PERMOHONAN BANTUAN RUMAH PPR 2024 : DAFTAR SEKARANG

PERMOHONAN BANTUAN RUMAH PPR 2024 : DAFTAR SEKARANG

PPR atau rasminya adalah Program Perumahan Rakyat yang diperkenalkan oleh Jabatan Perumahan Negara dibawah Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan adalah agensi pelaksana utama bagi projek-projek PPR di seluruh Malaysia.

Bagaimanakah permohonan bantuan rumah ppr? Ikuti penjelasan lebih lanjut di sini.

BACA JUGA : TARIKH RASMI BAYARAN BANTUAN STR FASA 2 : SEMAK SEKARANG

PENGENALAN BANTUAN RUMAH PPR 2024

Program Perumahan Rakyat adalah satu program Kerajaan untuk penempatan semula setinggan dan memenuhi keperluan tempat kediaman bagi golongan berpendapatan rendah. PPR terdiri daripada 2 kategori iaitu PPR Disewa dan PPR Dimiliki.

Semua rumah yang dibina di bawah kedua-dua program PPR Dimiliki dan PPR Disewa akan menggunakan spesifikasi perancangan dan rekabentuk perumahan kos rendah yang ditetapkan dalam Standard Perumahan Kebangsaan Bagi Perumahan Kos Rendah Rumah Pangsa (CIS2).

CIRI CIRI RUMAH PPR 2024

Berikut merupakan ciri-ciri rumah PPR yang ditetapkan oleh Jabatan Perumahan Negara :

  • Kawasan bandar-bandar besar: Jenis rumah bertingkat antara 5 hingga 18 tingkat.
  • Kawasan pinggir bandar: Jenis rumah teres.
  • Keluasan: Tidak kurang daripada 700 kaki persegi.
  • Binaan – 3 Bilik Tidur, 1 Ruang Tamu, 1 Ruang Dapur, 2 Bilik Air.
  • Kemudahan Asas:
    • Dewan Komuniti/Ruang Orang Ramai.
    • Surau/Ruang Solat.
    • Gerai Makan/Ruang Niaga.
    • Tadika.
    • Kemudahan OKU.
    • Taman Permainan/Kawasan Lapang.
    • Rumah Sampah.

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN RUMAH PPR 2024

Adalah terhad kepada yang memenuhi syarat-syarat kelayakan seperti berikut :

  • Pemohon dan pasangan Warganegara Malaysia;
  • Berumur 18 tahun ke atas;
  • Pendapatan isi rumah di bawah RM3,000 sebulan;
  • Pemohon dan pasangan tidak pernah memiliki rumah; dan
  • Mengikut syarat-syarat tambahan yang ditetapkan oleh Kerajaan Negeri.

PERMOHONAN BANTUAN RUMAH PPR 2024

Ikuti cara permohonan Bantuan Rumah PPR bagi tahun 2024 secara atas talian (online) di laman rasmi seperti berikut :

  1. Sila layari laman web rasmi TEDUH; atau klik pada pautan di sini : https://teduh.kpkt.gov.my/.
  2. Kemudian, klik pada pautan permohonan yang diberikan.
  3. Anda akan dibawa ke halaman Sistem Pengurusan Perumahan Negera.
  4. Klik pada bahagian [PEMOHON].
  5. Sekiranya anda belum membuat pendaftaran akaun, sila klik pada [Daftar Akaun] di bawah.
  6. Masukkan maklumat Nama, Nombor Kad Pengenalan dan Alamat E-mel pada ruangan yang disediakan.
  7. Seterusnya, klik pada butang [Daftar].
  8. Anda akan menerima e-mel daripada SPRN untuk pengaktifan akaun.
  9. Sila tetapkan Kata Laluan anda untuk Log Masuk.
  10. Kemudian, sila [Log Masuk] dengan memasukan nombor Kad Penganalan dan Kata Laluan yang telah anda tetapkan.
  11. Anda akan dipaparkan pada halaman utama Permohonan SPRN.
  12. Sila pilih Skim Perumahan yang anda inginkan.
  13. Setelah anda memilih Skim Perumahan yang anda inginkan, anda dikehendaki melengkapkan maklumat yang diperlukan dengan tepat dan betul.
  14. Setiap maklumat yang telah lengkap anda perlu klik pada butang [Simpan].
  15. Seterusnya, sila muat naik dokumen sokongan yang diperlukan.
  16. Akhir sekali, sila buat pengesahan anda dan tekan butang [Hantar].
  17. ‘Permohonan anda berjaya dihantar’.
  18. Selesai.

RUJUKAN

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada laman web rasmi KEMENTERIAN PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib di talian seperti berikut :

  • 03-88914052 (Selangor, Melaka, Johor, Ng. Sembilan);
  • 03-88914278 (Kuala Lumpur, Sabah, Sarawak) dan
  • 03-88914028 (Perak, Kedah, Pulau Pinang, Kelantan, Pahang, Terengganu).

PENAFIAN

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak kerajaan malaysia dan juga kerajaan negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan dari : https://www.kpkt.gov.my/index.php/pages/view/256.

7 thoughts on “PERMOHONAN BANTUAN RUMAH PPR 2024 : DAFTAR SEKARANG”

  1. Saya nak bantuan rumah PPR.
    Sekarang tinggal bersama keluarga.
    Saya ada 8 orang adik beradik.
    Saya dah berkahwin dan ada seorang anak.
    Boleh tolong saya untuk memiliki rumah bantuan PPR ?

    Reply
  2. Saya nak bantuan rumah PPR sewa setingkat di Negari kuala lumpur.saya sekarang duduk rumah orang sewa.sebulan RM300.00.tinngal bersama 3 orang.belum kahwin lagi.saya tidak rumah sendiri.boleh tolong saya utunk memiliki rumah bantuan PPR sewa?

    Reply
  3. Saya nak bantuan rumah PPR sewa setingkat di Negari kuala lumpur.saya sekarang duduk rumah orang sewa.sebulan RM 300.00.tinggal bersama 3 orang.belum kahwin lagi.saya tidak rumah sendiri.boleh tolong saya untuk memiliki rumah bantuan PPR sewa?

    Reply
  4. Kepada pegawai,
    Saya tak ada rhm sendirian
    Umur-53 tahun anak 2 Masih belajar,mintak loan tak dapat sebab umur dah tua jadi tolong lah pegawai perumahan ppr ,gaji saya
    RM 1,500. Kerja cleanar .sewa rhm sekarang 700 ,Dan bill api Dan air ,makan lagi van sekolah.mana cukup. Saya ibu tunggal.,terima kasiah.

    Reply

Leave a Comment