S PAY GLOBAL SKAS SARAWAK 2025 : CARA TEBUS & BUAT BAYARAN DI KEDAI

S PAY GLOBAL SKAS SARAWAK 2025 : CARA TEBUS & BUAT BAYARAN DI KEDAI

Bagi penerima Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS), penyaluran bantuan ini dilaksanakan menerusi aplikasi S Pay Global, yang membolehkan mereka mendapatkan keperluan asas dengan lebih mudah dan efisien.

Melalui aplikasi ini, penerima dapat membeli pelbagai barangan keperluan harian tanpa perlu menggunakan wang tunai, sekali gus memberikan kemudahan dalam pengurusan perbelanjaan.

Selain itu, mereka juga boleh memanfaatkan perkhidmatan lain yang tersedia dalam aplikasi ini, termasuk penebusan baucar dan pembayaran bagi perkhidmatan tertentu.

Dengan adanya kemudahan digital ini, penerima tidak perlu beratur panjang atau hadir secara fizikal ke pusat bantuan untuk mendapatkan keperluan asas mereka.

Sistem ini bukan sahaja menjimatkan masa, malah memastikan bantuan dapat disalurkan dengan lebih cekap dan telus.

Pada masa yang sama, ia juga menggalakkan penggunaan transaksi tanpa tunai dalam kalangan rakyat Sarawak, sejajar dengan usaha kerajaan negeri ke arah pendigitalan ekonomi.

BACA JUGA DI SINI : CARA MOHON mySalam 2025 : PANDUAN, SYARAT KELAYAKAN DAN DOKUMEN YANG DIPERLUKAN

APA ITU S PAY GLOBAL

  • S Pay Global (dahulunya dikenali sebagai Sarawak Pay) merupakan platform aplikasi mudah alih daripada Fintech Kerajaan Sarawak yang menyediakan fungsi e-dompet yang mudah dan terjamin.
  • Pengguna boleh membuat pembayaran digital untuk bil dan pembelian kepada peniaga yang mengambil bahagian.
  • Pengguna juga boleh menambah nilai e-dompet melalui perbankan internet dan kad kredit serta menikmati kemudahan transaksi tanpa tunai.

PERKHIDMATAN S PAY GLOBAL

Perkhidmatan yang ditawarkan dalam aplikasi ini adalah seperti berikut:

  1. Mengimbas dan membayar menggunakan kod QR.
  2. Membahagikan bil antara pengguna.
  3. Melakukan pemindahan dana.
  4. Menikmati baucar diskaun ganjaran kesetiaan.
  5. Membeli dan memperbaharui insurans, membayar pinjaman belajar, memesan makanan, membuat derma, membayar tempat letak kereta.
  6. Membuat penebusan SKAS.

APA ITU BANTUAN SKAS SARAWAK

SKAS merupakan program bantuan kewangan yang disediakan kepada kumpulan rakyat Sarawak yang berpendapatan rendah melalui baucar digital.

Lebih 880,000 rakyat Sarawak layak menerima bantuan di bawah inisiatif SKAS yang disalurkan melalui aplikasi ini.

Penyaluran pembayaran dibuat mulai 18 Februari 2025 kepada mereka yang layak dan mereka boleh membuat penebusan melalui aplikasi S Pay Global ini.

JUMLAH BANTUAN SKAS SARAWAK MENGIKUT KATEGORI

Nilai bantuan adalah antara RM250 hingga RM800, bergantung kepada kategori penerima seperti yang dinyatakan di bawah:

  • Kategori Isi Rumah berpendapatan RM5,000 ke bawah akan menerima RM800.
  • Kategori Bujang dengan pendapatan RM2,500 dan ke bawah akan menerima RM250.
  • Kategori Warga Emas berpendapatan RM5,000 ke bawah akan menerima RM400.

CARA TEBUS SKAS

Untuk membuat penebusan SKAS menerusi aplikasi ini, sila ikuti langkah-langkah berikut:

  1. Install dan daftar akaun.
  2. Layari laman web SKAS .
  3. Klik butang ‘Semak Kelayakan.’
  4. Klik butang ‘Sarawak ID Log Masuk.’
  5. Kemudian, klik butang ‘Daftar Sekarang.’
  6. Masukkan no kad pengenalan dan klik butang ‘Search.’
  7. Jika pengguna layak menerima SKAS, klik butang ‘Proceed Update.’
  8. Isi maklumat yang diperlukan dan klik ‘Submit.’
  9. Kemudian, buka aplikasi S Pay Global dan klik jata Sarawak di atas belah kanan.
  10. Pengguna kemudian boleh menyemak status sumbangan tersebut.
Channel Whatsapp Rasmi Info Bantuan Kerajaan Malaysia Madani Terkini (STR 2025/MyKasih/eKasih/Sara/MyKad dan juga bantuan terkini kerajaan 2025.Khas Bantuan B40 & M40! Join : PORTALPERMOHONAN

CARA MEMBUAT PEMBAYARAN

Penerima SKAS yang ingin membuat pembayaran menerusi aplikasi ini, sila ikuti langkah-langkah berikut :

  1. Buka aplikasi tersebut.
  2. Klik bahagian ‘Scan dan Pay.’
  3. Apabila kamera telah dibuka, imbas kod QR pada premis perniagaan tersebut. Jika kod QR disimpan di dalam telefon, klik ‘Load on Code.’
  4. Isi jumlah pembayaran dan klik butang ‘Confirm.’
  5. Semak perincian pembayaran dan klik ‘Confirm.’
  6. Masukkan security pin.
  7. Pembayaran berjaya.

MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat terkini, layari https://sarawak.gov.my.
Hubungi talian bantuan yang disediakan di laman web rasmi untuk sebarang pertanyaan.
Pastikan anda memenuhi syarat kelayakan dan mengikuti panduan yang disediakan untuk memastikan permohonan diterima dan berjaya.
Info lanjut mengenai S Pay Global SKAS, sila layari laman web https://spayglobal.my/.

Leave a Comment