PERMOHONAN BANTUAN BUDI 2024 : DAFTAR ONLINE

PERMOHONAN BANTUAN BUDI 2024 : DAFTAR ONLINE

Bagi memastikan kebajikan majoriti rakyat terus terpelihara, bantuan BUDI diperkenalkan sebagai platform penyasaran semula subsidi hanya kepada yang memerlukan. Kerajaan komited untuk menyasarkan semula subsidi bahan api bagi mengekang aktiviti penyeludupan dan ketirisan subsidi rakyat.​

Bagaimanakah permohonan bantuan budi? Ikuti penjelasan lebih lanjut di sini.

BACA JUGA : SEMAKAN STATUS PENERIMA BANTUAN RM100 SETIAP BULAN MYKASIH TERBARU 2024 : CHECK SEKARANG

PENGENALAN BANTUAN BUDI 2024

BUDI merupakan sumbangan tunai Kerajaan lanjutan daripada pelaksanaan program penyasaran subsidi diesel. Kategori ini adalah khusus untuk individu daripada golongan bukan T20 yang memiliki kenderaan diesel di Semenanjung Malaysia.

TARIKH PERMOHONAN BANTUAN BUDI 2024

Permohonan Bantuan BUDI akan dibuka mengikut tarikh seperti berikut :

PERKARATARIKH
Permohonan Bantuan
BUDI
Dibuka sepanjang tahun bermula
pada 28 MEI 2024 (Selasa).

SYARAT KELAYAKAN MEMOHON BANTUAN BUDI

Untuk memohon bantuan BUDI, individu hendak memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan seperti berikut :

  • Syarat Pemohon :
    • Warganegara Malaysia;
    • Pendapatan tahunan individu atau pasangan RM100 ribu dan ke bawah berdasarkan data LHDN.
  • Syarat-Syarat Pemilikan Kenderaan :
    • Kenderaan kegunaan persendirian (diesel) individu;
    • Lesen Kenderaan Motor (Cukai Jalan Kenderaan) aktif;
    • Kenderaan diesel diisytiharkan di Semenanjung Malaysia; dan Berdaftar di JPJ menggunakan nombor MyKad.
  • Syarat Tambahan Tidak Layak BUDI :
    • Motosikal diesel;
    • Kenderaan diesel persendirian berdaftar bagi kegunaan syarikat / pertubuhan;
    • Kenderaan mewah di bawah usia 10 tahun;
    • Kenderaan berdaftar sebagai e-hailing; atau
    • Jenis kenderaan: Karavan, motorhome, van persiaran, dan bas persiaran.

KAEDAH BAYARAN BANTUAN BUDI 2024

Pembayaran bantuan BUDI adalah mengikut kaedah pengkreditan terus ke akaun pemohon yang berdaftar dalam sistem BUDI MADANI atau secara tunai di mana-mana Cawangan BSN sekiranya pemohon tiada sebarang maklumat akaun bank.

KADAR BANTUAN BUDI 2024

Setiap individu yang layak akan menerima bantuan BUDI dengan kadar seperti berikut :

PERKARAKADAR JUMLAH
Bantuan BUDI 2024Minima RM200 setiap bulan

PERMOHONAN BANTUAN BUDI 2024

Ikuti cara permohonan Bantuan BUDI di portal rasmi seperti berikut :

  1. Sila layari portal rasmi BUDI MADANI; atau klik pada pautan di sini : https://budimadani.gov.my/.
  2. Pada laman utama tersebut, sila pilih antara [MySubsidi Diesel] atau [BUDI Agri-Komoditi] atau [BUDI Individu].
  3. Klik pada [Mohon Di Sini].
  4. Masukkan nombor kad pengenalan pemohon dan klik [Semak].
  5. Kemudian, klik pada [Daftar Akaun].
  6. Isikan maklumat yang diperlukan untuk cipta akaun.
  7. Klik pada butang [Daftar].
  8. Seterusnya, sila log masuk kembali dengan akaun yang telah dicipta.
  9. Lengkapkan maklumat pemohon seperti :
    • No. Mykad;
    • No. Telefon Bimbit;
    • Nama Bank;
    • No. Akaun Bank; dan
    • Alamat e-mel.
  10. Setelah selesai mengisi maklumat yang diperlukan, klik pada [Seterusnya].
  11. Lengkapkan maklumat pemilikan kenderaan seperti :
    • Nombor Pendaftaran Kenderaan;
    • Tarikh Luput Lesen Kenderaan Motor (Cukai Jalan Kenderaan);
    • Jenama / Model Kenderaan;
    • Kelas Kegunaan Kenderaan.
  12. Sila klik pada [Hantar Permohonan].
  13. “Permohonan telah berjaya dihantar”.
  14. Selesai.

RUJUKAN

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi BUDI MADANI. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib di bawah :

  • Talian BKK HASiL : 1-800-88-2747
  • Talian BUDI MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
  • Alamat E-mel : [email protected]

PENAFIAN

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://mof.gov.my/portal/ms/berita/soalan-lazim/budi-individu-pemilik-kenderaan-diesel-persendirian/.

Leave a Comment