PERMOHONAN TERKINI BANTUAN EWALLET RM300 SETIAP BULAN DIBUKA BULAN INI : DAFTAR SEKARANG
Bermula bulan ini iaitu pada 5 Julai 2024 yang lalu kerajaan telah membuka permohonan yang baru untuk diisi oleh rakyat yang menepati syarat kelayakan untuk menerima bantuan e-Wallet yang berjumlah sebanyak RM300 setiap bulan.
Bagaimanakah permohonan terkini bantuan ewallet rm300 setiap bulan? Ikuti penjelasan lebih lanjut di sini.
BACA JUGA : BANTUAN DALAM MYKAD UNTUK B40 RM450 SETIAP BULAN TERKINI : SEMAK KELAYAKAN SEKARANG
TARIKH TUTUP PERMOHONAN TERKINI BANTUAN EWALLET RM300 SETIAP BULAN
Pemohon perlu membuat permohonan sebelum daripada tarikh tutup, iaitu pada :
TARIKH TUTUP PERMOHONAN BANTUAN EWALLET |
---|
15 Ogos 2024 (Khamis) |
SYARAT KELAYAKAN PEMOHON TERKINI BANTUAN EWALLET RM300 SETIAP BULAN
Bermula pada 1 Julai 2024, syarat kelayakan permohon telah ditetapkan seperti berikut :
- Warganegara Malaysia;
- Pendapatan isi rumah di bawah RM5,000.00 sebulan;
- Keluarga yang mempunyai tanggungan minimum dua (2) orang berusia 18 tahun ke bawah;
- Lahir di Selangor atau menetap di Selangor melebihi 10 tahun;
- Pemilih berdaftar di Negeri Selangor.
TEMPOH LULUS PERMOHONAN BANTUAN EWALLET RM300 SETIAP BULAN
Setelah permohonan dibuat, pemohon perlu menunggu kelulusan daripada kerajaan mengikut tempoh yang ditetapkan iaitu selama 14 hari daripada tarikh permohonan. Sekiranya disahkan lulus, pemohon akan dimaklumkan oleh kerajaan.
DOKUMEN SOKONGAN PERMOHONAN BANTUAN EWALLET RM300 SETIAP BULAN
Pemohon dikehendaki mengemukakan dokumen sokongan seperti berikut :
- Salinan Kad Pengenalan (Permohon dan/atau Pasangan);
- Salinan Kad Pengenalan, MyKid atau Surat Kelahiran / Sijil Anak Angkat / Kad OKU / Pengesahan Belajar daripada IPTA atau IPTS (Anak-anak / Tanggungan);
- Salinan Sijil Kematian / Perceraian / Laporan Polis (untuk bapa/ibu tunggal);
- Salinan Slip Gaji / Pencen Terkini (untuk penjawat awam / pesara);
- Salinan Penyata EA atau KWSP (untuk pekerja swasta);
- Pengesahan Penyata Pendapatan daripada Ketua Komuniti seperti ADUN / Penghulu / Ahli Majlis / Ketua Kampung (bagi yang bekerja sendiri / tidak bekerja).
PERMOHONAN TERKINI BANTUAN EWALLET RM300 SETIAP BULAN DIBUKA BULAN INI
Ikuti cara permohonan terkini bantuan e-Wallet RM300 setiap bulan seperti berikut :
- Sila layari Portal Rasmi Permohonan di sini : https://www.bingkasselangor.com/.
- Pada halaman utama, sila klik pada [Daftar Sekarang].
- Kemudian, klik pada butang [Daftar Akaun Selangkah Baru] di bawah.
- Masukkan nombor telefon mengikut format, contoh : 0123456789.
- Klik butang [Teruskan].
- Isikan segala butiran peribadi yang diperlukan dengan betul.
- Seterusnya, klik pada butang [Daftar].
- Setelah pendaftaran berjaya, sila [Log Masuk] mengikut akaun yang didaftarkan.
- Kemudian, tekan butang [Buat Permohonan].
- Masukkan segala maklumat peribadi yang diperlukan dan tekan butang [Hantar].
- Pada bahagian butiran anak, sila klik [Tambah Anak] untuk mengisi maklumat tentang anak dan tekan [Hantar].
- Tandakan pada kotak yang berkenaan dan tekan butang [Hantar].
- Klik [Choose File] untuk memuat naik dokumen yang diperlukan (mengikut format jpeg. dan pdf) dan tekan [Hantar].
- Tandakan pada kotak persetujuan [/].
- Seterusnya, klik butang [Hantar].
- ‘Permohonan telah berjaya’.
- Selesai.
*Nota : Setelah permohonan berjaya dibuat, pemohon perlu memuat turun aplikasi ‘Selangkah’ dan aktifkan akaun e-Wallet.
RUJUKAN
Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi BINGKAS. Sekiranya terdapat pertanyaan lanjut, pihak tuan/puan boleh menghubungi Talian hotline : 1-800-22-6600 ATAU https://www.bingkasselangor.com/hubungi-kami.
PENAFIAN
Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://www.bingkasselangor.com/soalan-lazim.