PERMOHONAN BANTUAN B40 TERKINI DALAM MYKAD RM450 2024 : MOHON SEKARANG

PERMOHONAN BANTUAN B40 TERKINI DALAM MYKAD RM450 2024 : MOHON SEKARANG

Dibuka khas permohonan dua (2) bantuan terkini untuk rakyat yang berpendapatan rendah (B40). Dua bantuan ini adalah di bawah pelaksanaan kerajaan pusat dan juga kerajaan negeri Selangor sebagai bantuan tambahan untuk meningkatkan kedayatahanan kewangan rakyat B40.

Bagaimanakah permohonan bantuan b40 terkini dalam mykad rm450? Ikuti penjelasan lebih lanjut di sini.

BACA JUGA : CHECK BANTUAN MYKASIH RM450 TERBARU : SEMAK STATUS SEKARANG

SENARAI BANTUAN B40 TERKINI RM450 2024

Terdapat dua (2) bantuan khas untuk B40 yang terkini, iaitu :

  1. Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) :
    • Disalurkan khas oleh kerajaan pusat untuk rakyat di negeri-negeri Semenanjung Malaysia melalui pengkreditan ke dalam MyKad.
  2. Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor (BINGKAS) :
    • Disalurkan khas oleh kerajaan negeri Selangor untuk rakyat yang lahir atau menetap di negeri Selangor melalui pengkreditan ke dalam aplikasi ‘Selangkah’.

TARIKH TUTUP PERMOHONAN BANTUAN B40 TERKINI RM450 2024

Pemohon perlu membuat permohonan segera kerana tarikh tutup permohonan adalah pada :

JENIS BANTUANTARIKH TUTUP
PERMOHONAN
Bantuan Sumbangan Asas Rahmah
(SARA)
30 September 2024
Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor
(BINGKAS)
15 Ogos 2024

JUMLAH BANTUAN B40 TERKINI DALAM MYKAD 2024

Bantuan akan dikreditkan ke dalam MyKad adalah berdasarkan ketagori iaitu bagi isi rumah berkeluarga akan menerima bantuan berjumlah RM100 dan bujang pula akan menerima RM50. Manakala bantuan RM300 akan dikreditkan ke dalam aplikasi ‘Selangkah’.

SYARAT KELAYAKAN PEMOHON BANTUAN B40 TERKINI RM450 2024

Berikut merupakan syarat-syarat kelayakan untuk kedua-dua bantuan yang perlu dipenuhi oleh pemohon :

  • Syarat Kelayakan Pemohon Bantuan SARA :
    • Warganegara Malaysia;
    • Menetap di negeri-negeri Semenanjung Malaysia;
    • Berpendapatan bawah RM2,500 sebulan;
    • Lulus Sumbangan Tunai Rahmah 2024 (Isi Rumah / Warga Emas / Bujang);
    • Tersenarai sebagai penerima Miskin dalam data e-Kasih.
  • Syarat Kelayakan Pemohon Bantuan BINGKAS :
    • Warganegara Malaysia;
    • Lahir atau menetap di Selangor lebih 10 tahun;
    • Mempunyai tanggungan minimum 2 orang berumur 18 tahun ke bawah;
    • Pendapatan bawah RM5,000 sebulan;
    • Merupakan pemilih berdaftar Selangor.

PERMOHONAN BANTUAN B40 TERKINI DALAM MYKAD RM450 2024

Ikuti cara permohonan bantuan B40 yang terkini di dua (2) portal yang berbeza seperti berikut :

  • Portal Permohonan Bantuan SARA : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
    1. Sila klik pada portal rasmi di atas.
    2. Kemudian, klik butang [Permohonan Baharu].
    3. Lengkapkan Maklumat Pemohon.
    4. Klik butang [TERUSKAN] setelah semua maklumat diisi dengan lengkap.
    5. Seterusnya isi Kod Captcha seperti yang dipaparkan pada menu Pengesahan dan klik butang [Sahkan Captcha].
    6. Sila pastikan maklumat yang dipaparkan adalah tepat dan sila tick [/] butang berikut.
    7. Klik butang [Hantar] bagi meneruskan permohonan.
    8. Setelah permohonan berjaya dihantar, anda akan dipaparkan ‘Permohonan telah berjaya dihantar’.
    9. Selesai.
  • Portal Permohonan Bantuan BINGKAS : https://www.bingkasselangor.com/.
    1. Sila klik pada portal rasmi di atas.
    2. Kemudian, klik pada butang [Daftar Akaun Selangkah Baru] di bawah.
    3. Masukkan nombor telefon mengikut format, contoh : 0123456789.
    4. Klik butang [Teruskan].
    5. Isikan segala butiran peribadi yang diperlukan dengan betul.
    6. Seterusnya, klik pada butang [Daftar].
    7. Setelah pendaftaran berjaya, sila [Log Masuk] mengikut akaun yang didaftarkan.
    8. Kemudian, tekan butang [Buat Permohonan].
    9. Masukkan segala maklumat peribadi yang diperlukan dan tekan butang [Hantar].
    10. Pada bahagian butiran anak, sila klik [Tambah Anak] untuk mengisi maklumat tentang anak dan tekan [Hantar].
    11. Tandakan pada kotak yang berkenaan dan tekan butang [Hantar].
    12. Klik [Choose File] untuk memuat naik dokumen yang diperlukan (mengikut format jpeg. dan pdf) dan tekan [Hantar].
    13. Tandakan pada kotak persetujuan [/].
    14. Seterusnya, klik butang [Hantar].
    15. ‘Permohonan telah berjaya’.
    16. Anda perlu mengaktifkan akaun Selangkah e-Wallet.
    17. Selesai.

RUJUKAN

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi SARA & BINGKAS. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib di bawah :

PENAFIAN

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/ & https://www.bingkasselangor.com/soalan-lazim.

Leave a Comment