PERMOHONAN BANTUAN SUBSIDI RM20000 BINA RUMAH MESRA RAKYAT 2024 : DAFTAR SEKARANG

PERMOHONAN BANTUAN SUBSIDI RM20000 BINA RUMAH MESRA RAKYAT 2024 : DAFTAR SEKARANG

Subsidi sebanyak RM20,000 yang ditawarkan oleh Kerajaan untuk rakyat yang tidak memiliki rumah atau memiliki rumah usang dengan menyediakan bantuan Rumah Mesra Rakyat (RMR) di seluruh Malaysia yang dilaksanakan oleh Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB).

Bagaimanakah permohonan bantuan subsidi rm20,000 bina rumah mesra rakyat 2024? Ikuti penjelasan lanjut di sini.

BACA JUGA : BANTUAN RAKYAT B40 : CHECK SEKARANG

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN BINA RUMAH MESRA RAKYAT 2024

Berikut merupakan syarat-syarat kelayakan untuk memohon bantuan subsidi sebanyak RM20,000 untuk membina Rumah Mesra Rakyat (RMR) :

  • Warganegara Malaysia;
  • Pemohon mestilah berumur 18 sehingga 65 tahun;
  • Pendapatan bulanan seisi rumah tidak melebihi RM 5,000;
  • Pemohon dan pasangan tidak memiliki rumah sendiri / atau memiliki rumah usang / tidak sempurna;
  • Tanah/tapak cadangan mestilah bersesuaian dan bebas daripada gadaian/bebanan/sekatan ke atasnya. Jika pemohon bukan tuan punya tanah, pemohon mestilah mendapat kebenaran daripada tuan punya tanah yang dicadangkan;
  • Keluasan tanah tidak kurang daripada 3,000 kps (tertakluk kepada rekabentuk); dan
  • Tertakluk kepada peruntukan kewangan.

DOKUMEN YANG DIPERLUKAN UNTUK PERMOHONAN BANTUAN SUBSIDI RM20000 BINA RUMAH MESRA RAKYAT 2024

  • Salinan kad pengenalan pemohon dan pasangan (jika berkenaan).
  • Salinan kad pengenalan tuan tanah.
  • Salinan kad pengenalan pemohon kedua (jika berkaitan).
  • Salinan geran hakmilik tanah terbaru dan sijil carian rasmi dari Pejabat Tanah yang terbaru
  • Slip gaji terkini (3 bulan) / surat akuan sumpah pendapatan / surat pengesahan pendapatan pemohon / pemohon kedua. Surat akuan sumpah / surat pengesahan tidak memiliki rumah atau memiliki rumah yang usang.
  • Surat akuan kebenaran pelepasan tuan tanah.
  • Salinan sijil nikah pemohon.
  • Borang laporan tapak bergambar.

NOTA : Surat Pengesahan pendapatan/ tidak memiliki rumah/ memiliki rumah usang perlu disahkan melalui Penghulu / Ketua kampung / Pegawai Profesional Kelas A.
SPNB berhak untuk mendapatkan dokumen tambahan tertakluk kepada keperluan dari semasa ke semasa. Format bagi Surat Akuan Bersumpah dan Borang Lawatan Tapak Bergambar disediakan oleh SPNB. Keperluan pemohon kedua adalah bertujuan untuk pengambilan insurans (pinjaman) dan mewakili pemohon (jika perlu) bagi tujuan pembayaran bulanan.

PERMOHONAN BANTUAN SUBSIDI RM20000 BINA RUMAH MESRA RAKYAT 2024

Ikuti kaedah permohonan di Portal Rasmi SPNB seperti berikut :

  1. Sila layari Portal Rasmi SPNB di sini : https://spnb.com.my/.
  2. Kemudian, pada halaman utama SPNB, sila klik pada [RUMAH MESRA RAKYAT].
  3. Klik pada butang [Permohonan].
  4. Seterusnya, klik pada [Pendaftaran Baru] dan isikan Borang Pendaftaran Login dengan lengkap.
  5. Kata laluan akan dihantar ke dalam e-mel pemohon.
  6. Sila Log Masuk dengan menggunakan login ID (e-mel) dan kata laluan yang diberikan untuk memulakan permohonan RMR.
  7. Seterusnya, isikan dan lengkapkan borang online dalam sistem SPNB.
  8. Setelah selesai mengisi borang, klik [Cetak] borang permohonan.
  9. Kemudian, bawa bersama dokumen yang diperlukan ke Pejabat Cawangan SPNB yang berdekatan.
  10. Maklum balas dalam tempoh 3 bulan dan kelulusan adalah tertakluk kepada peruntukan tahunan.
  11. Selesai.

TANGGUNGJAWAB PEMOHON SEKIRANYA DILULUSKAN

  • Perlu mengisi dan melengkapkan borang permohonan.
  • Perlu menyediakan tapak cadangan termasuk jalan masuk untuk pembinaan.
  • Perlu menyediakan sumber bekalan air dan elektrik.
  • Perlu membuat penyambungan bekalan utiliti setelah rumah disiapkan.
  • Perlu membuka akaun bank bagi pembayaran balik bulanan.

RUJUKAN

Segala maklumat berkaitan bantuan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi SPNB. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib seperti berikut :

  • Ibu Pejabat : Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) Level 1, Block C, Dataran PHB, Saujana Resort, Seksyen U2, 40150 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.
  • Talian SPNB : 03-7849 2000
  • Fax : 03-7849 2020
  • E-mel : [email protected] / [email protected]

PENAFIAN

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak kerajaan malaysia dan juga kerajaan negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan dari : https://spnb.com.my/rumah-mesra-rakyat/.

Leave a Comment