PERMOHONAN BANTUAN MYKASIH RM100 SETIAP BULAN TERBARU 2024 : SEMAK KELAYAKAN
Menurut apa yang dibentangkan dalam Belanjawan 2024, peruntukan untuk bantuan Mykasih telah dinaikkan sehingga lima kali ganda dan telah diperluaskan kepada lebih ramai pemohon baru. Disamping itu juga, bantuan ini disalurkan sepanjang tahun kepada penerima baru.
Bagaimanakah permohonan bantuan mykasih rm100 setiap bulan terbaru? Ikuti penjelasan lebih lanjut di sini.
BACA JUGA : SEMAKAN STATUS PENERIMA BANTUAN SARA HIDUP BULANAN RM1200 : CHECK SEKARANG
JUMLAH PERUNTUKAN PENERIMA BANTUAN MYKASIH RM100 SETIAP BULAN TERBARU 2024
Jika sebelum ini Kerajaan hanya memperuntukan bantuan Mykasih kepada 210,000 penerima sahaja, namun kini ia telah diperluaskan kepada lebih 700,000 penerima baru yang diambil daripada data kemiskinan eKasih dan juga penerima STR pada tahun 2024 ini.
HAD BANTUAN MYKASIH SETIAP BULAN TERBARU 2024
Bantuan Mykasih yang disalurkan setiap bulan mempunyai had kepada setiap penerima seperti berikut :
HAD BANTUAN | JUMLAH SETIAP BULAN | KATEGORI PENERIMA |
---|---|---|
Minimum | RM50 | Bujang |
Maksimum | RM100 | Isi Rumah & Warga Emas |
KELAYAKAN MEMOHON BANTUAN MYKASIH RM100 SETIAP BULAN TERBARU 2024
Adalah tertakluk kepada syarat kelayakan yang ditetapkan seperti berikut :
- Pemohon mestilah Warganegara Malaysia;
- Menetap di mana-mana negeri di Semenanjung Malaysia;
- Pendapatan tidak melebihi RM2,500 sebulan;
- Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024 kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan; dan
- Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data eKasih.
*Sekiranya pemohon memenuhi syarat-syarat kelayakan yang dinyatakan di atas, permohonan akan dipertimbangkan oleh Kerajaan.
PERMOHONAN BANTUAN MYKASIH RM100 SETIAP BULAN TERBARU 2024
Menurut portal rasmi Mykasih, pemohon hanya perlu membuat permohonan Sumbangan Tunai Rahmah dan mendaftar dengan eKasih seperti berikut :
- Panduan Permohonan (Sumbangan Tunai Rahmah) :
- Sila layari portal rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR).
- Kemudian, klik butang [Permohonan Baharu] bagi membuat Permohonan Baharu.
- Lengkapkan Maklumat Pemohon.
- Klik butang [TERUSKAN] setelah semua maklumat diisi dengan lengkap.
- Seterusnya isi Kod Captcha seperti yang dipaparkan pada menu Pengesahan dan klik butang [Sahkan Captcha].
- Kemudian paparan Perakuan Pemohon akan dipaparkan. Sila pastikan maklumat yang dipaparkan tepat kemudian Tick [/] butang berikut.
- Klik butang [Hantar] bagi meneruskan permohonan.
- Setelah permohonan berjaya dihantar, anda akan dipaparkan ‘Permohonan telah berjaya dihantar’.
- Pemohon boleh klik butang [Cetak] jika ingin membuat Cetakan Salinan permohonan.
- Selesai.
- Panduan Pendaftaran (eKasih) :
- Individu yang ingin mendaftar perlulah menghadirkan diri ke salah satu tempat berikut :
- Pejabat Pembangunan Negeri (PPN);
- Pejabat Daerah yang berhampiran; atau
- Menerusi telefon di talian :
- PPN Perlis : 04-9731976
- PPN Kedah : 04-7209236
- PPN P.Pinang : 04-2185700
- PPN Perak : 05-2497400
- PPN Selangor : 03-55213600
- PPN W.Persekutuan : 03-40420260 / 61
- PPN N.Sembilan : 06-7659945
- PPN Melaka : 06-3333333
- PPN Johor : 07-2234777
- PPN Pahang : 09-5178208
- PPN Terengganu : 09-6272000
- PPN Kelantan : 09-7455000
- PPN Sarawak : 082-446582
- PPN Sabah : 088-484800
RUJUKAN
Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi MyKasih. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib seperti ikut :
- Laman Bantuan : https://mykasih.com.my/.
- Talian Bantuan SARA : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
- E-mel :[email protected]
PENAFIAN
Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/.