RAWATAN PERCUMA SEHINGGA RM5,000 : MOHON SEKARANG!
Tahukah anda bahawa rakyat Selangor yang layak boleh mendapatkan rawatan percuma bernilai sehingga RM5,000? Bantuan rawatan untuk anak Selangor atau Bantuan Sihat Selangor 2025 adalah inisiatif Kerajaan Negeri Selangor untuk membantu golongan berpendapatan rendah (B40) mendapatkan rawatan perubatan secara percuma atau dengan kos minimum.
Program ini menyediakan bantuan kewangan bagi pelbagai rawatan seperti dialisis buah pinggang, katarak mata, rawatan kanser, fisioterapi dan banyak lagi.
Baca Juga : MYSALAM.COM.MY SEMAKAN STATUS 2025 : PELAN TAKAFUL PERCUMA DARIPADA KERAJAAN MADANI
Apa Itu Bantuan Sihat Selangor?
Bantuan Sihat Selangor (BSS) adalah program kebajikan kesihatan yang ditawarkan oleh Kerajaan Negeri Selangor kepada rakyat yang memerlukan bantuan kewangan bagi rawatan perubatan.
Bantuan ini diperkenalkan sejak tahun 2009 dan berterusan hingga kini dengan beberapa penambahbaikan dan kemudahan bantuan di pelbagaikan. Ia bertujuan untuk mengurangkan beban perbelanjaan perubatan golongan berpendapatan rendah dan memastikan mereka mendapat rawatan yang sewajarnya.

Syarat Kelayakan Bantuan Sihat
Untuk layak memohon Bantuan Sihat Selangor, pemohon perlu memenuhi syarat berikut :
- Lahir di negeri Selangor atau bermastautin melebihi 10 tahun
- Pendapatan isi rumah tidak melebihi RM 3,000.00
- Keutamaan kepada pemohon yang tidak menerima sebarang bantuan daripada mana-mana pihak
- Keutamaan kepada pemohon yang mempunyai tanggungan ramai, ketua keluarga meninggal, ahli keluarga yang sakit atau golongan orang kurang upaya (OKU)
- Rawatan bagi katarak mata, kanser, pembedahan kecil dan lain-lain rawatan perubatan hanya dilaksanakan di hospital kerajaan sahaja
- Permohonan bantuan pembedahan kecil dan katarak mata perlu memohon sebulan lebih awal daripada tarikh pembedahan
- Tuntutan bayaran dan tunggakan ke atas sesuatu bil rawatan yang telah dibayar tidak dipertimbangkan
- Permohonan berkaitan kos perjalanan dan sumbangan kewangan tidak dipertimbangkan
- Penjawat awam dan keluarga pegawai seperti takrifan di dalam pekeliling perkhidmatan bilangan 21 tahun 2009 tidak dapat dipertimbangkan
- Setiap pemohon hanya dibernarkan membuat permohonan sekali sahaja pada setiap tahun
- Pemohon yang mendapat kelulusan peka B40 tidak akan dipertimbangkan
- Permohonan bagi ubat-ubatan yang boleh didapati daripada hospital awam tidak akan dipertimbangkan
Jika anda memenuhi syarat ini, anda boleh meneruskan permohonan melalui sistem dalam talian.
Jenis Bantuan Sihat Selangor 2025
Program ini menawarkan pelbagai bentuk bantuan kesihatan termasuk :
- Katarak Mata
- Bantuan pembelian kanta & pembedahan katarak sehingga RM 1,200
- Kanta mata dibekalkan oleh hospital tempat pesakit menerima rawatan atau farmasi yang terpilih yang menawarkan harga pasaran terendah
- Pembayaran secara “one-off” akan dibuat kepada pihak hospital dan/atau kepada pusat yang membekalkan kanta mata
- Pembedahan Kecil
- Bantuan kemudahan untuk pembedahan kecil sehingga RM 5,000
- Bantuan yang diberikan adalah merangkumi kos pembedahan ataupun pembelian peralatan ataupun kedua-duanya sekali yang dijalankan di Hospital Kerajaan sahaja.
- Prostetik (Kaki Palsu)
- Bantuan dan kemudahan membeli kaki palsu sehingga RM 5,000
- Permohonan untuk pembelian peralatan ataupun kos rawatan pesakit. Membantu Orang Kurang Upaya (OKU) yang tidak mampu untuk membeli peralatan seperti kaki palsu yang disyorkan oleh Pakar Perubatan ataupun Doktor.
- Tibi
- Bantuan dan kemudahan rawatan penyakit tibi sehingga RM 800
- Temasuk dalam Program Insentif Rawatan Tibi Negeri Selangor
- Pesakit mendapat rawatan di hospital kerajaan/klinik kesihatan/pusat perubatan swasta di Negeri Selangor atau Institut Perubatan Respiratori
- Sedang menerima rawatan tibi secara aktif
- Lain-lain
- Bantuan dan kemudahan rawatan perubatan sehingga RM 5,000
- Bantuan peralatan dan juga lain-lain rawatan yang dilakukan di Hospital Kerajaan.
- Pembayaran secara “one-off” akan dibuat kepada pihak hospital yang merawat atau kepada pembekal peralatan
Cara Memohon Bantuan Sihat Selangor 2025
Untuk memohon Bantuan Sihat Selangor, sila ikuti langkah berikut :
- Layari Portal Rasmi
- Permohonan perlu dibuat secara dalam portal rasmi Bantuan Sihat Selangor
- Daftar Akaun & Lengkapkan Borang
- Klik butang “Daftar” jika anda pengguna baharu.
- Log masuk ke akaun anda dan isi borang permohonan dengan maklumat lengkap.
- Muat Naik Dokumen Sokongan
- Pastikan anda menyediakan dokumen berikut:
- Salinan kad pengenalan pemohon
- Salinan kad pengenalan pasangan (jika berkahwin)
- Surat pengesahan doktor / laporan perubatan
- Penyata pendapatan / slip gaji / surat akuan pendapatan
- Bil utiliti sebagai bukti alamat tempat tinggal
- Hantar Permohonan
- Semak semula maklumat yang diisi.
- Klik “Hantar” untuk melengkapkan permohonan.
- Anda akan menerima notifikasi melalui emel atau SMS mengenai status permohonan.
Tarikh Tutup Permohonan
- Permohonan Bantuan Sihat Selangor bagi tahun 2025 telah dibuka pada 2 Januari 2025 pukul 9:00 pagi dan akan ditutup pada 31 Disember 2025 pukul 12:00 malam.
- Mulai tahun 2024, semua permohonan perlu dibuat secara dalam talian melalui portal rasmi Bantuan Sihat Selangor.
- Penghantaran borang permohonan secara fizikal tidak lagi diterima.
- Pastikan anda mengemukakan permohonan sebelum tarikh tutup untuk memastikan ia diproses tepat pada masanya.
Kesimpulan
Bantuan Sihat Selangor 2025 adalah satu peluang yang baik bagi rakyat Selangor yang memerlukan bantuan kewangan untuk rawatan perubatan. Jika anda layak, segera buat permohonan melalui laman rasmi dan pastikan semua dokumen sokongan lengkap.
Maklumat Lanjut
Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi Bantuan Sihat Selangor. Sebarang persoalan atau pertanyaan, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
- Talian Hotline : 1-800-22-6600
- Emel : [email protected]
Info
Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat.
Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan.