SARA MYKASIH SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK BANTUAN (RM200 & RM100 & RM50)

SARA MYKASIH SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK BANTUAN (RM200 & RM100 & RM50)

Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang disalurkan melalui platform MyKasih merupakan inisiatif kerajaan yang bertujuan untuk membantu rakyat dalam pembelian barangan keperluan asas secara tanpa tunai. Bantuan ini akan dikreditkan secara langsung ke dalam MyKad penerima dan hanya boleh digunakan di kedai serta pasar raya yang telah ditetapkan.

Untuk menyemak status kelayakan SARA MyKasih bagi tahun 2025, sila ikuti maklumat lanjut di sini.

Baca Juga : Kelebihan Kad Pekerja Madani Yang Perlu Anda Tahu

SYARAT KELAYAKAN SARA MYKASIH 2025

Kelayakan untuk SARA 2025 adalah terhad kepada :

Penerima Miskin Tegar dan Miskin eKasih

  • Warganegara Malaysia
  • Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 dalam kategori Isi Rumah, Bujang, dan Warga Emas Tiada Pasangan
  • Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM) sehingga 31 Oktober 2024 atau pada tarikh semakan berkala.

SARA untuk Isi Rumah dan Warga Emas Tiada Pasangan STR 2025

  • Warganegara Malaysia
  • Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 dalam kategori Isi Rumah dan Warga Emas Tiada Pasangan

KATEGORI & JUMLAH BANTUAN MYKASIH 2025

Setiap penerima yang dikenal pasti layak SARA 2025 akan menerima jumlah bantuan MyKasih / Sumbangan Asas Rahmah seperti berikut :

  • Kategori Penerima STR & eKasih
    • Isi Rumah : RM2100
    • Warga Emas Tiada Pasangan : RM1650
    • Bujang : RM600
  • Kategori Penerima STR sahaja
    • Isi Rumah : RM900
    • Warga Emas Tiada Pasangan : RM450

CARA SEMAKAN STATUS BANTUAN SARA MYKASIH 2025

Untuk mengetahui status kelayakan dan bayaran, ikuti langkah berikut :

  • Layari laman web rasmi : https://www.mykasih.com.my/
  • Klik pada pautan “Semakan Kelayakan
  • Masukkan nombor MyKad (IC) anda
  • Klik “Semakan Status
  • Jika anda tersenarai sebagai penerima, status akan memaparkan
    • Kelayakan Sara
    • Baki semasa Sara

SENARAI BARANG SARA MYKASIH 2025

Berikut 14 kategori produk barangan keperluan asas yang boleh dibeli meggunakan bantuan Mykad :

  1. Beras : Jasmine / Jati, Bernas / Faiza / Cap Rambutan dan sebagainya.
  2. Roti : Gardenia / Massimo / Mighty White.
  3. Telur : Nutriplus / QL eggs / CP.
  4. Minyak Masak : Sri Murni / Saji / Alif / Daisy / Buruh / Knife / Vesawit.
  5. Tepung : Cap Sauh / Cap Lili / Faiza / Cap Ros / BlueKey.
  6. Biskut : Julies / Tiger / Munchys / Chipsmore / Jacobs / Hwa Tai / Hup Seng.
  7. Mi segera : Indo Mie / Mamee / Maggi / Cintan / Mi Sedap.
  8. Minuman : Tea Boh / Milo / Dutch Lady / F&N / Nescafe / Horlicks / Vico / Marigold / Quacker / Fernleaf.
  9. Makanan dalam tin : Ayam Brand / Yoes, Adabi / Kimball / Tc Boy / King Cup.
  10. Bahan perasa : Sos Puteri / Kimball / Life / Jalen / Cap Kipas Udang / Tamin / Maggi / Faiza / Planta.
  11. Produk kebersihan : Colgate / Dettol / Kotex.
  12. Ubat-ubatan : Prospan / Hurix’s / Panadol / Sterimar / Difflam.
  13. Barangan persekolahan : Bata / Canggih / Stabilo / Faber-Castell / Staedtler.
  14. Produk kebersihan rumah : Sabun / Serbuk pencuci pakaian, lantai, pinggang mangkuk

MAKLUMAT LANJUT

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi STR. Sebarang persoalan atau pertanyaan, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.

INFO

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat.
Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan.

Leave a Comment