PERMOHONAN BANTUAN SARA HIDUP 2024 TERKINI : SEMAK STATUS KELAYAKAN SEKARANG

PERMOHONAN BANTUAN SARA HIDUP 2024 TERKINI : SEMAK STATUS KELAYAKAN SEKARANG

Dalam meniti arus pemodenan masa kini, pastinya kos untuk menyara kehidupan juga semakin tinggi. Bagi memastikan kehidupan rakyat seimbang tanpa perlu merisaukan kenaikan harga barangan, Bantuan Sara Hidup diperkenalkan.

Bagaimanakah permohonan bantuan sara hidup 2024? Ikuti penjelasan lebih lanjut di sini.

BACA JUGA : TERKINI SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN RM200 SEBULAN : CHECK STATUS SEKARANG

KADAR NILAI BANTUAN SARA HIDUP 2024 TERKINI

Antara kadar Bantuan Sara Hidup yang akan disalurkan kepada penerima, ialah bernilai :

  • Isi Rumah :
KELAYAKAN PENERIMAKADAR NILAI BANTUAN
MISKINRM1,200
BUKAN MISKINRM300
  • Warga Emas :
KELAYAKAN PENERIMAKADAR NILAI BANTUAN
MISKINRM1,200
BUKAN MISKINRM150
  • Bujang :
KKELAYAKAN PENERIMAKADAR NILAI BANTUAN
MISKINRM600
BUKAN MISKINRM150
*Nota : Amaun kelayakan adalah tertakluk kepada kelulusan fasa bantuan 2024.

JADUAL PENERIMAAN BANTUAN SARA HIDUP 2024 TERKINI

Penerimaan Bantuan Sara Hidup pada tahun 2024 adalah mengikut jadual berikut :

BIL.TARIKH PENERIMAAN BANTUAN SARA HIDUP
1.01.06.2024 (SABTU)
2.01.07.2024 (ISNIN)
3.01.08.2024 (KHAMIS)
4.01.09.2024 (AHAD)
5.01.10.2024 (SELASA)
6.01.11.2024 (JUMAAT)
7.01.12.2024 (AHAD)

TEMPOH AKHIR BANTUAN SARA HIDUP 2024

Baki elaun bantuan yang tidak habis digunakan akan dibawa ke bulan-bulan seterusnya dan boleh digunakan bersama dengan elaun bulan semasa. Walau bagaimanapun, sebarang baki elaun yang tidak digunakan sepenuhnya pada akhir tempoh iaitu 31 Disember 2024 akan luput secara automatik.

SYARAT KELAYAKAN PEMOHON BANTUAN SARA HIDUP 2024

Untuk memohon Bantuan Sara Hidup, pemohon haruslah memenuhi syarat kelayakan yang ditetapkan seperti berikut :

  • Warganegara Malaysia;
  • Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024 kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan; dan
  • Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM).

PERMOHONAN BANTUAN SARA HIDUP 2024 TERKINI

Ikuti cara permohonan Bantuan Sara Hidup di pautan rasmi seperti berikut :

  1. Sila layari portal rasmi Permohonan di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
  2. Kemudian, klik butang [Permohonan Baharu].
  3. Lengkapkan Maklumat Pemohon.
  4. Klik butang [TERUSKAN] setelah semua maklumat diisi dengan lengkap.
  5. Seterusnya isi Kod Captcha seperti yang dipaparkan pada menu Pengesahan dan klik butang [Sahkan Captcha].
  6. Sila pastikan maklumat yang dipaparkan adalah tepat dan sila tick [/] butang berikut.
  7. Klik butang [Hantar] bagi meneruskan permohonan.
  8. Setelah permohonan berjaya dihantar, anda akan dipaparkan ‘Permohonan telah berjaya dihantar’.
  9. Kemudian, sila daftarkan diri sebagai penerima Miskin di pautan e-Kasih : https://www.icu.gov.my/pg/main.php?pg=perkhidmatan&type=sejahtera&list=s03
  10. Selesai.

RUJUKAN

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi BantuanTunai Hasil. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib di bawah :

  • Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
  • Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
  • E-mel :[email protected]

PENAFIAN

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.

1 thought on “PERMOHONAN BANTUAN SARA HIDUP 2024 TERKINI : SEMAK STATUS KELAYAKAN SEKARANG”

Leave a Comment