PERMOHONAN TERKINI BANTUAN DALAM MYKAD RM500 2024 : SEMAK KELAYAKAN SEKARANG

PERMOHONAN TERKINI BANTUAN DALAM MYKAD RM500 2024 : SEMAK KELAYAKAN SEKARANG

Bantuan-bantuan yang diperkenalkan oleh Kerajaan Pusat dan juga Kerajaan Negeri adalah bertujuan untuk membantu menampung kos sara hidup rakyat yang mudah terkesan. Bantuan yang disalurkan akan melalui inisiatif yang berbeza kepada penerima bagi memenuhi keperluan asas.

Bagaimanakah permohonan terkini bantuan dalam mykad rm500? Ikuti penjelasan lebih lanjut di sini.

BACA JUGA : MOHON BANTUAN TERBARU MYKASIH DALAM MYKAD RM150 SETIAP BULAN : PERMOHONAN TERBARU

PENGENALAN BANTUAN DALAM MYKAD 2024

Bantuan yang disalurkan ke dalam MyKad adalah diperkenalkan oleh Kerajaan Pusat sebagai Bantuan Sumbangan Asas Rahmah. Namun, bantuan yang diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri Selangor pula adalah Bantuan Kehidupan Sejahtera.

CARA PENYAMPAIAN TERKINI BANTUAN RM500 2024

Penyampaian bantuan yang terkini adalah melalui dua (2) cara yang berbeza, iaitu :

  1. Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (Kerajaan Pusat) :
    • Disampaikan kepada penerima secara tanpa tunai melalui Mykad penerima.
  2. Bantuan Kehidupan Sejahtera (Kerajaan Negeri Selangor) :
    • Disampaikan kepada penerima secara tanpa tunai melalui akaun e-Wallet.

JUMLAH TERKINI SETIAP PENERIMA BANTUAN DALAM MYKAD 2024

Berikut merupakan jumlah terkini yang disalurkan kepada penerima mengikut jenis dan kategori bantuan :

  1. Jumlah Bantuan Sumbangan Asas Rahmah :
    • Isi Rumah RM100 setiap bulan;
    • Bujang RM50 setiap bulan;
    • Warga Emas RM100 setiap bulan.
  2. Jumlah Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor :
    • Isi Rumah RM300 setiap bulan.

SYARAT KELAYAKAN PEMOHON TERKINI BANTUAN RM500 2024

Syarat kelayakan yang perlu ditepati juga berbeza untuk setiap bantuan, iaitu :

  • Kelayakan Pemohon Bantuan Sumbangan Asas Rahmah :
    • Warganegara Malaysia;
    • Menetap di negeri-negeri di Semenanjung Malaysia;
    • Pendapatan isi rumah bawah RM2,500 sebulan;
    • Lulus Sumbangan Tunai Rahmah 2024;
    • Tersenarai dalam data e-Kasih sebagai penerima Miskin / Miskin Tegar.
    • Kelayakan Pemohon Bantuan Kehidupan Sejahtera :
      • Warganegara Malaysia;
      • Lahir di Selangor atau menetap di Selangor melebihi 10 tahun;
      • Pemilih berdaftar di Negeri Selangor;
      • Keluarga yang mempunyai tanggungan minimum dua (2) orang berusia 18 tahun ke bawah;
      • Pendapatan isi rumah di bawah RM5,000 sebulan.

    PERMOHONAN TERKINI BANTUAN DALAM MYKAD RM500 2024

    Ikuti cara permohonan terkini bantuan dalam dua (2) portal berbeza seperti berikut :

    • Cara Permohonan Bantuan Sumbangan Asas Rahmah :
      1. Sila layari portal rasmi Permohonan di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
      2. Kemudian, klik butang [Permohonan Baharu].
      3. Lengkapkan Maklumat Pemohon.
      4. Klik butang [TERUSKAN] setelah semua maklumat diisi dengan lengkap.
      5. Seterusnya isi Kod Captcha seperti yang dipaparkan pada menu Pengesahan dan klik butang [Sahkan Captcha].
      6. Sila pastikan maklumat yang dipaparkan adalah tepat dan sila tick [/] butang berikut.
      7. Klik butang [Hantar] bagi meneruskan permohonan.
      8. Setelah permohonan berjaya dihantar, anda akan dipaparkan ‘Permohonan telah berjaya dihantar’.
      9. Selesai.

    *Nota : Pemohon juga perlu mendaftar dengan e-Kasih.

    • Cara Permohonan Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor :
      1. Sila layari Portal Rasmi Permohonan di sini : https://www.bingkasselangor.com/.
      2. Pada halaman utama BINGKAS, sila klik pada [Daftar Sekarang].
      3. Kemudian, klik pada butang [Daftar Akaun Selangkah Baru] di bawah.
      4. Masukkan nombor telefon mengikut format, contoh : 0123456789.
      5. Klik butang [Teruskan].
      6. Isikan segala butiran peribadi yang diperlukan dengan betul.
      7. Seterusnya, klik pada butang [Daftar].
      8. Setelah pendaftaran berjaya, sila [Log Masuk] mengikut akaun yang didaftarkan.
      9. Kemudian, tekan butang [Buat Permohonan].
      10. Masukkan segala maklumat peribadi yang diperlukan dan tekan butang [Hantar].
      11. Pada bahagian butiran anak, sila klik [Tambah Anak] untuk mengisi maklumat tentang anak dan tekan [Hantar].
      12. Tandakan pada kotak yang berkenaan dan tekan butang [Hantar].
      13. Klik [Choose File] untuk memuat naik dokumen yang diperlukan (mengikut format jpeg. dan pdf) dan tekan [Hantar].
      14. Tandakan pada kotak persetujuan [/].
      15. Seterusnya, klik butang [Hantar].
      16. ‘Permohonan telah berjaya’.
      17. Selesai.

    RUJUKAN

    Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi SARA & BINGKAS. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib di bawah :

    PENAFIAN

    Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/ & https://www.bingkasselangor.com/soalan-lazim.

    Leave a Comment