PENGELUARAN KHAS KWSP 2025 ONLINE : SEMAK SYARAT DAN MOHON ONLINE
Pada tahun 2025, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) tidak lagi memperkenalkan skim Pengeluaran Khas seperti sebelumnya.
Sebagai gantinya, KWSP telah memperkenalkan Akaun Fleksibel (Akaun 3), yang membolehkan ahli mengakses sebahagian daripada simpanan mereka bagi memenuhi keperluan kewangan jangka pendek.
Bagi pengeluaran khas kwsp 2025 online daripada Akaun 1 dan Akaun 2, sila rujuk syarat serta panduan permohonan di bawah.
Namun, pada 4 Mac 2025, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menyatakan bahawa KWSP boleh mempertimbangkan permohonan pengeluaran simpanan bagi kes-kes tertentu yang bersifat kritikal.
Ini memberi peluang kepada ahli yang menghadapi situasi kewangan mendesak untuk memohon pengeluaran khas, tertakluk kepada pertimbangan dan kelulusan berdasarkan kes individu, meskipun di luar syarat dan kaedah yang telah ditetapkan.
BACA JUGA DI SINI : BANTUAN HARI RAYA 2025 : CARA MOHON BANTUAN I-FITRI ONLINE
PERMOHONAN PENGELUARAN KHAS KWSP 2025 YANG DIBENARKAN
Pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) merupakan salah satu cara ahli untuk mengakses simpanan mereka.
Dalam artikel ini, kami akan menerangkan cara pengeluaran Akaun 1 & Akaun 2, serta jenis yang dibenarkan untuk keluarkan duit epf.
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja membenarkan ahli untuk membuat pengeluaran simpanan mereka berdasarkan keperluan tertentu. Akaun KWSP terbahagi kepada:
- Akaun 1: Simpanan untuk hari tua.
- Akaun 2 (Akaun Sejahtera): Simpanan untuk keperluan seperti pendidikan dan perumahan.
- Akaun 3 (Akaun Fleksibel): Simpanan tambahan bagi ahli yang layak.
PEMBAHAGIAN PERATUSAN SIMPANAN AKAUN KWSP 2025
Berikut merupakan peratusan simpanan ketiga-tiga akaun KWSP :
- Akaun Persaraan (1) : 75% simpanan bagi menjamin sumber pendapatan selepas bersara.
- Akaun Sejahtera (2) : 15% simpanan bagi memenuhi keperluan kehidupan dan nikmati kualiti pra-persaraan yang selesa.
- Akaun Fleksibel (3) : 10% simpanan untuk keperluan kewangan jangka masa pendek dan kecemasan.
SYARAT UNTUK MEMBUAT PENGELUARAN KWSP 2025
Hanya ahli Warganegara Malaysia dan Bukan Warganegara yang memenuhi syarat kelayakan berikut boleh membuat pengeluaran KWSP :
- Kelayakan Pengeluaran KWSP Akaun 1 (Persaraan) :
- Berumur di antara 55 hingga 60 tahun;
- Mempunyai simpanan dalam akaun Persaraan.
- Kelayakan Pengeluaran KWSP Akaun 2 (Sejahtera) :
- Berumur di antara 50 hingga 54 tahun;
- Mempunyai simpanan dalam akaun Sejahtera.
- Kelayakan Pengeluaran KWSP Akaun 3 (Fleksibel) :
- Belum mencapai umur 55 tahun;
- Mempunyai simpanan dalam akaun Fleksibel;
- Had pengeluaran tidak kurang daripada RM50.
CARA KELUARKAN DUIT KWSP AKAUN 1 2025
Ikuti cara pengeluaran KWSP daripada akaun 1 (Persaraan) secara online seperti berikut :
- Sila log masuk ke i-Akaun di aplikasi dalam telefon bimbit anda; atau klik pautan web rasmi KWSP di sini : https://www.kwsp.gov.my/en/.
- Pilih [Akaun 1 (Persaraan)].
- Isi borang permohonan pengeluaran KWSP dengan lengkap dan tepat.
- Muat naik dokumen sokongan yang diperlukan seperti salinan MyKad dan sebagainya.
- Klik [Hantar Permohonan Pengeluaran Akaun Persaraan] secara online.
- Selesai.
NOTA : Bagi ahli yang tidak boleh membuat pengeluaran secara online, boleh juga dilakukan secara manual dengan mengunjungi cawangan KWSP terdekat untuk pengeluaran akaun 1.
