S PAY GLOBAL REGISTER (APLIKASI UNTUK RAKYAT SARAWAK)
S PAY GLOBAL ialah platform kewangan digital yang ditawarkan oleh Kerajaan Sarawak untuk memudahkan transaksi tanpa tunai. Berikut adalah butiran dan panduan lengkap untuk register atau daftar applikas S Pay Global.
Baca Juga : TARIKH BAYARAN BANTUAN MyKASIH 2025 (PANDUAN LENGKAP CARA PENGGUNAAN MyKASIH)
APA ITU S PAY GLOBAL?
S Pay Global adalah platform dompet digital (e-wallet) rasmi yang dikendalikan oleh Sarawak Economic Development Corporation (SEDC). Tujuannya adalah untuk menyediakan cara transaksi tanpa tunai yang cepat, selamat, dan mudah kepada rakyat Sarawak.
Ciri-Ciri Utama S PAY GLOBAL :
- Transaksi Tanpa Tunai
- Membolehkan pengguna membuat pembayaran di kedai fizikal dan dalam talian menggunakan kod QR.
- Pembayaran Bil
- Pengguna boleh membayar bil utiliti, cukai, dan perkhidmatan lain.
- Pemindahan Wang
- Memudahkan pemindahan wang ke pengguna lain dalam sistem.
- Promosi Dan Rebat
- Diskaun dan tawaran khas dari peniaga yang mengambil bahagian.
- Akaun Peniaga (Merchant)
- Peniaga boleh menerima pembayaran tanpa tunai dari pelanggan.
Siapa Yang Boleh Menggunakan S Pay Global ? :
- Warganegara Malaysia dan bukan warganegara dengan dokumen sah boleh mendaftar.
- Peniaga, usahawan kecil, dan individu yang memerlukan dompet digital untuk perniagaan mereka.
REGISTER S PAY GLOBAL
S PAY GLOBAL REGISTER (APLIKASI UNTUK RAKYAT SARAWAK)
Berikut adalah panduan lengkap cara mendaftar sebagai pengguna dan peniaga di SPay Global.
- Muat Turun Aplikasi :
- Aplikasi S PAY GLOBAL boleh dimuat turun melalui ‘Google Play‘, ‘AppGallery’ , atau ‘App Store‘
- Register S Pay Global
- Buka aplikasi dan pilih “Register Now”.
- Pilih kewarganegaraan anda (“Malaysian” atau “Others”).
- Isi maklumat peribadi yang diperlukan dan tetapkan kata laluan.
- Klik butang “Next” untuk meneruskan.
- Pengesahan Identiti (eKYC) :
- Ambil gambar bahagian hadapan dan belakang kad pengenalan (NRIC) anda.
- Rakam gambar ‘selfie’ untuk pengesahan identiti.
- Pengesahan Nombor Telefon :
- Masukkan nombor telefon bimbit anda; kod TAC akan dihantar melalui SMS.
- Masukkan kod TAC yang diterima ke dalam aplikasi.
- Tetapan PIN :
- Tetapkan nombor PIN 6-digit yang akan digunakan untuk transaksi masa hadapan.
- Register S Pay Global Selesai :
- Akaun S PAY GLOBAL anda kini telah berjaya didaftarkan dan sedia untuk digunakan.
S PAY GLOBAL MERCHANT/PENIAGA
Berikut adalah panduan lengkap untuk mendaftar sebagai peniaga (Merchant) di S Pay Global :
- Pendaftaran sebagai Pengguna :
- Pastikan anda telah mendaftar / register sebagai pengguna di aplikasi S PAY GLOBAL.
- Permohonan Akaun Peniaga :
- Dalam aplikasi, pilih “Merchant Account” dan lengkapkan borang pendaftaran yang disediakan.
- Kategori Perniagaan :
- Pilih kategori perniagaan yang sesuai, seperti
- Kecantikan / Penggayaan /Urut / Kesihatan
- e-Hailing
- Gerai Makanan/Food Truck
- Pekerja Bebas/Gig (jurulatih, tuisyen, fotografi, dll.)
- Pengendali Berasaskan Rumah (pembuat kek, katering, dll.)
- Pelancongan (Homestay, Pemandu Pelancong, dll.)
- Peniaga Pasar Basah/Peniaga Kecil
- Pilih kategori perniagaan yang sesuai, seperti
- Muat Naik Dokumen Sokongan :
- Gambar NRIC (depan & belakang).
- Gambar premis perniagaan atau lesen perniagaan.
- Penyata bank terkini.
- Nota : Akaun bank mestilah atas nama peribadi anda. Pastikan gambar NRIC jelas dan mudah dibaca.
- Pengesahan Permohonan :
- Pihak S PAY GLOBAL akan mengesahkan maklumat yang diberikan.
- Anda akan menerima e-mel pemberitahuan mengenai status pendaftaran dalam tempoh 7 hari.
- Aktivasi Kod QR Peniaga :
- Setelah pendaftaran berjaya, kod QR unik anda akan diaktifkan untuk menerima pembayaran.
- Templat kod QR boleh dimuat turun melalui pautan yang disediakan oleh S PAY GLOBAL.
- Menerima Pembayaran :
- Apabila menerima pembayaran daripada pelanggan, anda akan menerima notifikasi melalui aplikasi.
Untuk maklumat lanjut dan panduan terperinci, sila rujuk laman rasmi S PAY GLOBAL di https://spayglobal.my/
INFO
Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang S Pay Global.
Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan dan pertanyaan anda boleh hubungi pusat khidmat pelanggan SPay Global melalui :
- Talian : 082-2 45 99
- Emel : [email protected]