PERMOHONAN BANTUAN AWAL RAMADHAN 500 2024 : DAFTAR SEKARANG

PERMOHONAN BANTUAN AWAL RAMADHAN 500 2024 : DAFTAR SEKARANG

Bagi membantu meringankan bebanan rakyat Malaysia untuk menyambut kedatangan bulan mulia Ramadhan al-Mubarak tahun ini, Kerajaan memperkenalkan bantuan khas iaitu Bantuan Awal Ramadhan sebanyak RM500 kepada yang memenuhi syarat kelayakan yang ditetapkan.

Bagaimanakah permohonan bantuan awal ramadhan 500? Ikuti penjelasan lebih lanjut di sini.

BACA JUGA : SEMAKAN STATUS BANTUAN DALAM MYKAD 100 SETIAP BULAN : CHECK SEKARANG

APA ITU BANTUAN AWAL RAMADHAN

Bantuan Awal Ramadhan diperkenalkan adalah bertujuan untuk membantu rakyat Malaysia terutamanya yang kurang kemampuan untuk menyambut kedatangan bulan Ramadhan yang pastinya penuh cabaran oleh kerana berserta dengan persedian anak-anak untuk ke sekolah.

KADAR BANTUAN AWAL RAMADHAN 2024

Berikut merupakan kadar Bantuan Awal Ramadhan yang akan disalurkan :

KADAR BANTUAN AWAL RAMADHAN 2024
Akan disalurkan sebanyak RM500 secara sekaligus (one-off)

TARIKH KREDIT BANTUAN AWAL RAMADHAN 500 2024

Berikut merupakan tarikh pengkreditan Bantuan Awal Ramadhan yang dijangka akan disalurkan kepada penerima yang layak :

TARIKH KREDIT BANTUAN AWAL RAMADHAN
Akan disalurkan bermula 27 Mac 2023 / 5 Ramadhan 1444H
secara berperingkat.

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN AWAL RAMADHAN 500 2024

Adalah terhad kepada yang memenuhi syarat kelayakan yang ditetapkan seperti berikut :

  • Beragama islam;
  • Warganegara Malaysia;
  • Mesti bermastautin di Wilayah Persekutuan tidak kurang daripada (1) satu tahun dan masih menetap di Wilayah Persekutuan; dan
  • Tertakluk kepada pengiraan Had al-Kifayah.

PERMOHONAN BANTUAN AWAL RAMADHAN 500 2024

Untuk permohonan, pemohon boleh hadirkan diri ke pejabat Baitulmal MAIWP berhampiran dengan tempat tinggal anda atau boleh terus atas talian melalui laman web seperti berikut :

  1. Sila layari laman web MAIWP di sini : https://www.maiwp.gov.my/.
  2. Kemudian klik pada [Bantuan Zakat].
  3. Pilih salah satu bantuan yang ingin dipohon.
  4. Muat turun borang permohonan.
  5. Isikan dan lengkapkan borang permohonan.
  6. Hantar ke pejabat Baitulmal MAIWP berhampiran dengan tempat tinggal anda.
  7. Selesai.

RUJUKAN

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi MAIWP. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib seperti berikut :

  • Alamat : Menara MAIWP, No.55, Lorong Haji Hussein 2, 50300 Kuala Lumpur.
  • Talian MAIWP: 03-2639 9000
  • E-mel : [email protected]

PENAFIAN

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak kerajaan malaysia dan juga kerajaan negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan dari : https://www.maiwp.gov.my/i/index.php/en/bz.

3 thoughts on “PERMOHONAN BANTUAN AWAL RAMADHAN 500 2024 : DAFTAR SEKARANG”

Leave a Comment