SEMAK BANTUAN RM100 MYKAD 2024 : CHECK SEKARANG

SEMAK BANTUAN RM100 MYKAD 2024 : CHECK SEKARANG

Kaedah penyaluran bantuan ke dalam MyKad penerima ialah satu inisiatif yang berkesan untuk Kerajaan mengenalpasti rakyat yang layak menerima bantuan dan juga memudahkan rakyat menerima dan menggunakan manfaat yang diterima menerusi MyKad (Kad Pengenalan) masing-masing.

Bagaimanakah semak bantuan rm100 mykad? Ikuti penerangan lebih lanjut di sini.

BACA JUGA : DAFTAR BANTUAN MYKAD 100 SETIAP BULAN : MOHON SEKARANG

APA ITU BANTUAN RM100 MYKAD

Nama rasmi bagi bantuan ini adalah Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang diperkenalkan oleh Kerajaan iaitu dengan menyalurkan ke dalam Mykad penerima secara tanpa tunai (cashless) khas untuk pembelian barangan keperluan asas di kedai-kedai terpilih dengan pembayaran hanya menggunakan MyKad sahaja.

KADAR PENERIMA BANTUAN RM100 MYKAD 2024

Tahun 2024 dijangka memanfaatkan lebih 700,000 penerima dengan peruntukan RM700 juta berbanding tahun 2023, iaitu hanya 210,000 penerima dengan perbelanjaan RM130 juta. Ini melibatkan peningkatan peruntukan lebih lima kali ganda berbanding tahun lepas.

KAEDAH PELAKSANAAN BANTUAN RM100 MYKAD

Penerima daripada Semenanjung Malaysia akan menerima bantuan barangan keperluan asas tanpa tunai (cashless) berjumlah RM100 setiap bulan bagi tempoh 12 bulan (Januari 2024 – Disember 2024) secara automatik melalui akaun yang dibuka menggunakan MyKad penerima.

Penerima boleh membeli barangan runcit asas daripada kategori produk yang diluluskan di pasar raya / kedai runcit terpilih seluruh negara menggunakan MyKad.

KAEDAH MAKLUMAN PENERIMA BANTUAN RM100 MYKAD

Penerima yang layak akan dimaklumkan melalui kaedah seperti berikut :

  1. Surat pemakluman :
    • Surat lulus STR 2024 bersekali kelayakan SARA kepada alamat berdaftar dalam permohonan STR.
  2. Sistem Pesanan Ringkas (sms blast) :
    • Penerima yang layak akan menerima Sistem Pesanan Ringkas / aplikasi WhatsApp (SMS) daripada MyKasih untuk mengesahkan status mereka sebagai penerima di bawah program ini, berserta tarikh dan masa untuk sesi taklimat orientasi di kedai runcit yang terdekat.

SEMAK BANTUAN RM100 MYKAD 2024

Terdapat dua (2) Portal Rasmi yang boleh membuat semakan Bantuan RM100 MyKad seperti berikut :

  • SEMAK BANTUAN RM100 MYKAD DI PORTAL RASMI MYKASIH :
  1. Sila layari Portal Rasmi MyKasih; atau klik pautan di sini : https://mykasih.com.my/.
  2. Pada halama utama Portal Mykasih, sila klik pada [SEMAK STATUS].
  3. Anda akan dibawa ke bahagian ‘Semakan Status’.
  4. Masukkan Nombor Mykad anda dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX
  5. Tekan butang [Semak Status].
  6. Status anda akan dipaparkan.
  7. Selesai.
  • SEMAK BANTUAN RM100 MYKAD DI PORTAL RASMI MySTR LHDNM :
  1. Sila klik pada pautan semakan MySTR LHDNM di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
  2. Kemudian, masukkan Nombor Mykad pemohon pada ruangan MySTR tanpa (-) contoh : 83XXXXXXXXXX.
  3. Klik butang [Log Masuk].
  4. Seterusnya, klik [Semak].
  5. Tekan [Ya] sekiranya frasa keselamatan pemohon yang dipaparkan adalah betul.
  6. Masukkan kata laluan yang betul.
  7. Klik butang [Log Masuk].
  8. Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
  9. Status pemohon akan dipaparkan.
  10. Selesai.

RUJUKAN

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi MyKasih. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib seperti berikut :

PENAFIAN

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak kerajaan malaysia dan juga kerajaan negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.

Leave a Comment