Pendaftaran Murid Tahun 1 Sesi 2027 – Tarikh, Syarat & Cara Daftar
Pendaftaran murid Tahun 1 bagi sesi akademik 2027 boleh dibuat mulai 15 Februari 2026 melalui Sistem Bersepadu KPM (MOEIS) di https://idme.moe.gov.my/login

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) kini membuka pendaftaran dalam talian untuk murid Tahun 1 bagi sesi 2027. Ibu bapa boleh mendaftar anak melalui Sistem Pengurusan Identiti KPM (idMe), yang memudahkan proses tanpa perlu hadir ke sekolah.
Berikut dikongsikan tarikh penting, syarat kelayakan, dan cara mendaftar secara dalam talian untuk membantu anda menyelesaikan pendaftaran Tahun 1 sesi 2027 dengan mudah.
Tarikh Pendaftaran Murid Tahun 1 Sesi 2027
KPM telah menetapkan tarikh pendaftaran murid Tahun 1 bagi sesi 2027. Berikut ialah butiran penting :
- Tarikh buka pendaftaran : 15 Februari 2026
- Tarikh tutup pendaftaran : 31 Mac 2026

Ibu bapa perlu memastikan pendaftaran dibuat dalam tempoh ini untuk mengelakkan isu penempatan sekolah.
Baca Juga : Bantuan Kanak-Kanak (BKK)
Syarat Kelayakan Pendaftaran Murid Tahun 1
Pastikan anak anda memenuhi syarat kelayakan KPM sebelum mendaftar. Syarat-syaratnya ialah :
- Umur Murid
- 6 tahun (5+) : Lahir antara 2 Januari – 31 Disember 2021.
- 7 tahun (6+) : Lahir antara 2 Januari 2020 – 1 Januari 2021.
- Kewarganegaraan
- Terbuka kepada warganegara Malaysia sahaja.


Nota : Kanak-kanak berumur 6 tahun kini boleh mendaftar ke Tahun 1 (bagi sesi 2027) tanpa ujian penilaian, yang memudahkan proses pendaftaran.
Cara Daftar Murid Tahun 1 Sesi 2027
Pendaftaran dijalankan sepenuhnya dalam talian melalui Sistem Pengurusan Identiti KPM (idMe). Langkah-langkah pendaftaran ialah :
- Pergi ke portal idMe : https://idme.moe.gov.my/login
- Klik Pengguna Baru
- Tekan Daftar Pengguna
- Klik Daftar
- Isikan maklumat yang diperlukan untuk mendaftar
- Setelah berjaya daftar masuk, teruskan permohonan dan klik pada menu Tahun 1
- Klik Permohonan Baharu
- Masukkan nombor MyKid sebagai ID pengenalan murid untuk mendaftar
- Lengkapkan maklumat berikut :
- Maklumat murid
- Maklumat kesihatan
- Maklumat penjaga
- Setelah selesai, tekan butang Simpan dan Seterusnya
- Untuk membuat pengemaskinian sebelum membuat perakuan, pergi ke Semak Permohonan.
- Setelah selesai membuat kemaskini maklumat-maklumat berkaitan, pergi ke menu Perakuan
- Semak setiap maklumat sehingga diyakini tepat pada menu Perakuan dan klik Perakuan Benar Dan Hantar di bahagian paling bawah menu.
- Status permohonan murid akan dipaparkan.
- Pengguna boleh mencetak surat permohonan sekolah dan surat persetujuan kesihatan untuk tujuan rujukan.

- Muat Turun Panduan Permohonan Pendaftaran Murid Tahun 1
Senarai dokumen yang diperlukan:
Sijil Lahir anak (Salinan)
MyKad ibu bapa (Salinan)
Bukti alamat (bil utiliti atau dokumen rasmi lain)
Rekod imunisasi anak
MyKid anak (jika ada)
Pastikan semua dokumen dimuat naik dalam format yang sesuai.
Semakan Keputusan Pendaftaran Murid Tahun 1 2027
Keputusan penempatan Tahun 1 sesi 2027 boleh disemak melalui portal idMe pada tarikh yang akan diumumkan oleh KPM selepas pendaftaran ditutup.
Log masuk ke akaun idMe untuk menyemak status penempatan dan maklumat lanjut mengenai pengesahan tempat di sekolah.

Kesimpulan
Pendaftaran Murid Tahun 1 sesi 2027 adalah mudah melalui sistem dalam talian idMe. Ikuti tarikh pendaftaran dan sediakan semua dokumen yang diperlukan. Dengan panduan ini, ibu bapa boleh memastikan anak mereka mendapat tempat di sekolah pilihan bagi sesi akademik 2027.
Maklumat & Info Lanjut
Untuk maklumat lanjut dan sebarang pertanyaan, sila layari atau hubungi :
Kementerian Pendidikan Malaysia,Bahagian Pengurusan Maklumat,Aras 3 – 4 Blok E8 Kompleks E,Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,62604 Wilayah Persekutuan, Putrajaya
- No. Tel : 03-88843501
- No. Fax : 03-88895244
- Email : [email protected]
- Laman Web Rasmi KPM : https://www.moe.gov.my