RAYUAN SKAS SARAWAK 2025 : CARA MOHON
Jika anda tidak menerima Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS), anda masih berpeluang membuat rayuan.
Senarai penerima SKAS 2025 adalah berdasarkan penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 4, 2024. Oleh itu, jika anda tidak melengkapkan permohonan STR, kemungkinan besar nama anda tidak tersenarai sebagai penerima SKAS.
Namun, jangan khuatir. Rayuan SKAS boleh dibuat mulai 1 Februari 2025.
BACA JUGA DI SINI : TARIKH BAYARAN BANTUAN SKAS : TARIKH BAYARAN UNTUK SUKU PERTAMA TAHUN 2025
JUMLAH BANTUAN
- Isi Rumah: Pendapatan bulanan RM5,000 dan ke bawah akan menerima RM800.
- Bujang: Pendapatan bulanan RM2,500 dan ke bawah akan menerima RM250.
- Warga Emas: Pendapatan bulanan RM5,000 dan ke bawah akan menerima RM400.
TARIKH RAYUAN SKAS SARAWAK 2025
Permohonan Baharu: Individu yang tidak tersenarai dalam STR tetapi memenuhi kriteria kelayakan boleh memohon mulai 1 Februari hingga 31 Mac 2025.
CARA MOHON RAYUAN SKAS
Pendaftaran Sarawak ID:
- Pastikan anda mempunyai akaun Sarawak ID yang sah.
- Jika belum, daftar di https://sarawak.gov.my.
Permohonan Dalam Talian (Khas Untuk Permohonan Baharu):
- Layari https://sarawak.gov.my.
- Log masuk menggunakan Sarawak ID.
- Isi borang permohonan SKAS dengan lengkap.
- Muat naik dokumen sokongan yang diperlukan.
- Hantar permohonan sebelum 31 Mac 2025.
SEMAK STATUS SKAS
Semakan Dalam Talian:
- Layari https://sarawak.gov.my.
- Log masuk dengan Sarawak ID.
- Klik pada pautan “Semakan Kelayakan SKAS”.
- Masukkan nombor MyKad dan klik “Cari”.
- Status kelayakan akan dipaparkan.
KAEDAH BAYARAN SKAS
Bantuan akan disalurkan melalui aplikasi e-dompet S PAY GLOBAL.
Langkah-langkah:
- Muat turun dan pasang aplikasi S PAY GLOBAL.
- Daftar akaun dan lengkapkan pengesahan identiti.
- Pastikan akaun aktif untuk menerima pembayaran.
TARIKH BANTUAN DI BAYAR
Pembayaran dijangka bermula pada suku pertama 2025 (Di antara bulan Januari sehingga Mac 2025.
Tarikh tepat akan diumumkan melalui laman web rasmi Sarawak.
MAKLUMAT LANJUT
Untuk maklumat terkini, layari https://sarawak.gov.my.
Hubungi talian bantuan yang disediakan di laman web rasmi untuk sebarang pertanyaan.
Pastikan anda memenuhi syarat kelayakan dan mengikuti panduan yang disediakan untuk memastikan permohonan diterima dan berjaya.