PERMOHONAN MYKID 2025 – PANDUAN PENDAFTARAN ANAK BARU LAHIR
MyKid merupakan kad pengenalan kanak-kanak Malaysia yang berwarna merah jambu, yang diberikan kepada bayi warganegara sehingga usia 12 tahun. Pendaftaran awal MyKid memudahkan urusan berkaitan kesihatan, pendidikan, dan pengesahan identiti anak anda.
Baca Juga : Bantuan MyKasih 2025 (Semakan status penerima)
APA ITU MYKID?
MyKid merupakan kad pengenalan atau pengenalan diri kanak-kanak bercip yang dikeluarkan kepada kanak-kanak yang berumur di bawah 12 tahun. Ciri MyKid adalah sama seperti MyKad cuma ia tidak mempunyai gambar dan cap jari.
” My ” membawa maksud “Malaysia” manakala ” Kid ” pula adalah singkatan kepada ” Kad Identiti Diri “. Nombor pengenalan diri yang terdapat pada MyKid ini akan digunakan di dalam semua urusan dari lahir hingga ke akhir hayat.
Mykid mengandungi 3 aplikasi utama yang terkandung di dalam cip iaitu :
- Aplikasi JPN (data kelahiran)
- Maklumat kesihatan
- Maklumat pendidikan

SIAPA YANG LAYAK MEMOHON MYKID?
- Semua bayi warganegara Malaysia yang baru lahir.
- Anak sah taraf atau tidak sah taraf, dengan syarat memenuhi kriteria Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).
CARA MENDAFTAR MYKID 2025
Berikut adalah langkah-langkah untuk mendaftar MyKid bagi bayi baru lahir :
- Hadir ke mana-mana cawangan JPN yang berdekatan.
- Bawa dokumen berikut :
- Sijil kelahiran bayi (asal dan salinan).
- Kad pengenalan ibu bapa.
- Isi Borang MyKid (JPN.MYKID 01) di kaunter.
- Semak maklumat dengan pegawai JPN.
- Tunggu kad MyKid siap dalam tempoh 7 hingga 14 hari bekerja.
BERAPA BAYARAN PERMOHONAN MYKID 2025?
- Permohonan MyKid adalah percuma bagi pendaftaran kali pertama bayi baru lahir.
BERAPA LAMA MYKID SIAP?
- Kad MyKid biasanya siap dalam tempoh 7 hingga 14 hari bekerja selepas tarikh permohonan lengkap.
MENGAPA PENTING MENDAFTAR MYKID AWAL?
- Memudahkan urusan rawatan di klinik atau hospital.
- Diperlukan untuk pendaftaran sekolah.
- Merupakan dokumen sah pengenalan diri bayi.
- Mengelakkan keperluan untuk membawa sijil kelahiran dalam setiap urusan rasmi.
CARA SEMAK STATUS PERMOHONAN MYKID 2025
Setelah permohonan selesai, anda boleh menyemak status MyKid secara dalam talian atau melalui Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dalam masa 7 hingga 14 hari selepas permohonan :
- Semakan Dalam Talian
- Sila lawati laman rasmi semakan MyKid JPN di https://spcmykid.jpn.gov.my/semak_mykid/
- Masukkan nombor Mykid dan kod captcha anda untuk mendapatkan maklumat mengenai status.
- Hubungi JPN
- Anda juga mempunyai pilihan untuk menghubungi pejabat JPN yang terdekat bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai status permohonan anda.
SOALAN LAZIM (FAQ)
- Bolehkah Mendaftar MyKid Secara Dalam Talian?
- Pada masa ini, permohonan MyKid hanya boleh dibuat di kaunter JPN untuk pengesahan dokumen asal.
- Perlu Temu Janji atau Walk-in?
- Kebanyakan cawangan JPN menerima walk-in, namun anda disarankan untuk menyemak status cawangan JPN semasa di laman rasmi:
KESIMPULAN
Permohonan MyKid 2025 adalah langkah penting bagi setiap ibu bapa di Malaysia untuk memastikan bayi anda memiliki dokumen pengenalan yang sah, yang akan memudahkan urusan kesihatan dan pendidikan pada masa hadapan. Pastikan anda membuat permohonan di JPN yang berdekatan sebaik sahaja bayi didaftarkan kelahiran untuk mengelakkan sebarang kelewatan.
RUJUKAN
Maklumat dalam artikel ini adalah berdasarkan sumber dari Jabatan Pendaftaran Negara (JPN). Untuk maklumat lanjut atau pertanyaan, anda boleh menghubungi :
- Talian Hotline : 03- 8000 8000
- Emel : [email protected]