SARA MYKASIH SEMAKAN 2025 – CHECK STATUS PEMBAYARAN

SARA MYKASIH SEMAKAN 2025 – CHECK STATUS PEMBAYARAN

Kementerian Kewangan mengumumkan bahawa lebih 5.4 juta rakyat Malaysia layak menerima bantuan barangan dapur melalui Program MyKasih 2025, dengan bantuan bulanan antara RM50 hingga RM200 bergantung kepada kategori penerima. Bantuan ini, di bawah Sumbangan Asas Rahmah (SARA), bertujuan membantu golongan B40 membeli barangan asas seperti beras dan susu menggunakan MyKad di pasar raya terpilih tanpa wang tunai.

Artikel ini juga menyediakan panduan untuk semakan MyKasih 2025 secara online, syarat kelayakan, jumlah bantuan, dan cara menggunakan bantuan untuk pembelian barang dapur.

Baca Juga : BANTUAN STR FASA 3 (SEMAKAN STATUS)

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN SARA MYKASIH 2025

Untuk melayakkan diri sebagai penerima bantuan Sara Mykasih 2025, individu mestilah :

  • Warganegara Malaysia
  • Penerima STR 2025 dalam kategori :
    • Isi rumah
    • Warga emas tiada pasangan
    • Bujang
  • Berdaftar dalam eKasih (Miskin Tegar/Miskin) untuk kadar bantuan yang lebih tinggi
  • Tiada permohonan diperlukan, kelayakan disemak secara automatik berdasarkan data STR dan eKasih.

JUMLAH BANTUAN SARA MYKASIH JULAI 2025

Berikut adalah jumlah bantuan Sara MyKasih 2025 :

Kategori Penerima Jumlah Bantuan Bulan Julai 2025
Isi Rumah (STR & eKasih)RM200
Warga Emas Tiada Pasangan (STR & eKasih)RM150
Bujang (STR & eKasih)RM50
Isi Rumah (STR sahaja)RM100
Warga Emas Tiada Pasangan (STR sahaja)RM50

SARA MYKASIH SEMAKAN STATUS 2025

Status kelayakan penerima boleh disemak secara dalam talian melalui dua (2) kaedah berikut :

  • Semakan Melalui Portal Rasmi STR
    • Layari : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
    • Klik menu “Semakan Status”.
    • Masukkan nombor kad pengenalan (MyKad) anda.
    • Jawab soalan keselamatan (jika diminta).
    • Klik “Semak”.
    • Status kelayakan akan dipaparkan, sama ada:
    • Lulus (Layak Terima Bantuan SARA / MyKasih)
    • Tidak Lulus / Dalam Proses Kemas Kini
  • Semakan Melalui Portal MyKasih
    • Masuk ke portal rasmi MyKasih https://www.mykasih.com.my/
    • Pilih menu “Semakan Status Penerima”.
    • Masukkan nombor MyKad (12 digit).
    • Klik butang “Semak”.
    • Keputusan kelayakan akan dipaparkan sekiranya anda tersenarai sebagai penerima bantuan.

SENARAI BARANG SARA MYKASIH 2025

Berikut 14 kategori produk barangan keperluan asas yang boleh dibeli meggunakan bantuan Mykad :

  1. Beras : Jasmine / Jati, Bernas / Faiza / Cap Rambutan dan sebagainya.
  2. Roti : Gardenia / Massimo / Mighty White.
  3. Telur : Nutriplus / QL eggs / CP.
  4. Minyak Masak : Sri Murni / Saji / Alif / Daisy / Buruh / Knife / Vesawit.
  5. Tepung : Cap Sauh / Cap Lili / Faiza / Cap Ros / BlueKey.
  6. Biskut : Julies / Tiger / Munchys / Chipsmore / Jacobs / Hwa Tai / Hup Seng.
  7. Mi segera : Indo Mie / Mamee / Maggi / Cintan / Mi Sedap.
  8. Minuman : Tea Boh / Milo / Dutch Lady / F&N / Nescafe / Horlicks / Vico / Marigold / Quacker / Fernleaf.
  9. Makanan dalam tin : Ayam Brand / Yoes, Adabi / Kimball / Tc Boy / King Cup.
  10. Bahan perasa : Sos Puteri / Kimball / Life / Jalen / Cap Kipas Udang / Tamin / Maggi / Faiza / Planta.
  11. Produk kebersihan : Colgate / Dettol / Kotex.
  12. Ubat-ubatan : Prospan / Hurix’s / Panadol / Sterimar / Difflam.
  13. Barangan persekolahan : Bata / Canggih / Stabilo / Faber-Castell / Staedtler.
  14. Barangan Kebersihan : Sabun pinggan / Sabun / serbuk pencuci pakaian / Pencuci lantai
SENARAI BARANGAN KEPERLUAN ASAS MYKASIH

RUJUKAN

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan MyKasih, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

Leave a Comment