REBAT BARANGAN ELEKTRIK 2025 RM200-RM400 – CARA CLAIM & SYARAT KELAYAKAN!
Ramai yang masih tidak tahu mengenai Program NUR. Program ini ialah salah satu program yang dilaksana oleh SEDA Malaysia dengan memberikan e-Rebat sebanyak RM200 (maksimum RM400 bagi setiap peralatan elektrik) kepada isi rumah domestik yang membeli penyaman udara dan peti sejuk cekap tenaga dengan label kecekapan tenaga 4 bintang atau 5 bintang oleh Suruhanjaya Tenaga (ST) dan Energy Commission of Sabah (ECos) pada tahun 2025.
BACA JUGA DI SINI : MAKLUMAT TERKINI STR 2025 – TARIKH PENTING BAYARAN! SEMAKAN SEKARANG
OBJEKTIF PROGRAM
- Meningkatkan tahap kesedaran orang ramai terhadap penggunaan peralatan yang cekap tenaga yang akan mengurangkan kos penggunaan tenaga elektrik;
- Menggalakkan amalan cekap tenaga dalam kalangan domestik;
- Meningkatkan jumlah bilangan kelengkapan elektrik cekap tenaga bertaraf lima (5) dan empat (4) bintang di pasaran;dan
Menyelamatkan alam sekitar dengan pengurangan pelepasan gas rumah kaca hasil dari pengurangan penjanaan tenaga.
Tempoh pelaksanaan projek telah ditetapkan selama satu (1) tahun dari Januari 2025 hingga Disember 2025.
SYARAT KELAYAKAN PENEBUSAN REBAT RM200
- Warganegara Malaysia;
- Pengguna/Pemilik akaun elektrik berdaftar (Domestik) di bawah syarikat utiliti elektrik (TNB, SESB, SEB, NUR Power);
- Pembelian barangan elektrik (penyaman udara/peti sejuk) yang berlabel 4 atau 5 bintang pada tahun 2025 atau sehingga kuota habis;
- 1 akaun elektrik hanya layak memohon 1 e-Rebat bagi setiap peralatan elektrik dan berdasarkan first come, first served basis; dan
- Belum pernah membuat tuntutan di bawah Program SAVE (bertujuan untuk memberi peluang kepada pembeli yang tidak pernah/berkesempatan membuat tuntutan sebelum ini.).
CARA SEMAK KELAYAKAN
- Pemohon haruslah layari portal NUR dan KLIK di SEMAKAN KELAYAKAN ANDA.
- Masukkan nombor akaun yang tertera di bil utility elektrik anda (no akaun di dalam bil utiliti elektrik sama ada TNB,SESB,SEB,NUR)
- Selepas itu pilih di ruangan UTILITY COMPANY (TNB,SESB,SEB,NUR)
CARA PENEBUSAN REBAT BARANGAN ELEKTRIK 2025
Penebusan rebat RM200 ini ada 2 kaedah,rujuk di Bawah :
- Kaedah 1 : Pembelian dan Penebusan di Kedai / Pasaraya secara Fizikal.
- Pergi ke kedai berdaftar di Bawah NUR@PETRA
- Semak kedai yang berdaftar https://nur.seda.gov.my/publics/retailer
- Bawa Bersama bil elektrik dan kad pengenalan untuk tujuan pengesahan
- Pekedai akan membantu anda untuk membuat pengesahan dan penolakan Harga semasa pembelian
- e-Rebat NUR@PETRA boleh dimohon dengan pembelian kelengkapan elektrik cekap tenaga 5 atau 4 bintang sahaja.
- Nikmati rebat sehingga RM400.
- Kaedah 2 : Pembelian dan Penebusan secara Atas Talian (e-Dagang).
- Layari platform e-dagang yang menyertai NUR@PETRA
- Cari pekedai berdaftar di Bawah NUR@PETRA di platform e-dagang
- Hubungi pekedai yang akan bantu anda memohon e-rebat NUR@PETRA
- Penjual akan meminta beberapa butiran untuk tujuan pengesahan
- Pekedai akan kongsi baucar digital anda
- Di fasa pembayaran klik ” Baucar Kedai”dan masukkan kad baucar unik untuk dapatkan penjimatan sehingga RM400.
- Senarai e-dagang yang berdaftar (Lazada,PGMall,Shopee,TikTok Shop,Youbeli)
SEMAK MODEL DAN HARGA
Semakan model dan Harga boleh di semak melalui https://nur.seda.gov.my/publics/product
MAKLUMAT LANJUT
Pegawai Program NUR
Bahagian Pembangunan Fasilitasi dan Teknikal
SEDA Malaysia
03-8870 5864 / 5922 / 5853 / 5869
Talian Alternatif/Whatsapp: 01175213954
Emel: [email protected]
www.seda.gov.my/nur