CARA KELUARKAN DUIT KWSP AKAUN 1 2025
Terdapat beberapa jenis pengeluaran KWSP akaun 2 (Sejahtera) yang boleh dilakukan seperti berikut :
- Pembelian Rumah :
- Untuk membeli rumah pertama atau kedua (boleh digunakan untuk membayar deposit atau mengurangkan pinjaman perumahan). Ikuti panduan pengeluaran seperti berikut :
- Log masuk ke i-Akaun KWSP.
- Pilih menu [Pengeluaran > Perumahan].
- Ikuti arahan yang ditetapkan dan muat naik dokumen yang diperlukan.
- Selesai.
- Untuk membeli rumah pertama atau kedua (boleh digunakan untuk membayar deposit atau mengurangkan pinjaman perumahan). Ikuti panduan pengeluaran seperti berikut :
- Pendidikan :
- Untuk bayaran yuran pengajian diri sendiri atau anak di institusi yang diiktiraf. Ikuti panduan pengeluaran berikut :
- Sila log masuk ke i-Akaun KWSP.
- Klik bahagian menu [Pengeluaran > Pendidikan].
- Isikan permohonan dengan lengkap dan tepat.
- Sertakan bersama dokumen yang diperlukan seperti :
- Surat tawaran pengajian; dan
- Resit bayaran yuran.
- Selesai.
- Untuk bayaran yuran pengajian diri sendiri atau anak di institusi yang diiktiraf. Ikuti panduan pengeluaran berikut :
- Kesihatan :
- Bagi membayar kos rawatan penyakit kritikal atau peralatan perubatan. Ikuti panduan pengeluaran berikut :
- Log Masuk pada i-Akaun KWSP.
- Pilih [Pengeluaran > Kesihatan].
- Muat naik dokumen seperti :
- Laporan perubatan; dan
- Bil rawatan.
- Selesai.
- Bagi membayar kos rawatan penyakit kritikal atau peralatan perubatan. Ikuti panduan pengeluaran berikut :
- Umur 50 tahun :
- Anda boleh mengeluarkan sebahagian atau keseluruhan simpanan Akaun 2 sebelum mencapai umur 55 tahun. Ikuti panduan pengeluaran berikut :
- Kunjungi kaunter KWSP; atau log masuk i-Akaun KWSP.
- Pilih [Pengeluaran > Umur 50 tahun].
- Isikan borang pengeluaran dengan lengkap.
- Sertakan bersama salinan IC.
- Selesai.
- Anda boleh mengeluarkan sebahagian atau keseluruhan simpanan Akaun 2 sebelum mencapai umur 55 tahun. Ikuti panduan pengeluaran berikut :
- i-Sayang & i-Lindung :
- Pindahan caruman KWSP 2% kepada akaun pasangan (i-Sayang) dan guna untuk beli insurans hayat dan kesihatan sebanyak 2% (i-Lindung).
- Kunjungi kaunter cawangan KWSP terdekat atau melalui aplikasi i-Akaun KWSP.
CARA KELUARKAN DUIT KWSP AKAUN 3 2025
Untuk pengeluaran akaun 3 (Fleksibel) boleh dilakukan pada bila-bila masa mengikut panduan berikut :
- Log masuk ke aplikasi i-Akaun KWSP.
- Pilih menu [Pengeluaran].
- Seterusnya, klik pada [Keluarkan Simpanan Anda].
- Pilih [Akaun Fleksibel].
- Klik pada butang [Keluar Sekarang].
- Masukkan jumlah pengeluaran mengikut yang anda layak dan klik [Teruskan].
- Kemaskini maklumat akaun bank anda.
- Kemudian, klik butang [Teruskan].
- Sekiranya anda bersetujut dengan ‘Perakuan Ahli’, klik butang [Terima].
- Nombor TAC akan dihantar, masukkan dengan tepat.
- ‘Permohonan anda berjaya dihantar’ akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Pengeluaran KWSP, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
Pusat Talian Khidmat Pelanggan KWSP : 03-8922 6000 (Waktu operasi : Isnin – Jumaat, 8:00 pagi – 5:00 petang).
Laman Web Rasmi KWSP : https://www.kwsp.gov.my/ms/.
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://www.kwsp.gov.my/ms/ahli/fasa-kehidupan/simpanan-juta.