PERMOHONAN BANTUAN TUNAI DALAM MYKAD RM450 SETIAP BULAN TERKINI 2024 : SEMAK KELAYAKAN DAN DAFTAR SEKARANG

PERMOHONAN BANTUAN TUNAI DALAM MYKAD RM450 SETIAP BULAN TERKINI 2024 : SEMAK KELAYAKAN DAN DAFTAR SEKARANG

Kini kerajaan ingin membuka peluang kepada lebih ramai rakyat yang memerlukan untuk menerima bantuan tunai yang disalurkan setiap bulan oleh dua (2) bentuk bantuan iaitu Bantuan SARA dan juga Bantuan BINGKAS berjumlah sehingga RM450 sebulan.

Bagaimanakah permohonan bantuan tunai dalam mykad rm450 setiap bulan terkini? Ikuti penjelasan lebih lanjut di sini.

BACA JUGA : CHECK STATUS BANTUAN MYKASIH RM1800 : SEMAK KELAYAKAN SEKARANG

APA ITU BANTUAN TUNAI RM450 SETIAP BULAN 2024

Bantuan tunai yang disalurkan berjumlah sehingga RM450 setiap bulan adalah merupakan gabungan (2) dua bentuk bantuan iaitu SARA yang disalurkan oleh kerajaan pusat dan juga BINGKAS yang disalurkan oleh kerajaan negeri melalui kaedah yang berbeza.

BAGAIMANAKAH CARA PENYALURAN BANTUAN TUNAI RM450 SETIAP BULAN TERKINI 2024

Penyaluran bantuan tunai adalah mengikut dua (2) cara, iaitu :

  1. Bantuan SARA RM150 akan disalurkan secara tanpa tunai dalam MyKad; dan
  2. Bantuan BINGKAS RM300 akan disalurkan secara tanpa tunai dalam e-Wallet.

BILAKAH TARIKH BAYARAN BANTUAN RM450 SETIAP BULAN TERKINI 2024

Tarikh bayaran bantuan juga berbeza setiap bulan, iaitu pada :

  1. Bantuan SARA :
    • Akan dibayar kepada penerima setiap 1 hari bulan setiap bulan.
  2. Bantuan BINGKAS :
    • Akan dibayar kepada penerima setiap 5 hingga 15 hari bulan setiap bulan.

APAKAH SYARAT KELAYAKAN PEMOHON BANTUAN TUNAI RM450 SETIAP BULAN TERKINI 2024

Syarat kelayakan untuk pemohon bantuan tunai RM450 setiap bulan adalah seperti berikut :

  • Syarat Kelayakan Pemohon Bantuan SARA :
    1. Warganegara Malaysia;
    2. Menetap di mana-mana negeri Semenanjung Malaysia;
    3. Pendapatan tidak melebihi RM2,500 sebulan;
    4. Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024 kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan; dan
    5. Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM).
  • Syarat Kelayakan Pemohon Bantuan BINGKAS :
    1. Warganegara Malaysia;
    2. Lahir atau menetap di Selangor lebih 10 tahun;
    3. Pendapatan isi rumah bawah RM5,000 sebulan;
    4. Pemilih berdaftar di Negeri Selangor; dan
    5. Keluarga yang mempunyai tanggungan minimum dua (2) orang berusia 18 tahun ke bawah.

PERMOHONAN BANTUAN TUNAI DALAM MYKAD RM450 SETIAP BULAN TERKINI 2024

Ikuti cara permohonan bantuan RM450 setiap bulan terkini di dua (2) portal berbeza seperti berikut :

  • Cara Permohonan Bantuan SARA :
  1. Sila layari portal rasmi Permohonan di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
  2. Kemudian, klik butang [Permohonan Baharu].
  3. Lengkapkan Maklumat Pemohon.
  4. Klik butang [TERUSKAN] setelah semua maklumat diisi dengan lengkap.
  5. Seterusnya isi Kod Captcha seperti yang dipaparkan pada menu Pengesahan dan klik butang [Sahkan Captcha].
  6. Sila pastikan maklumat yang dipaparkan adalah tepat dan sila tick [/] butang berikut.
  7. Klik butang [Hantar] bagi meneruskan permohonan.
  8. Setelah permohonan berjaya dihantar, anda akan dipaparkan ‘Permohonan telah berjaya dihantar’.
  9. Selesai.

*Nota : Pemohon perlu mendaftar dengan e-Kasih dengan menghadirkan diri ke Pejabat Pembangunan Negeri (PPN) atau Pejabat Daerah atau menerusi talian e-Kasih mengikut negeri.

  • Cara Permohonan Bantuan BINGKAS :
  1. Sila layari Portal Rasmi BINGKAS di sini : https://www.bingkasselangor.com/.
  2. Pada halaman utama BINGKAS, sila klik pada [Daftar Sekarang].
  3. Kemudian, klik pada butang [Daftar Akaun Selangkah Baru] di bawah.
  4. Masukkan nombor telefon mengikut format, contoh : 0123456789.
  5. Klik butang [Teruskan].
  6. Isikan segala butiran peribadi yang diperlukan dengan betul.
  7. Seterusnya, klik pada butang [Daftar].
  8. Setelah pendaftaran berjaya, sila [Log Masuk] mengikut akaun yang didaftarkan.
  9. Kemudian, tekan butang [Buat Permohonan].
  10. Masukkan segala maklumat peribadi yang diperlukan dan tekan butang [Hantar].
  11. Pada bahagian butiran anak, sila klik [Tambah Anak] untuk mengisi maklumat tentang anak dan tekan [Hantar].
  12. Tandakan pada kotak yang berkenaan dan tekan butang [Hantar].
  13. Klik [Choose File] untuk memuat naik dokumen yang diperlukan (mengikut format jpeg. dan pdf) dan tekan [Hantar].
  14. Tandakan pada kotak persetujuan [/].
  15. Seterusnya, klik butang [Hantar].
  16. ‘Permohonan telah berjaya’.
  17. Selesai.

*Nota : Pemohon perlu memuat turun aplikasi Selangkah dan aktifkan akaun e-Wallet.

RUJUKAN

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi SARA & BINGKAS. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib di bawah :

  • Talian SARA : 03 7720 1900
  • Talian BINGKAS : 1800 22 6600

PENAFIAN

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/ & https://www.bingkasselangor.com/soalan-lazim.

Leave a Comment