REGISTER BANTUAN SARA HIDUP RM1200 2024 : MOHON SEKARANG
Ekonomi serta kos sara hidup yang semakin mencabar walau di bandar mahupun di luar bandar menjadikan rakyat terutamanya yang berpendapatan rendah terkesan dengan gelumang kos sara hidup. Kerajaan amat prihatin terhadap nasib yang menimpa rakyat. Justeru, Kerajaan menawarkan bantuan sara hidup yang bernilai sehingga RM1,200.
Bagaimanakah register bantuan sara hidup rm1200? Ikuti penerangan lebih terperinci di sini.
BACA JUGA : CHECK STATUS PENERIMA BANTUAN MYKAD 300 SETIAP BULAN : SEMAK SEKARANG
PENGENALAN BANTUAN SARA HIDUP RM1200
Bantuan Sara Hidup yang disalurkan ini adalah sebagai bantuan tambahan kepada penerima Bantuan Tunai Rahmah (STR) yang disalurkan secara berperingkat dan berfasa kepada setiap kategori dewasa Malaysia iaitu Isi rumah, Bujang dan Warga emas.
KELAYAKAN BANTUAN SARA HIDUP
Berikut merupakan syarat-syarat kelayakan penerima Bantuan Sara Hidup bagi tahun 2024 :
- Warganegara Malaysia;
- Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024 kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan; dan
- Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM) sehingga 31 Oktober 2023.
KADAR BANTUAN SARA HIDUP 2024
Bantuan Sara Hidup yang disalurkan mengikut kadar setiap kategori kelayakan seperti berikut :
KATEGORI PENERIMA | KADAR BANTUAN | BIL. PENERIMA |
---|---|---|
Kategori Miskin Tegar | Isi Rumah : RM1,200. Warga Emas : RM1,200. Bujang RM600. | 0.2 juta |
Kategori Miskin e-Kasih | Isi Rumah : RM1,200. Warga Emas : RM1,200. Bujang RM600. | 0.5 juta |
Kategori Asas (Bukan Miskin / Miskin Tegar) | Isi Rumah : RM300. Warga Emas : RM150. Bujang RM150. | 8.0 juta |
KAEDAH PENGKREDITAN BANTUAN SARA HIDUP
Berikut merupakan kaedah pengkreditan Bantuan Sara Hidup setiap alamat dan kategori penerima :
- Penerima beralamat di Semenanjung Malaysia dari Kategori Miskin dan Miskin Tegar :
KATEGORI PENERIMA | KAEDAH PENGKREDITAN |
---|---|
Isi Rumah dan Warga Emas | RM1,200 dikreditkan ke dalam MyKad setiap bulan selama 12 bulan sebanyak RM100 setiap bulan (Januari – Disember 2024) |
Bujang | RM600 dikreditkan ke dalam MyKad setiap bulan selama 12 bulan sebanyak RM50 setiap bulan (Januari – Disember 2024) |
- Penerima beralamat di Sabah, Sarawak dan W.P Labuan dari Kategori Miskin dan Miskin Tegar :
KATEGORI PENERIMA | KAEDAH PENGREDITAN |
---|---|
Isi Rumah dan Warga Emas | RM1,200 dikreditkan ke akaun bank / secara tunai di Bank Simpanan Nasional sebanyak RM600 dua (2) kali setahun (Februari dan Ogos 2024) |
Bujang | RM600 dikreditkan ke akaun bank / secara tunai di Bank Simpanan Nasional sebanyak RM300 dua (2) kali setahun (Februari dan Ogos 2024) |
- Penerima Seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak dari Kategori Asas (Bukan Miskin / Miskin Tegar) :
KATEGORI PENERIMA | KAEDAH PENGKREDITAN |
---|---|
Isi Rumah dan Warga Emas | Akan diberitahu dari semasa ke semasa dalam masa terdekat. |
Bujang | Akan diberitahu dari semasa ke semasa dalam masa terdekat. |
REGISTER BANTUAN SARA HIDUP RM1200 2024
Sekiranya anda memenuhi syarat kelayakan untuk kategori miskin / miskin tegar, anda perlu membuat pendaftaran e-Kasih seperti berikut :
- Sila hadirkan diri ke Pejabat Pembangunan Negeri (PPN) atau Pejabat Daerah yang berdekatan; atau
- Hubungi Talian PPN Negeri masing-masing di talian berikut :
- PPN Perlis : 04-9731976
- PPN Kedah : 04-7209236
- PPN P.Pinang : 04-2185700
- PPN Perak : 05-2497400
- PPN Selangor : 03-55213600
- PPN W.Persekutuan : 03-40420260 / 61
- PPN N.Sembilan : 06-7659945
- PPN Melaka : 06-3333333
- PPN Johor : 07-2234777
- PPN Pahang : 09-5178208
- PPN Terengganu : 09-6272000
- PPN Kelantan : 09-7455000
- PPN Sarawak : 082-446582
- PPN Sabah : 088-484800
- Sekiranya anda telah berdaftar dengan PPN, anda boleh membuat semakan di sini : https://ekasih.icu.gov.my/ekasih/Semakan/Pages/CarianAwam.aspx.
- Selesai.
PROSES REGISTER
Untuk mengetahui info lanjut berkaitan proses pendaftaran e-Kasih, boleh rujuk pada pautan di sini : https://ekasih.icu.gov.my/Pages/ProsesPendaftaran.aspx.
RUJUKAN
Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi MyKasih dan dari Portal Rasmi eKasih. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib seperti berikut :
- Talian Bantuan MyKasih : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
- Email : [email protected]
- Website : https://www.mykasih.com.my/contact-us/.
PENAFIAN
Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak kerajaan malaysia dan juga kerajaan negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan dari : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/ dan https://www.icu.gov.my/?pg=perkhidmatan&type=sejahtera&list=s02.