PERMOHONAN PENGELUARAN KHAS KWSP 2024 ONLINE : SEMAK KELAYAKAN SEKARANG

PERMOHONAN PENGELUARAN KHAS KWSP 2024 ONLINE : SEMAK KELAYAKAN SEKARANG

Khas untuk ahli yang memenuhi syarat kelayakan yang ditetapkan, pihak KWSP telah membenarkan ahli untuk membuat pengeluaran sebahagian wang simpanan KWSP sebelum hari persaraan untuk kegunaan dan keperluan yang diluluskan oleh pihak KWSP.

Bagaimanakah permohonan pengeluaran khas kwsp secara online? Ikuti penerangan lebih lanjut di sini.

BACA JUGA : CHECK STATUS STR FASA 2 : SEMAK SEKARANG

SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN PENGELUARAN KHAS KWSP 2024

Pemohon perlulah memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan seperti berikut untuk memohon pengeluaran khas KWSP :

  • Warganegara Malaysia;
  • Ahli yang belum yang belum mencapai umur 55 tahun (tertakluk kepada syarat umur kelayakan yang ditetapkan oleh institusi perbankan yang berkenaan);
  • Permohonan adalah sekali sahaja;
  • Sekiranya permohonan lulus, tidak boleh dibatalkan;
  • Dalam Akaun 2 sekurang-kurangnya RM3,000; dan
  • Pengeluaran bersyarat adalah sebanyak RM50,000 dari Akaun 2 (bergantung kepada jumlah peribadi yang ditetapkan oleh institusi perbankan).

JUMLAH YANG DIBENARKAN PENGELUARAN KHAS KWSP 2025

Sekiranya pemohon telah melepasi syarat kelayakan yang ditetapkan, pemohon hanya dibenarkan untuk membuat pengeluaran mengikut had jumlah seperti berikut :

KADARJUMLAH
PENGELUARAN
MinimumRM3,000
MaksimumRM50,000

JENIS-JENIS PENGELUARAN KHAS KWSP 2024

Pemohon yang boleh membuat pengeluaran mengikut jenis-jenis yang disenaraikan di bawah :

BIL.JENIS PENGELUARANPERKARA YANG DILULUSKAN
1.Pengeluaran Sebahagian-Pendidikan.
-Beli Rumah.
-Bina Rumah.
-Mengurang / Menyelesaikan Baki
Pinjaman Perumahan.
-Ansuran Bulanan Pinjaman Perumahan.
-Perumahan Fleksibel.
-Perumahan PR1MA.
-Untuk Haji.
-Kesihatan Simpanan Melebihi RM1 Juta.
2.Pengeluaran Penuh-Pekerja Berpencen & Pesara Pilihan.
-Hilang Upaya.
-Meninggalkan Negara.
-Kematian.

CONTOH KELAYAKAN PEMOHON PENGELUARAN KHAS KWSP

Berikut merupakan contoh kelayakan pemohon untuk membuat pengeluaran khas KWSP :

PERKARA / NAMA
PEMOHON
AHMADSALLEHHAFIZ
Baki Simpanan Akaun 2RM70,000RM3,000RM7,500
Jumlah Permohonan
Pengeluaran yang belum
diluluskan
RM10,000TiadaRM5,500
Jumlah Kelayakan AwalRM50,000RM3,000RM0
*Kadar kelayakan awal Ahmad adalah had maksimum sehingga RM50,000. Manakala Hafiz tidak layak kerana tidak menepati syarat minimum kadar RM3,000.

PERMOHONAN PENGELUARAN KHAS KWSP 2024 ONLINE

Ikuti cara permohonan pengeluaran khas KWSP secara online seperti berikut :

  1. Ahli perlu membuat semakan awal kelayakan Akaun 2 melalui laman web rasmi institusi perbankan yang terlibat :
  2. Sekiranya layak, ahli perlu mengisi borang yang di sediakan di lama web rasmi institus perbankan tersebut dengan memenuhi terma dan syarat yang telah ditetapkan sebelum permohonan diproses.
  3. Mengemukakan permohonan awal Pengeluaran Bersyarat Umur 50 Tahun atau 55 Tahun dengan KWSP melalui portal institusi perbankan, berdasarkan amaun pembiayaan peribadi yang telah diluluskan oleh institusi perbankan berkenaan.

RUJUKAN

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi KWSP. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib seperti berikut :

Laman pertanyaan KWSP : https://www.kwsp.gov.my/ms/korporat/hubungi-kami.

PENAFIAN

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan dari : https://www.kwsp.gov.my/ms/.

Leave a Comment