PENDAFTARAN BANTUAN E WALLET RM300 SETIAP BULAN UNTUK PEMBELIAN BARANG KEPERLUAN ASAS 2024 : MOHON SEKARANG

PENDAFTARAN BANTUAN E WALLET RM300 SETIAP BULAN UNTUK PEMBELIAN BARANG KEPERLUAN ASAS 2024 : MOHON SEKARANG

Untuk makluman umum, Kerjaan Negeri Selangor yang memperkenalkan bantuan untuk membeli barang keperluan asas yang dikreditkan ke dalam e-Wallet sebanyak RM300 setiap bulan selama 12 bulan dan menyasarkan kepada 30,000 ketua keluarga yang layak. Bantuan ini diberi nama Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor (BINGKAS).

Bagaimanakah pendaftaran bantuan e wallet rm300 setiap bulan untuk pembelian barang keperluan asas? Ikuti penjelasan lanjut di sini.

BACA JUGA : SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN DALAM IC RM300 PEMBELIAN KEPERLUAN ASAS : CHECK SEKARANG

PENGENALAN BANTUAN E WALLET RM300

Kerajaan Negeri Selangor yang memperkenalkan Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor atau singkatannya BINGKAS. Bantuan ini adalah khas untuk membeli barangan keperluan asas termasuk peralatan pendidikan bagi pelajar agar kualiti hidup warga Negeri Selangor dapat terus makmur dengan menyalurkan sebanyak RM300 setiap bulan.

SYARAT KELAYAKAN PENDAFTARAN BANTUAN E WALLET RM300 SETIAP BULAN 2024

Sila baca dengan teliti syarat-syarat kelayakan di bawah sebelum membuat pendaftaran. Syarat-syarat pendaftaran yang ditetapkan adalah seperti berikut :

  • Warganegara Malaysia;
  • Lahir di Selangor atau menetap di Selangor melebihi 10 tahun;
  • Pemilih berdaftar di Negeri Selangor
  • Keluarga yang mempunyai tanggungan berusia 18 tahun ke bawah; dan
  • Pendapatan isi rumah di bawah RM3,000.00 sebulan.

DOKUMEN YANG DIPERLUKAN UNTUK PENDAFTARAN

Sila sertakan dokumen-dokumen seperti di bawah berikut untuk membuat pendaftaran bantuan e-Wallet RM300 BINGKAS :

  • Salinan Kad Pengenalan (Pemohon dan/atau Pasangan);
  • Salinan Kad Pengenalan, MyKid atau Surat Kelahiran / Sijil Anak Angkat / Kad OKU / Pengesahan Belajar daripada IPTA atau IPTS (Anak-anak / Tanggungan);
  • Salinan Sijil Kematian / Perceraian / Laporan Polis (untuk bapa/ibu tunggal);
  • Salinan Slip Gaji / Pencen Terkini (untuk penjawat awam / pesara);
  • Salinan Penyata EA atau KWSP (untuk pekerja swasta);
  • Pengesahan Penyata Pendapatan daripada Ketua Komuniti seperti ADUN / Penghulu / Ahli Majlis / Ketua Kampung (bagi yang bekerja sendiri / tidak bekerja);
  • Pengesahan Penyata Pendapatan daripada Ketua Komuniti seperti ADUN / Penghulu / Ahli Majlis / Ketua Kampung (bagi yang bekerja sendiri / tidak bekerja).

PENDAFTARAN BANTUAN E WALLET RM300 SETIAP BULAN UNTUK PEMBELIAN BARANG KEPERLUAN ASAS 2024

Setiap pendaftaran / permohonan hendaklah dibuat di laman web Portal Rasmi BINGKAS. Sila ikuti panduan pendaftaran di Portal Rasmi seperti berikut :

  1. Sila layari bingkasselangor.com.
  2. Tekan butang [DAFTAR PERMOHONAN].
  3. Jika anda mempunyai akaun ‘Selangkah’, masukkan nombor telefon dan kata laluan.
  4. Kemudian, tekan [Log Masuk].
  5. Jika tiada akaun, sila tekan pautan [Daftar Sekarang] dan daftar untuk teruskan.
  6. Masukkan nombor telefon dan tekan [Teruskan].
  7. Kemudian, masukkan nombor OTP yang dihantar ke telefon anda.
  8. Klik [Sahkan OTP].
  9. Anda telah berjaya log masuk ! Tekan butang [X].
  10. Sila isi borang Maklumat Peribadi dengan betul dan tekan butang [Teruskan].
  11. Isi borang Maklumat Pendapatan isi rumah anda dan klik butang [Teruskan].
  12. Seterusnya, isikan borang Maklumat Anak-Anak dan tekan butang [Tambah Anak] untuk menyimpan rekod (ulangi langkah ini untuk setiap anak).
  13. Kemudian, tekan butang [Teruskan].
  14. Hanya perlu masukkan info anak yang berumur 18 tahun ke bawah sahaja, melainkan mereka berstatus OKU.
  15. Tandakan pada maklumat bantuan yang berkenaan dan klik butang [Teruskan].
  16. Tekan [Choose File] untuk muat naik salinan dokumen rasmi yang diperlukan dan klik butang [Teruskan].
  17. Sila tandakan pada kotak persetujuan [/].
  18. Tekan butang [Hantar].
  19. ‘Pendaftaran BINGKAS anda berjaya!’ Nantikan makluman pengesahan anda.
  20. Selesai.

NOTA: Setiap permohonan akan disemak oleh ADUN dan Selcare. Pemohon yang berjaya akan dimaklumkan melalui e-mel.

RUJUKAN

Segala yang kami kongsikan di atas adalah berdasarkan Portal Rasmi BINGKAS. Pihak kami hanya sekadar berkongsi berkaitan bantuan di atas sahaja untuk memudahkan anda membuat carian. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau masalah berkaitan bantuan tersebut, sila rujuk pihak berwajib BINGKAS di sini : https://www.bingkasselangor.com/ . Semoga bermanfaat, terima kasih.

Leave a Comment