REGISTER BANTUAN 300 SETIAP BULAN UNTUK PEMBELIAN BARANGAN KEPERLUAN ASAS 2024 : MOHON SEKARANG

REGISTER BANTUAN 300 SETIAP BULAN UNTUK PEMBELIAN BARANGAN KEPERLUAN ASAS 2024 : MOHON SEKARANG

Pastinya ramai rakyat yang akan terkesan akan kenaikkan harga barangan keperluan asas. Oleh itu, bagi membantu meringankan bebanan rakyat, Kerajaan melancarkan bantuan khas untuk menampung kos perbelanjaan barangan keperluan asas bulanan sebanyak RM300.

Bagaimanakah register bantuan 300 setiap bulan untuk pembelian barangan keperluan asas? Ikuti penerangan lebih lanjut di sini.

BACA JUGA : SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN 1200 SARA HIDUP : CHECK STATUS SEKARANG

KAEDAH PENGKREDITAN BANTUAN 300 SETIAP BULAN UNTUK PEMBELIAN BARANGAN KEPERLUAN ASAS 2024

Pengkreditan bantuan yang bernilai RM300 setiap bulan ini adalah seperti berikut :

KAEDAH PENGKREDITAN
Akan dikreditkan ke dalam aplikasi e-Wallet

MANFAAT REGISTER BANTUAN 300 SETIAP BULAN

Berikut merupakan manfaat yang diperoleh penerima sekiranya pendaftaran diluluskan :

  1. Bantuan yang disalurkan menerusi aplikasi e-Wallet boleh diguna untuk pembelian barangan keperluan di kedai serta pasaraya berdaftar.
  2. Urusniaga pembelian secara tanpa tunai (cashless) tidak perlu mengeluarkan tunai.
  3. RM300 had bulanan pembelian barangan keperluan asas.
  4. Baki nilai bagi bulan terdahulu akan dibawa ke bulan hadapan.
  5. Bantuan ini akan ditambah nilai ke tahap RM300 setiap bulan secara automatik.

KAEDAH PEMBELIAN BARANGAN KEPERLUAN ASAS DENGAN BANTUAN 300 SETIAP BULAN

Berikut merupakan kaedah-kaedah pembelian barangan keperluan asas dengan menggunakan bantuan yang disalurkan menerusi aplikasi e-Wallet :

  1. Kunjungi kedai yang terpilih; rujuk senarai kedai di sini : https://www.bingkasselangor.com/senarai-kedai.
  2. Pilih barangan yang ingin dibeli mengikut kategori yang diluluskan (seperti senarai di sini : https://www.bingkasselangor.com/senarai-barangan).
  3. Imbas ID penerima di aplikasi e-Wallet SELANGKAH untuk pengesahan.
  4. Juruwang akan membuat semakan barangan yang dibeli.
  5. Pastikan baki dalam kad maya mencukupi untuk membuat bayaran.
  6. Tekan butang PAY dan pilih akaun BINGKAS untuk membuat pembayaran.
  7. Masukkan pin 6 digit untuk pengesahan dan pengaktifan kod QR bagi tujuan pembayaran.
  8. Juruwang akan mengimbas kod QR untuk menerima bayaran.
  9. Semak baki pada resit pembelian.

SYARAT KELAYAKAN REGISTER BANTUAN 300 SETIAP BULAN

Adalah terhad kepada yang memenuhi syarat kelayakan seperti berikut :

  • Warganegara Malaysia;
  • Keluarga yang mempunyai tanggungan berusia 18 tahun ke bawah;
  • Pendapatan isi rumah di bawah RM3,000.00 sebulan;
  • Lahir di Selangor atau menetap di Selangor melebihi 10 tahun; dan
  • Pemilih berdaftar di Negeri Selangor.

REGISTER BANTUAN 300 SETIAP BULAN UNTUK PEMBELIAN BARANGAN KEPERLUAN ASAS 2024

Ikuti cara register dengan mudah di portal rasmi seperti berikut :

PAUTAN PORTAL RASMI REGISTER
https://www.bingkasselangor.com/
  1. Sila layari pautan laman rasmi permohonan di atas.
  2. Kemudian, anda akan dibawa ke halaman utama BINGKAS.
  3. Tekan butang [DAFTAR PERMOHONAN].
  4. Jika anda mempunyai akaun ‘Selangkah’, masukkan nombor telefon dan kata laluan.
  5. Kemudian, tekan [Log Masuk].
  6. Jika tiada akaun, sila tekan pautan [Daftar Sekarang] dan daftar untuk teruskan.
  7. Masukkan nombor telefon dan tekan [Teruskan].
  8. Kemudian, masukkan nombor OTP yang dihantar ke telefon anda.
  9. Klik [Sahkan OTP].
  10. Anda telah berjaya log masuk ! Tekan butang [X].
  11. Sila isi borang Maklumat Peribadi dengan betul dan tekan butang [Teruskan].
  12. Isi borang Maklumat Pendapatan isi rumah anda dan klik butang [Teruskan].
  13. Seterusnya, isikan borang Maklumat Anak-Anak dan tekan butang [Tambah Anak] untuk menyimpan rekod (ulangi langkah ini untuk setiap anak).
  14. Kemudian, tekan butang [Teruskan].
  15. Hanya perlu masukkan info anak yang berumur 18 tahun ke bawah sahaja, melainkan mereka berstatus OKU.
  16. Tandakan pada maklumat bantuan yang berkenaan dan klik butang [Teruskan].
  17. Tekan [Choose File] untuk muat naik salinan dokumen rasmi yang diperlukan dan klik butang [Teruskan].
  18. Sila tandakan pada kotak persetujuan [/].
  19. Tekan butang [Hantar].
  20. ‘Pendaftaran BINGKAS anda berjaya!’ Nantikan makluman pengesahan anda.
  21. Selesai.

RUJUKAN

Semua maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi BINGKAS. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib seperti berikut :

PENAFIAN

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://www.bingkasselangor.com/.

2 thoughts on “REGISTER BANTUAN 300 SETIAP BULAN UNTUK PEMBELIAN BARANGAN KEPERLUAN ASAS 2024 : MOHON SEKARANG”

  1. Kalau tahun lepas saya sempat juga dapat bantuan BFR tu dengan e kasih saya setatus miskin tegar tepi sekarang ni tidak sudah di mana lari semua bantuan yang seharusnya saya dapat

    Reply

Leave a Comment