PERMOHONAN JAWATAN KOSONG MPAJ 2023 : MAJLIS PERBANDARAN AMPANG JAYA

PERMOHONAN JAWATAN KOSONG MPAJ 2023 : MAJLIS PERBANDARAN AMPANG JAYA

Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) mempelawa Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan bertaraf Tetap/Kontrak di Majlis Perbandaran Ampang Jaya dan keutamaan kepada Anak Negeri Selangor.

BACA JUGA : TEBUS E WALLET RM100 MADANI GUNA SETEL PETRONAS : CLAIM SEKARANG

TARIKH PENTING MPAJ 2023

PERKARATARIKH
TARIKH IKLAN4 DISEMBER 2023 (Isnin)
TARIKH TUTUP PERMOHONAN18 DISEMBER 2023 (Isnin)

SENARAI JAWATAN YANG DITAWARKAN MPAJ 2023

BIL.JAWATANGREDTETAPKONTRAK
1.PEGAWAI TADBIRN411
2.PEGAWAI KESIHATAN
PERSEKITARAN
U411
3.PENOLONG PEGAWAI KESIHATAN
PERSEKITARAN
U292
4.PENOLONG ARKITEK LANDSKAPJA291
5.PENOLONG PEGAWAI TADBIRN294
6.PENOLONG AKAUNTANW291
7.PEMBANTU PENGUATKUASAKP195
8.PEMBANTU PENILAIANW192
9.PEMANDU KENDERAANH113
10.PEMBANTU AWAMH115
JUMLAH124

SYARAT-SYARAT LANTIKAN

Setiap syarat-syarat lantikan dan kelayakan adalah berbeza setiap jawatan yang ditawarkan. Sila rujuk di sini : https://www.mpaj.gov.my/sites/default/files/senarai_jawatan_dan_syarat_lantikan.pdf.

PERMOHONAN JAWATAN KOSONG MPAJ 2023

Berikut merupakan cara Permohonan Jawatan Kosong Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) 2023 :

  • Permohonan hendaklah dibuat dengan menggunakan Borang MPAJ 1 (Percuma) yang boleh didapati dari Kaunter Khidmat Pelanggan atau muat turun borang di sini :
  • Borang permohonan yang lengkap diisi hendaklah dihantar beserta dengan salinan :
    • Kad Pengenalan dan Sijil Kelahiran;
    • Sijil-sijil Persekolahan termasuk Sijil Berhenti Sekolah;
    • Kelulusan Akademik (sila lampirkan bersama surat pengesahan pengiktirafan kelayakan daripada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bagi sijil/diploma/ijazah dari IPTS dan luar negara – (jika berkenaan);
    • Transkrip keputusan peperiksaan semua semester (jika yang berkenaan);
    • Sekeping gambar ukuran passport (warna); dan
    • Nama jawatan yang dipohon hendaklah dinyatakan dipenjuru atas kiri sampul surat permohonan.
  • Permohonan daripada pegawai-pegawai yang sedang berkhidmat dengan kerajaan, Badan Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan hendaklah dibuat melalui Ketua Jabatan mengikut Perintah Am Bab ‘A’ 21 (Disertakan bersama rekod perkhidmatan yang dikemaskini dan Laporan Nilaian Prestasi Tahunan LNPT yang terkini).
  • Calon-calon yang terpilih akan menjalani Ujian Kecerdasan (IQ Test) dan Ujian Kecergasan (Fitness) (sekiranya ada) sebelum layak dipanggil untuk sesi temuduga.

INFO PENTING

  1. Permohonan yang lewat dan tidak lengkap diisi akan ditolak.
  2. Hanya calon yang ditapis sahaja akan dipanggil temuduga.
  3. Pemohon-pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 bulan dari tarikh tutup iklan hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.
  4. Sebarang tuntutan perbelanjaan adalah tanggungjawab pemohon sendiri.
  5. Slip akuan penerimaan borang permohonan hendaklah diisi dan disertakan dengan setem RM1.50 sen.
  6. Sebarang pertanyaan atau kesulitan sila hubungi talian 03-4285 7040 / 7037.
  7. Semua permohonan yang telah lengkap hendaklah dihantar kepada :-

YANG DIPERTUA
MAJLIS PERBANDARAN AMPANG JAYA
MENARA MPAJ, JALAN PANDAN UTAMA
PANDAN INDAH, 55100 KUALA LUMPUR
(U.P: BAH. PENGURUSAN SUMBER MANUSIA)

Leave a Comment