuan MyKad 2025 di bawah program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) bagi membantu golongan yang layak mendapatkan barangan keperluan asas.
Sekiranya anda penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 atau tersenarai dalam sistem eKasih, anda mungkin layak menerima bantuan ini.
Bagaimana cara semak status? Bilakah bayaran akan dibuat? Ikuti panduan lengkap di bawah untuk mengetahui syarat kelayakan, jumlah bantuan, dan cara penggunaan SARA 2025.
Baca Juga : SEMAK SAMAN POLIS MELALUI IC (CEK DAN BAYAR SAMAN ONLINE)
APA ITU BANTUAN MYKAD 2025 (SUMBANGAN ASAS RAHMAH SARA)
SARA 2025 ialah inisiatif kerajaan Malaysia yang menyediakan bantuan barangan keperluan asas secara tanpa tunai (cashless) kepada golongan yang layak.
Bantuan ini dikreditkan terus ke MyKad penerima untuk digunakan di kedai-kedai runcit berdaftar.
SIARAN MEDIA MOF BERKENAAN SUMBANGAN ASAS RAHMAH (SARA) SECARA MYKAD DIPERLUASKAN KE SABAH DAN SARAWAK


SYARAT KELAYAKAN SARA 2025
Untuk layak menerima SARA 2025, pemohon mesti memenuhi kriteria berikut :
- Warganegara Malaysia.
- Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 bagi kategori Isi Rumah atau Warga Emas Tiada Pasangan.
- Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar atau Miskin eKasih dalam rekod data eKasih sehingga 31 Oktober 2024.
JUMLAH / KADAR BANTUAN SARA 2025
Jumlah bantuan yang diterima adalah berdasarkan kategori penerima :
- Isi Rumah (STR & eKasih) : RM100 sebulan (Januari – Mac 2025), dinaikkan kepada RM200 sebulan (April – Disember 2025).
- Warga Emas Tiada Pasangan (STR & eKasih) : RM100 sebulan (Januari – Mac 2025), dinaikkan kepada RM150 sebulan (April – Disember 2025).
- Bujang (STR & eKasih) : RM50 sebulan sepanjang tahun.
- Isi Rumah (STR Sahaja) : RM100 sebulan (April – Disember 2025).
- Warga Emas Tiada Pasangan (STR Sahaja) : RM50 sebulan (April – Disember 2025).

TARIKH BAYARAN SUMBANGAN ASAS RAHMAH (SARA)
Bermula 1 April 2025 (Selasa), Sumbangan Asas Rahmah (SARA) akan dikreditkan secara bulanan ke dalam MyKad penerima di seluruh negara, termasuk Sabah, Sarawak dan W.P. Labuan.

CARA SEMAK STATUS SUMBANGAN ASAS RAHMAH SARA 2025
Anda boleh menyemak status kelayakan SARA melalui :
- Portal Rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) :
- Layari portal rasmi https://bantuantunai.hasil.gov.my/ dan log masuk menggunakan nombor MyKad anda.
- Portal Rasmi MyKasih :
- Layari portal https://www.mykasih.com.my/
- Sila klik butang SEMAK STATUS
- Masukkan nombor kad pengenalan anda tanpa (-). Contoh : 85XXXXXXXXXX
- Kemudian sila masukkan captcha yang betul berdasarkan imej yang diberi.
- Tekan pada butang Semak Status untuk semakan.
- Aplikasi Mykasih
- Anda juga boleh muat turun aplikasi MyKasih untuk lebih mudah dan boleh memantau baki bayaran setiap bulan.
- Sila scan kod QR di bawah untuk muat tutun aplikasi tersebut.

KAEDAH PEMBAYARAN BANTUAN MYKAD 2025
- Semenanjung Malaysia : Bantuan dikreditkan secara bulanan ke dalam MyKad penerima dan boleh digunakan di lebih 1,200 kedai runcit berdaftar di seluruh negara.
- Sabah, Sarawak, dan Wilayah Persekutuan Labuan : Penyaluran bantuan tunai dilakukan dua kali setahun melalui pengkreditan ke akaun bank atau secara tunai di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN).
CARA TEBUS BANTUAN SARA 2025
Bantuan ini boleh digunakan di kedai dan pasar raya terpilih yang mempunyai terminal pembayaran MyKasih.
Langkah penggunaan bantuan :
- Pergi ke mana-mana pasar raya atau kedai runcit yang menerima MyKasih.
- Pilih barangan asas yang dibenarkan dalam program SARA.
- Serahkan MyKad semasa pembayaran.
- Jumlah bantuan akan ditolak secara automatik daripada kredit yang tersedia.
Bantuan ini hanya boleh digunakan untuk pembelian barangan keperluan asas dan tidak boleh ditukar kepada wang tunai.

SENARAI KEDAI & PASAR RAYA YANG MENERIMA BANTUAN MYKAD
Penerima boleh menggunakan kredit bantuan ini di kedai dan pasar raya terpilih seluruh negara.
Antara pasar raya yang menerima pembayaran melalui MyKasih termasuk :
- Mydin
- Lotus’s (Tesco)
- Econsave
- Giant
- Kedai runcit & koperasi yang mempunyai terminal MyKasih
Senarai lengkap kedai yang menerima bantuan ini boleh disemak melalui portal rasmi MyKasih : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/merchant-list
RUJUKAN
Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi. Sebarang persoalan atau pertanyaan, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
- Talian Hotline : 03-7720 1800
- Emel : [email protected]
INFO
Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat.
Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan.