PERMOHONAN EKASIH 2025 : MOHON ONLINE SEKARANG
Antara kelebihan yang bakal diperolehi oleh pemohon sekiranya lulus permohonan eKasih adalah pemohon akan menerima pelbagai bentuk bantuan daripada kerajaan termasuk Bantuan Tambahan Asas Rahmah yang berjumlah RM1,200.
Bagaimanakah permohonan ekasih secara online? Ikuti panduan dan info lebih lanjut di bawah.
BACA JUGA : TARIKH BAYARAN BANTUAN MYKAD TAMBAHAN SARA RM450 : SEMAK STATUS SEKARANG
PENGENALAN EKASIH 2025
E-Kasih adalah merupakan sistem pengkalan data yang mengandungi data individu atau keluarga yang disahkan layak untuk menerima pelbagai bantuan daripada pelbagai kementerian dan agensi bagi program pembasmian kemiskinan negara.
Permohonan e-Kasih adalah penting untuk membantu golongan yang berpendapatan rendah berstatus miskin dan miskin tegar untuk mendapatkan pelbagai bentuk bantuan pada tahun 2025 termasuk Bantuan Tambahan Asas Rahmah yang berjumlah RM1,200.
SYARAT KELAYAKAN PEMOHON EKASIH 2025
Hanya individu yang memenuhi syarat kelayakan seperti berikut adalah layak untuk memohon e-Kasih :
- Warganegara Malaysia;
- Berpendapatan berdasarkan kriteria yang ditetapkan oleh Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) semasa; serta
- Golongan yang tidak berada dalam kawasan perkampungan Orang Asli / kawasan FELDA dan kawasan Estet / ladang yang mempunyai pentadbiran sendiri.
*Catatan : Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) ialah pendapatan isi rumah yang ditetapkan oleh Kementerian Hal Ehwal Ekonomi (MEA) sebagai pengukuran kepada status kemiskinan bagi sesuatu isi rumah yang berdaftar dalam Sistem eKasih.
SENARAI MAKLUMAT PEMOHON EKASIH YANG DIPERLUKAN
Untuk memohon e-Kasih, pemohon pelu memastikan maklumat di bawah dilengkapkan semasa permohonan dibuat bagi memudahkan permohonan diluluskan.
- Butiran Ketua Isi Rumah (KIR) dan Ahli Isi Rumah (AIR);
- Lokasi Kediaman;
- Tahap Pendidikan;
- Kemahiran dan pekerjaan;
- Harta;
- Kesihatan;
- Bantuan dan pendapatan.
PERMOHONAN EKASIH 2025
Ikuti panduan permohonan e-Kasih seperti bawah :
- Layari Portal Rasmi eKasih, di pautan berikut : https://ekasih.icu.gov.my/Pages/Default.aspx
- Kemudian, pada halaman eKasih tersebut, sila scroll ke bawah dan klik pada [Pendaftaran eKasih].
- Anda akan dipaparkan dengan butiran Proses Kerja Permohonan Isi Rumah untuk Didaftarkan ke dalam Sistem eKasih.
- Anda dikehendaki membaca dengan teliti dan mengenalpasti (KIR).
- Seterusnya, anda hendaklah hadir ke Pejabat Pembangunan Negeri (PPN) / Pejabat Daerah yang berhampiran anda.
- Anda dikehendaki membuat pendaftaran di PPN; atau hubungi PPN berhampiran anda di talian.
- Selesai.
KAEDAH PERMOHONAN EKASIH
Bagi memohon e-Kasih, individu boleh memilih antara kaedah berikut :
- Hadirkan diri ke Pejabat Pembangunan Negeri (PPN) atau Pejabat Daerah yang berdekatan; atau
- Melalui telefon;
- Talian e-Kasih setiap negeri :
- PPN Perlis : 04-9731976
- PPN Kedah : 04-7209236
- PPN P.Pinang : 04-2185700
- PPN Perak : 05-2497400
- PPN Selangor : 03-55213600
- PPN W.Persekutuan : 03-40420260 / 61
- PPN N.Sembilan : 06-7659945
- PPN Melaka : 06-3333333
- PPN Johor : 07-2234777
- PPN Pahang : 09-5178208
- PPN Terengganu : 09-6272000
- PPN Kelantan : 09-7455000
- PPN Sarawak : 082-446582
- PPN Sabah : 088-484800
- Talian e-Kasih setiap negeri :
- Surat; atau
- e-mel rasmi; atau
- Membuat laporan atau mendaftar kes kemiskinan melalui Pemimpin Tempatan, Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) atau Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JPKKP).
RUJUKAN
Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi e-KASIH. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib di bawah :
- Talian Bantuan : 603 8000 8000
- Laman Pertanyaan e-Kasih : https://www.malaysia.gov.my/portal/contact.
PENAFIAN
Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://www.icu.gov.my/?pg=bantuan&type=faq&list=fekasih.