PERMOHONAN BANTUAN SARA HIDUP 2024 : DAFTAR SEKARANG
Sebilangan rakyat Malaysia mungkin terkesan akan kenaikan kos sara hidup kini. Oleh itu, Kerajaan sangat prihatin dan menawarkan Bantuan Sara Hidup yang bernilai sehingga RM1,200. Peruntukan adalah terhad kepada 0.7 juta rakyat Malaysia yang memenuhi syarat kelayakan sahaja.
Bagaimanakah permohonan bantuan sara hidup? Ikuti penerangan lebih lanjut di sini.
BACA JUGA : DAFTAR BANTUAN SARA HIDUP RM100 SETIAP BULAN : MOHON SEKARANG
JUMLAH PERUNTUKAN PENERIMA BANTUAN SARA HIDUP 2024
Berikut merupakan jumlah peruntukan oleh Kerajaan kepada penerima Bantuan Sara Hidup bagi tahun 2024 :
KATEGORI | NILAI BANTUAN | JUMLAH PENERIMA |
---|---|---|
Miskin Tegar | Isi Rumah : RM1,200. Warga Emas : RM1,200. Bujang : RM600. | 0.2 juta |
Miskin | Isi Rumah : RM1,200. Warga Emas : RM1,200. Bujang : RM600. | 0.5 juta |
Asas Bukan Miskin / Miskin Tegar | Isi Rumah : RM300. Warga Emas : RM150. Bujang : RM150. | 8.0 juta |
KAEDAH PENGKREDITAN BANTUAN SARA HIDUP 2024
Pengkreditan Bantuan Sara Hidup adalah berbeza mengikut alamat penerima seperti kaedah berikut :
ALAMAT PENERIMA | KAEDAH PENGKREDITAN |
---|---|
Penerima beralamat Semenanjung Malaysia | Dikreditkan secara tanpa tunai (cashless) ke dalam Mykad penerima setiap bulan RM100 / RM50 untuk pembelian barangan keperluan asas. |
Penerima beralamat Sabah, Sarawak dan W.P Labuan | Dikreditkan dua kali setahun RM600 / RM300 ke dalam akaun bank / secara tunai di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN). |
KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN SARA HIDUP
Pemberian Bantuan Sara Hidup adalah terhad kepada penerima yang memenuhi syarat kelayakan seperti berikut :
- Warganegara Malaysia;
- Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024 kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan; dan
- Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM) sehingga 31 Oktober 2023.
PERMOHONAN BANTUAN SARA HIDUP 2024
Menurut daripada soalan lazim MyKasih, tiada permohonan diperlukan kerana pemberian Bantuan Sara Hidup adalah secara automatik berdasarkan data Miskin Tegar dan Miskin eKasih sehingga 31 Oktober 2023 yang berstatus lulus STR 2024 sahaja. Namun, mestilah membuat pendaftaran melalui e-Kasih seperti berikut :
- Menghadirkan diri ke Pejabat Pembangunan Negeri (PPN) atau Pejabat Daerah yang berdekatan; atau
- Hubungi Talian PPN Negeri masing-masing di talian berikut :
- PPN Perlis : 04-9731976
- PPN Kedah : 04-7209236
- PPN P.Pinang : 04-2185700
- PPN Perak : 05-2497400
- PPN Selangor : 03-55213600
- PPN W.Persekutuan : 03-40420260 / 61
- PPN N.Sembilan : 06-7659945
- PPN Melaka : 06-3333333
- PPN Johor : 07-2234777
- PPN Pahang : 09-5178208
- PPN Terengganu : 09-6272000
- PPN Kelantan : 09-7455000
- PPN Sarawak : 082-446582
- PPN Sabah : 088-484800
- Sekiranya anda telah berdaftar dengan PPN, anda boleh membuat semakan di sini : https://ekasih.icu.gov.my/ekasih/Semakan/Pages/CarianAwam.aspx.
- Selesai.
RUJUKAN
Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi MyKasih dan dari Portal Rasmi eKasih. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib seperti berikut :
- Talian Bantuan MyKasih : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
- Email : [email protected]
- Website : https://www.mykasih.com.my/contact-us/.
PENAFIAN
Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak kerajaan malaysia dan juga kerajaan negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan dari : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/ dan https://ekasih.icu.gov.my/Pages/ProsesPendaftaran.aspx.
Permohonan
Permohonan bantuan sara hidup 2024
permohonan bantuan sara
Permohonan bantuan sara hidup
Permohonan bantuan sara hidup 2024
Permohonan bantuan Sara hidup 2024
Saya ibu tunggal ada daftar ekasih tapi tak senarai bantuan sara saya layak str , apa yang perlu buat untuk dapatkan bantuan sara saya perlu bantuan keluarga saya terima kasih