PROGRAM ANAK GENIUS NEGARA 2023:PERMOHONAN DAN CARA DAFTAR DI PUSAT GENIUS NEGARA

PROGRAM ANAK GENIUS NEGARA 2023:PERMOHONAN DAN CARA DAFTAR DI PUSAT GENIUS NEGARA

Permohonan program GENIUS negara kini di buka untuk permohonan bagi mereka yang berminat.

Panduan buat rakyat Malaysia terutamanya ibu bapa yang mempunyai anak berumur empat (4) tahun dan ke bawah. Adakah anda ingin menghantar anak menyertai program GEN1US negara Kementerian Pendidikan Malaysia KPM? Buat yang berminat dan berkelayakan, berikut dikongsikan maklumat berkaitan Permohonan Program GEN1US Negara di pusat anak gen1us di seluruh Malaysia buat rujukan semua.

Untuk makluman semua, terdapat banyak Pusat Anak Genius Negara (PAGN) yang terletak di seluruh Malaysia. Bagi kanak-kanak yang ingin menyertai Program GENIUS Negara, mereka akan hadir ke PAGN berhampiran tempat tinggal masing-masing untuk mengikuti Program Asuhan dan Didikan Awal Kanak-kanak yang holistik dan menyeluruh.

Baca juga: TAKAFUL PELAJAR SEKOLAH MALAYSIA TPSM:CARA CLAIM TUNTUTAN

Senarai Kandungan

DAFTAR PERMOHONAN PROGRAM ANAK GENIUS NEGARA

Berikut dikongsikan cara mudah untuk daftar permohonan:

  1. Download Borang DISINI. Borang Permohonan Program GEN1US Negara.
  2. Menyediakan dokumen-dokumen penting untuk disertakan dengan borang permohonan.
    • Salinan surat beranak
    • Salinan MyKid anak
    • Salinan buku kesihatan anak (muka surat hadapan dan rekod vaksin)
    • Salinan kad pengenalan ibu bapa atau penjaga yang disahkan
    • Salinan pendapatan ibu bapa atau penjaga yang disahkan
    • Surat pengesahan pendapatan ibu bapa/penjaga oleh ketua kampung/pegawai kerajaan/pesuruhjaya sumpah (jika bekerja sendiri)
    • Surat pengesahan tidak bekerja ibu bapa/penjaga oleh ketua kampung/pegawai kerajaan/pesuruhjaya sumpah
  3. Hantar borang permohonan lengkap ke Pusat Anak GENIUS Negara (PAGN) berhampiran.

SYARAT KELAYAKAN PROGRAM GENIUS NEGARA

Untuk menyertai program GEN1US negara, syarat kelayakan di bawah perlu dipenuhi:

  1. Anak merupakan warganegara Malaysia
  2. Anak berusia empat (4) tahun ke bawah
  3. Pendapatan isi rumah kurang dari RM4,000

TARIKH PERMOHONAN

Tarikh permohonan adalah seperti berikut:

Mulai 1 Jun hingga 30 September 2022

KEISTIMEWAAN PROGRAM

Terdapat banyak kelebihan menyertai program GEN1US negara. Antaranya adalah:

  1. Ia merupakan Program Asuhan dan Didikan Awal Kanak-kanak yang holistik serta menyeluruh
  2. Menerapkan kurikulum yang mengintegrasikan asas asuhan lengkap dan asas didikan awal yang holistik secara menyeluruh
  3. Menggunakan pedagogi belajar melalui bermain
  4. Menekankan konsep 3E iaitu meneroka, mengeksperimen dan mengalami (Exploring, Experimenting and Experiencing)
  5. Pendidik yang berkelayakan

SENARAI PUSAT ANAK GENIUS NEGARA (PAGN)

Muat turun Senarai Pusat Anak GENIUS Negara (PAGN) di pautan berikut:

PDF Senarai Pusat Anak GENIUS Negara (PAGN)

Leave a Comment