PERMOHONAN PENGELUARAN KHAS KWSP RM50000 2024 : SEMAK KELAYAKAN SEKARANG
Kebenaran untuk pengeluaran sebahagian daripada akaun wang simpanan persaraan KWSP adalah untuk membantu ahli yang memerlukan pengeluaran sebelum hari persaraan. Pengeluaran adalah mengikut keadaan semasa pencarum serta memenuhi syarat yang ditetapkan oleh pihak KWSP.
Bagaimanakah permohonan pengeluaran khas kwsp rm50000? Ikuti penjelasan lebih lanjut di sini.
BACA JUGA : SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN MYKAD 300 : CHECK STATUS SEKARANG
PENGELUARAN KHAS KWSP 2024
KWSP telah melancarkan Fasiliti Sokongan Akaun 2 (FSA2) untuk membantu ahli yang memerlukan pembiayaan peribadi. FSA2 adalah program pengeluaran KWSP yang membenarkan ahli mengeluarkan simpanan KWSP dari akaun 2 mereka sebanyak RM3,000 hingga RM50,000. Sehingga kini, lebih 4 juta ahli KWSP telah memanfaatkan program ini.
SENARAI PENGELUARAN KHAS KWSP RM50000 2024
Pengeluaran khas KWSP terbahagi kepada dua (2) iaitu pengeluaran sebahagian dan pengeluaran penuh. Berikut merupakan senarai pengeluaran khas KWSP :
- Pengeluaran Sebahagian :
- Pendidikan.
- Beli Rumah.
- Bina Rumah.
- Mengurang / Menyelesaikan Baki Pinjaman Perumahan.
- Ansuran Bulanan Pinjaman Perumahan.
- Perumahan Fleksibel.
- Perumahan PR1MA.
- Untuk Haji.
- Kesihatan Simpanan Melebihi RM1 Juta.
- Pengeluaran Penuh :
- Pekerja Berpencen & Pesara Pilihan.
- Hilang Upaya.
- Meninggalkan Negara.
- Kematian.
SYARAT KELAYAKAN PENGELUARAN KHAS KWSP RM50000 2024
Adalah terhad kepada yang memenuhi syarat-syarat kelayakan seperti berikut :
- Warganegara Malaysia;
- Ahli yang belum yang belum mencapai umur 55 tahun (tertakluk kepada syarat umur kelayakan yang ditetapkan oleh institusi perbankan yang berkenaan);
- Permohonan adalah sekali sahaja;
- Sekiranya permohonan lulus, tidak boleh dibatalkan;
- Dalam Akaun 2 sekurang-kurangnya RM3,000; dan
- Pengeluaran bersyarat adalah sebanyak RM50,000 dari Akaun 2 (bergantung kepada jumlah peribadi yang ditetapkan oleh institusi perbankan).
INSTITUSI BANK UNTUK PENGELUARAN KHAS KWSP 2024
Terdapat tiga (3) institusi bank yang terlibat untuk pengeluaran khas KWSP :
- MBSB Bank;
- Bank Simpanan Nasional (BSN); dan
- CIMB Bank.
PERMOHONAN PENGELUARAN KHAS KWSP RM50000 2024
Ikuti cara permohonan pengeluaran khas KWSP seperti berikut :
- Ahli perlu membuat semakan awal kelayakan Akaun 2 melalui laman web rasmi institusi perbankan yang terlibat :
- MBSB Bank : https://www.mbsbbank.com/; atau
- Bank Simpanan Nasional (BSN) : https://www.mybsn.com.my/mybsn/login/login.do; atau
- CIMB Bank : https://www.cimbclicks.com.my/.
- Sekiranya layak, ahli perlu mengisi borang yang di sediakan di lama web rasmi institus perbankan tersebut dengan memenuhi terma dan syarat yang telah ditetapkan sebelum permohonan diproses.
- Mengemukakan permohonan awal Pengeluaran Bersyarat Umur 50 Tahun atau 55 Tahun dengan KWSP melalui portal institusi perbankan, berdasarkan amaun pembiayaan peribadi yang telah diluluskan oleh institusi perbankan berkenaan.
RUJUKAN
Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi KWSP. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib seperti berikut :
- Laman pertanyaan KWSP : https://www.kwsp.gov.my/ms/korporat/hubungi-kami.
PENAFIAN
Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak kerajaan malaysia dan juga kerajaan negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan dari : https://www.kwsp.gov.my/ms/.