PERMOHONAN IPG 2025 : SEMAK KELAYAKAN & CARA UNTUK MEMOHON
PERMOHONAN KEMASUKAN PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN (PISMP)
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mempelawa lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM), Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dan lepasan Program Matrikulasi yang berkelayakan, berpotensi dan berminat untuk mengikuti PISPM di Institut Pendidikan Guru, KPM bagi ambilan tahun 2025.
Sila rujuk aktiviti dan tarikh penting dari semasa ke semasa.
BACA JUGA DI SINI : BORANG PERMOHONAN BANTUAN LESEN MEMANDU PERCUMA 2025 : MUAT TURUN SECARA ONLINE
TARIKH PERMOHONAN IPG 2025
Permohonan akan dibuka pada 24 Februari 2025 (Selepas Jam 2.00 petang) sehingga 16 Mac 2025 (11.59 malam).
SYARAT KELAYAKAN
Semak kelayakan untuk memohon di bawah :
PERMOHONAN IPG 2025
- Permohonan hanya boleh dibuat secara dalam talian dengan melayari laman sesawang KPM di alamat : https://pismp.moe.gov.my mulai 24 Februari 2025.
- Lepasan SPM Tahun 2024 layak memohon dan boleh mengemaskini bidang permohonan selepas keputusan SPM diumumkan.
- Sila rujuk tarikh-tarikh penting yang disediakan.
- Lepasan STPM tahun 2024 layak memohon dan boleh mengemaskini bidang permohonan selepas keputusan Semester 3 diumumkan.
- Lepasan STAM tahun 2024 layak memohon dan boleh mengemaskini bidang permohonan selepas keputusan akhir pengajian diumumkan.
- Lepasan Program Matrikulasi sesi 2024/2025 layak memohon dan boleh mengemaskini bidang permohonan selepas keputusan Peperiksaan Semester Program Matrikulasi (PSPM) diumumkan.
- Pemohon dinasihatkan melayari laman sesawang : https://pismp.moe.gov.my bagi mendapatkan maklumat iklan, Ujian Kelayakan Calon Guru (e-UKCG), temu duga, Ujian Kecergasan Fizikal (UKF), syarat bidang pengkhususan serta tarikh-tarikh penting pengambilan sebelum membuat permohonan.
- Pemohon dibenarkan mengemukakan SATU permohonan sahaja dan boleh mengemaskini permohonan pada tarikh yang telah ditetapkan sebelum tarikh permohonan ditutup.
- Pemohon perlu membuat pengesahan permohonan dan dihantar sebelum tarikh tutup permohonan.
- Permohonan yang berjaya dihantar akan menerima nombor rujukan permohonan.
- Maklumat yang tidak benar dan tidak lengkap boleh mengakibatkan permohonan ditolak.
TARIKH TUTUP PERMOHONAN
TARIKH TUTUP PERMOHONAN PADA
16 MAC 2025
(11.59 MALAM)
MAKLUMAT TAMBAHAN
- Pemohon perlu menyemak tarikh-tarikh penting pengambilan PISMP ambilan tahun 2025.
- Walau bagaimanapun, KPM berhak meminda sebarang aktiviti dan tarikh mengikut keperluan semasa.
- Calon mestilah menjalani saringan dan lulus e-UKCG sebelum dipanggil temu duga dan UKF.
- IPGM berhak menawarkan bidang pengkhususan yang berlainan dengan bidang yang dimohon mengikut keperluan KPM.
- Pemohon yang berjaya ditawarkan pengajian hendaklah bersetuju dan patuh dengan termaterma dalam surat tawaran dan Perjanjian Pendidikan Guru KPM serta pindaan-pindaan yang dibuat ke atasnya dari semasa ke semasa.
PERINGATAN
Pemohon yang didapati memberi maklumat salah/ tidak benar/ manipulasi maklumat
dalam borang permohonan akan diambil tindakan dengan menarik balik surat tawaran
dan dikenakan tindakan undang-undang di bawah Kanun Keseksaan [Akta 574].
Maklumat permohonan ini akan disemak secara terperinci pada hari pendaftaran dan
selama tempoh pengajian dari semasa ke semasa.
TALIAN BANTUAN
Sila hubungi alamat berikut sekiranya terdapat sebarang pertanyaan berkaitan dengan
permohonan:
INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
ARAS 1-3, BLOK 2250 JALAN USAHAWAN 1
63000 CYBERJAYA, SELANGOR DARUL EHSAN
(u.p: Jabatan Pengambilan dan Penempatan, Pusat Hal Ehwal Pelajar)
No. Telefon : 03-8312 6733/ 6760/ 6723/ 6720/6768/ 6693
(Masa : 8:00 pagi hingga 5:00 petang)