PERMOHONAN BANTUAN RM1200 MYSARA 2025 : MOHON SEKARANG

PERMOHONAN BANTUAN RM1200 MYSARA 2025 : MOHON SEKARANG

Tertakluk kepada kelayakan yang telah ditetapkan, hanya individu yang lulus permohonan sahaja akan disahkan layak untuk menerima Bantuan MySARA yang berjumlah sehingga RM1,200 bagi sepanjang tahun 2025. Oleh itu, mana-mana individu yang berkelayakan digalakkan untuk memohon.

Bagaimanakah cara permohonan bantuan rm1200 mysara? Ikuti panduan dan info lebih lanjut di bawah.

BACA JUGA : TARIKH BAYARAN E WALLET RM300 : CARA TEBUS & CLAIM

PENGENALAN BANTUAN RM1200 MYSARA 2025

Bantuan MySara adalah diperkenalkan sebagai bantuan tambahan kepada Bantuan MySTR yang disalurkan sepanjang tahun bagi membantu meringankan serta mengurangkan bebanan kewangan rakyat yang berpendapatan rendah untuk menghadapi peningkatan kos sara hidup.

Penyaluran Bantuan MySara yang bernilai RM1,200 adalah secara ansur setiap bulan bagi pemohon yang menetap di mana-mana negeri di Semenanjung Malaysia dan bagi pemohon yang menetap di Sabah atau Sarawak pula akan menerimanya secara ansur dua kali setahun.

SYARAT KELAYAKAN PEMOHON BANTUAN RM1200 MYSARA 2025

Hanya individu yang memenuhi syarat kelayakan di bawah akan layak memohon Bantuan MySARA yang berjumlah RM1,200 pada tahun 2025 :

  • Warganegara Malaysia;
  • Status berkahwin (ada atau tiada anak) atau ibu atau bapa tungga (ada anak);
  • Pendapatan isi rumah bawah garis PGK semasa (berbeza bagi setiap negeri);
  • Lulus Permohonan Sumbangan Tunai Rahmah (MySTR) 2025 bagi kategori Isi Rumah; dan
  • Berdaftar di bawah Pengkalan Data Kemiskin Nasional e-Kasih sebagai penerima Miskin dan Miskin Tegar.

PERMOHONAN BANTUAN RM1200 MYSARA 2025

Untuk menerima Bantuan MySARA yang bernilai RM1,200, pemohon perlu membuat permohonan MySTR dan berdaftar dengan e-Kasih sebagai penerima Miskin dan Miskin Tegar, ikuti panduan permohonan di bawah :

  1. Sila layari pautan Permohonan MySTR rasmi di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
  2. klik pada butang [Permohonan Baharu].
  3. Lengkapkan maklumat pemohon dengan betul (Ruangan bertanda * adalah mandatori diisi).
  4. Isikan ‘Nombor MyKad’ pemohon dan klik butang [SEMAK].
  5. Segala maklumat pemohon akan dipaparkan.
  6. Isikan segala maklumat yang diperlukan dengan betul.
  7. Lengkapkan maklumat bank (Masukkan akuan bank yang masih aktif).
  8. Sila pilih [Status Perkahwinan] sebagai ‘Bujang’.
  9. Setelah selesai, klik butang [Teruskan].
  10. Seterusnya, isi Kod Captcha seperti yang dipaparkan dan klik butang [Sahkan Captcha].
  11. Kemudian, ‘Perakuan Pemohon’ akan dipaparkan, sila pastikan segala maklumat adalah tepat dantick[/] pada ruangan tersebut.
  12. Klik butang [Hantar] di bawah.
  13. ‘Permohonan telah berjaya dihantar’ akan dipaparkan.
  14. Selesai.

*Nota : Sekiranya pemohon telah memohon dan telah disahkan lulus, pemohon hanya perlu mendaftarkan diri dengan e-Kasih sebagai penerima Miskin dan Miskin Tegar.

PENDAFTARAN BANTUAN RM1200 MYSARA 2025

Ikuti cara pendaftaran untuk menerima Bantuan MySara yang bernilai RM1,200 seperti berikut :

  1. Hadirkan diri ke Pejabat Pembangunan Negeri (PPN) atau Pejabat Daerah yang berdekatan; atau
  2. Melalui talian PPN (mengikut negeri pemohon) :
    • PPN Perlis : 04-9731976
    • PPN Kedah : 04-7209236
    • PPN P.Pinang : 04-2185700
    • PPN Perak : 05-2497400
    • PPN Selangor : 03-55213600
    • PPN W.Persekutuan : 03-40420260 / 61
    • PPN N.Sembilan : 06-7659945
    • PPN Melaka : 06-3333333
    • PPN Johor : 07-2234777
    • PPN Pahang : 09-5178208
    • PPN Terengganu : 09-6272000
    • PPN Kelantan : 09-7455000
    • PPN Sarawak : 082-446582
    • PPN Sabah : 088-484800; atau
  3. Melalui Surat; atau
  4. e-mel rasmi; atau
  5. Membuat laporan atau mendaftar kes kemiskinan melalui Pemimpin Tempatan, Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) atau Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JPKKP).

*Rujuk maklumat lanjut pendaftaran e-Kasih di sini : https://www.icu.gov.my/?pg=bantuan&type=faq&list=fekasih.

RUJUKAN

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi SARA. Untuk sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan SARA, sila rujuk pihak berwajib di bawah :

  • Talian Bantuan SARA MOF : 03 8882 4565 / 4566.

PENAFIAN

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.

Leave a Comment