PERMOHONAN IKBN 2025 SESI 2 – SEMAKAN KEPUTUSAN ONLINE
Anda lepasan SPM dan berkeinginan untuk melanjutkan pengajian bidang kemahiran di Institut Latihan Kementerian Belia dan Sukan (ILKBS)? Berikut dibahagikan maklumat Permohonan ILKBS (IKBN, IKTBN Dan AKBG) 2025 Online sesi 1 yang menampikan tarikh permohonan, syarat kemasukan dan bagaimana membuat permohonan online kemasukan. ILKBS termasuk Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN), Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) dan Akademi Kemahiran Belia Golf (AKBG).
BACA JUGA DI SINI : PERMOHONAN LESEN MEMANDU PERCUMA 2025 : SEMAK KELAYAKAN DAN TARIKH PERMOHONAN
PERMOHONAN IKBN 2025 SESI 2
Dikongsi di sini adalah maklumat permohonan ILKBS sesi 1 dan 2 2025 yang melibatkan permohonan kemasukan ke IKBN, IKTBN dan AKBG. Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berminat diberi peluang untuk memohon kemasukan ke ILKBS sesi 1 dan 2 2025 melalui permohonan dalam talian.
SYARAT KEMASUKAN KE ILKBS
Berikut adalah diantara syarat umum permohonan kemasukan ke Institut Latihan Kementerian Belia dan Sukan (ILKBS) :-
- Warganegara Malaysia
- Boleh membaca dan menulis
- Berusia di antara 18 – 30 tahun semasa memohon
- Berkelulusan sekurangnya Tamat Tingkatan 5
- Belum berkahwin atau bujang
- Sihat tubuh badan
SYARAT LAIN KEMASUKAN ILKBS
- Pemohon tidak pernah mengikuti latihan kemahiran dimana-mana Institut Latihan Awam atau Swasta (Kecuali untuk calon yang mempunyai Sijil Lepasan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) dan Sijil Suruhanjaya Tenaga (ST) untuk menyambung pengajian
- Pemohon yang sedang menjalani latihan di mana-mana institut latihan kemahiran dan belum tamat latihan. belum peroleh sijil ketrampilan SKM tahap 2/3 atau 3/4 tidak dibenarkan untuk memohon untuk tahap selanjutnya
- Pelajar yang tidak menamatkan latihan/ disingkirkan dari mengikuti latihan dari mana-mana Institut Latihan Awan yang lain, tidak dibenarkan untuk memohon
TARIKH PENTING KEMASUKAN KE ILKBS SESI 1 2025
Berikut adalah tarikh penting permohonan kemasukan ke ILKBS sesi 1 2025 :-
- Sistem Permohonan ke ILKBS dibuka dan ditutup : 1 Oktober hingga 15 November 2024
- Panggilan Temuduga : 25 November – 6 Disember 2025 (Bagi pemohon yang memohon program bertemuduga sahaja – Lepasan SKM/ ST/ DKM)
- Result kemasukan ke ILKBS sesi 1 2025 : 9 Disember 2025
- Pengesahan Terima atau tolak tawaran ke ILKBS : 9 Disember 2024 – 5 Januari 2025
- Permohonan rayuan : akan dikemaskini
- Keputusan rayuan : akan dikemaskini
- Pendaftaran pelajar baharu sesi 1 2025 : 3 Februari 2025
KEMASUKAN KE ILKBS SESI 2 2025
Permohonan adalah melalui portal rasmi eKampus KBS di https://ekampus.kbs.gov.my/ bermula 14 April hingga 30 Mei 2025 (Kursus bertemuduga) dan 15 Jun 2025 (Kursus tanpa temuduga) bagi lepasan SKM/ST manakala permohonan lepasan SPM melalui https://www.tvet.gov.my/
Berikut adalah tarikh penting ILKBS sesi 2 2025 :-
- Jualan unik ID UPU di BSN : 24 Februari 2025
- Sistem Permohonan ke ILKBS dibuka : 14 April hingga 30 Mei/ 15 Jun 2025
- Permohonan UPUskills untuk calon Sijil Lepasan SKM/ ST atau Diploma Kemahiran Malaysia untuk sambung tahap :
- Panggilan Temuduga : (Bagi pemohon yang memohon program bertemuduga sahaja) :
- Result kemasukan ke ILKBS sesi Julai 2025 : 11 Jun 2025
- UPUonline dan https://ekampus.kbs.gov.my/site/login
- Pengesahan Terima atau tolak tawaran ke ILKBS : 13 – 22 Jun 2025
- Pendaftaran pelajar baharu sesi 2 2025 : Julai 2025
MAKLUMAT LANJUT
Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi talian telefon di 03- 8871 3651, 3652, 3653, 3646 & 3685.
Selamat membuat Permohonan ILKBS sesi 1 2025 dan 2 2025 Online. Semoga anda berjaya mendapat tawaran kemasukan ke IKBN, ILTBN dan AKBG.