PENERIMA BANTUAN SYUKUR 2025 – INI SENARAI DAN CARA SEMAK
Program Bantuan SYUKUR Sabah 2025 atau Program Sentuhan Kasih Rakyat merupakan inisiatif Kerajaan Negeri Sabah bagi membantu golongan miskin dan miskin tegar melalui bantuan tunai sebanyak RM300 sebulan. Penerima dipilih berdasarkan data daripada sistem eKasih dan PADANS tanpa perlu permohonan baharu.
Baca Juga : MYSALAM.COM.MY SEMAKAN STATUS 2025 (PELAN TAKAFUL PERCUMA DARIPADA KERAJAAN)
Apa Itu Bantuan SYUKUR Sabah 2025?
SYUKUR Sabah atau Sentuhan Kasih Rakyat iaitu pemberian bantuan tunai khas RM 300 setiap bulan kepada golongan miskin dan miskin tegar di negeri ini bagi tempoh satu (1) tahun melalui sistem eKasih dan PADANS.

Syarat Kelayakan Bantuan SYUKUR 2025
Berikut adalah syarat-syarat kelayakan bagi mereka yang layak untuk menerima bantuan SYUKUR Sabah ini :
- Individu yang berumur 18 tahun ke atas sebelum 31 Disember 2024
- Warganegara Malaysia
- Pemegang kad pengenalan (Status H)
- Beralamat dan bermastautin di Negeri Sabah lebih dari 1 tahun
- Ketua Isi Rumah (KIR) miskin atau miskin tegar dallam data eKasih setakat 31 Disember 2024
Tarikh Bayaran SYUKUR Sabah 2025
Bayaran SYUKUR Sabah 2025 akan diagihkan secara berpetingkat bermula 19 Februari 2025. Berikut adalah jadual lengkap fasa pembayaran bantuan sepanjang tahun ini :


Kaedah Pembayaran Bantuan SYUKUR Sabah
Bantuan akan disalurkan melalui kaedah berikut :
- Disalurkan terus ke akaun bank penerima
- Pembayaran secara tunai
- Dikreditkan dalam e-Wallet YONO
Cara Semak Status SYUKUR 2025
Semakan boleh dilakukan melalui :
- Portal Rasmi Syukur Sabah
- Layari portal rasmi https://syukur.sabah.gov.my/
- Klik pada button “Semak” di Semakan Permohonan.
- Masukkan No. Kad Pengenalan diri dan klik “Semak”.
- Paparan layar anda akan menunjukkan sama ada Status “Layak” atau “Tidak Layak”.

Semakan juga boleh dibuat melalui sistem PADANS Sabah dan YONO Superapp, iaitu merupakan aplikasi kewangan yang dibangunkan oleh Perbadanan Pinjaman Sabah untuk memudahkan urusan kewangan.
- Muat turun aplikasi YONO :
Maklumat Lanjut
Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi. Sebarang persoalan atau pertanyaan, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
- Talian Hotline : 088 338 338
- Emel : [email protected]
Info
Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat.
Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan.