PERMOHONAN MY KASIH RM100 2024 : DAFTAR SEKARANG
Setiap bulan penerima yang layak akan menerima bantuan daripada MyKasih sebanyak RM100. Bantuan yang disalurkan ini adalah bertujuan untuk meringankan bebanan kos sara hidup rakyat yang semakin tinggi. Kerajaan berharap dengan adanya bantuan ini dapat meningkatkan taraf hidup rakyat terutamanya golongan rentan.
Bagaiamanakah permohonan my kasih rm100? Ikuti penerangan lebih lanjut di sini.
BACA JUGA : BANTUAN 600 MYKAD : SEMAKAN STATUS NAMA PENERIMA SEKARANG
KELAYAKAN PERMOHONAN MY KASIH RM100 2024
Berikut adalah syarat kelayakan untuk menerima bantuan MyKasih :
- Warganegara Malaysia;
- Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024 kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan; dan
- Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM) sehingga 31 Oktober 2023.
JUMLAH PERUNTUKAN PENERIMA MY KASIH
Kerajaan telah memperuntukan sebilangan besar penerima bantuan MyKasih mengikut kategori seperti jumlah berikut :
KATEGORI PENERIMA | JUMLAH PENERIMA |
---|---|
Kategori Miskin Tegar : i. Isi Rumah Berpasangan / Ibu Bapa Tunggal yang mempunyai anak. ii. Warga Emas Tiada Pasangan. iii. Bujang | 0.2 juta |
Kategori Miskin : i. Isi Rumah Berpasangan / Ibu Bapa Tunggal yang mempunyai anak. ii. Warga Emas Tiada Pasangan. iii. Bujang | 0.5 juta |
Kategori Asas Bukan Miskin / Miskin Tegar : i. Isi Rumah Berpasangan / Ibu Bapa Tunggal yang mempunyai anak. ii. Warga Emas Tiada Pasangan. iii. Bujang | 8.0 juta |
KADAR BANTUAN MY KASIH RM100 2024
Bantuan yang disalurkan menerusi MyKasih adalah mengikut kategori dengan kadar yang telah ditetapkan seperti berikut :
- Kategori Miskin Tegar :
- Isi Rumah Berpasangan / Ibu bapa tunggal : RM1,200.
- Akan disalurkan RM100 setiap bulan selama 12 bulan.
- Warga Emas tiada pasangan : RM1,200.
- Akan disalurkan RM100 setiap bulan selama 12 bulan.
- Bujang : RM600.
- Akan disalurkan RM50 setiap bulan selama 12 bulan.
- Isi Rumah Berpasangan / Ibu bapa tunggal : RM1,200.
- Kategori Miskin :
- Isi Rumah Berpasangan / Ibu bapa tunggal : RM1,200.
- Akan disalurkan RM100 setiap bulan selama 12 bulan.
- Warga Emas tiada pasangan : RM1,200.
- Akan disalurkan RM100 setiap bulan selama 12 bulan.
- Bujang : RM600.
- Akan disalurkan RM50 setiap bulan selama 12 bulan.
- Isi Rumah Berpasangan / Ibu bapa tunggal : RM1,200.
- Kategori Asas Bukan Miskin / Miskin Tegar :
- Isi Rumah : RM300.
- Akan diberitahu dalam masa terdekat.
- Warga Emas : RM150.
- Bujang : RM150.
- Isi Rumah : RM300.
PERMOHONAN MY KASIH RM100 2024
Menurut daripada Portal Rasmi MyKasih, pemohon tidak perlu memohon melalui MyKasih sebaliknya perlu mendaftar pada eKasih untuk bantuan ini kerana kelayakan adalah secara automatik apabila pemohon lulus eKasih dan STR. Berikut adalah cara pendaftaran eKasih :
- Sila layari Portal Rasmi eKasih; atau klik pada pautan di sini : https://ekasih.icu.gov.my/Pages/Default.aspx.
- Kemudian, pada halaman eKasih tersebut, sila scroll ke bawah dan klik pada [Pendaftaran eKasih].
- Anda akan dipaparkan dengan butiran Proses Kerja Permohonan Isi Rumah Untuk Didaftarkan Ke Dalam Sistem eKasih.
- Anda dikehendaki membaca dengan teliti dan mengenalpasti (KIR).
- Seterusnya, anda hendaklah hadir ke Pejabat Pembangunan Negeri (PPN) / Pejabat Daerah yang berhampiran anda atau melalui :
- telefon
- surat
- e-mel rasmi
- membuat laporan atau mendaftar kes kemiskinan melalui Pemimpin Tempatan, Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) atau Majlis Perwakilan Penduduk (MPP).
- Anda dikehendaki membuat pendaftaran di PPN; atau hubungi PPN berhampiran anda di talian.
- Sekiranya anda telah berdaftar dengan PPN, anda boleh membuat semakan di sini : https://ekasih.icu.gov.my/ekasih/Semakan/Pages/CarianAwam.aspx.
- Selesai.
SENARAI PENDAFTARAN / PERMOHONAN
Berikut adalah talian yang boleh dihubungi untuk tujuan pendaftaran eKasih (mengikut negeri masing-masing) :
- PPN Perlis : 04-9731976
- PPN Kedah : 04-7209236
- PPN P.Pinang : 04-2185700
- PPN Perak : 05-2497400
- PPN Selangor : 03-55213600
- PPN W.Persekutuan : 03-40420260 / 61
- PPN N.Sembilan : 06-7659945
- PPN Melaka : 06-3333333
- PPN Johor : 07-2234777
- PPN Pahang : 09-5178208
- PPN Terengganu : 09-6272000
- PPN Kelantan : 09-7455000
- PPN Sarawak : 082-446582
- PPN Sabah : 088-484800
RUJUKAN
Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi MyKasih berkaitan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dan dari Portal Rasmi eKasih. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib seperti berikut :
- Talian Bantuan MyKasih : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
- Email : [email protected]
- Website : https://www.mykasih.com.my/contact-us/.
PENAFIAN
Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak kerajaan malaysia dan juga kerajaan negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan dari : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/ dan https://ekasih.icu.gov.my/Pages/ProsesPendaftaran.aspx.
Syaharap permohoan ini luluz
Saya ibu tunggal.. dah 6 tahun.. x der pendapatan tetap..
Saya seorg ibu tunggal.. suami meninggal 6thun lps.. tiada pendapatan tetap..
Inshaa Allah.. lulus.. amin..,
Saya hanya penoreh getah
Sekarang musim panas 1bulan nk dapat rm.500 pun sakit
Harap2 lulus my kasih
Harap lulus my kasih
Sya seorang pesakit astma dan esteri Sya seorang pesakit sawan kerap jatuh sakit sampai sukar bernafas dan kerap ambil cuti dan seorang pekerja kontrak harap tuan dan puan luluskan my kasih untuk keluarga saya