SEMAK BANTUAN SABAH PRIHATIN 2025 : SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK
Keprihatinan Kerajaan Negeri Sabah terhadap rakyat Sabah yang merupakan golongan miskin dan miskin tegar dengan memberikan Bantuan Sabah Prihatin yang diperkenalkan sebagai Program Sentuhan Kasih Rakyat (SYUKUR) dengan kadar sebanyak RM300 setiap bulan bagi sepanjang tahun 2025.
Bagaimanakah semak bayaran Bantuan Sabah Prihatin? Ikuti panduan dan penjelasan lebih lanjut di bawah.
Baca Juga : PEMBAYARAN STR FASA 2 (SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK)
KELAYAKAN PENERIMA BAYARAN BANTUAN SABAH PRIHATIN 2025
Hanya rakyat Sabah yang memenuhi kelayakan berikut layak menerima Bantuan Sabah Prihatin / Program Sentuhan Kasih Rakyat (SYUKUR) :
- Pendapatan : Ketua isi rumah atau ahli keluarga mestilah tergolong dalam kategori miskin tegar atau miskin.
- Warganegara : Pemohon mestilah rakyat Malaysia yang bermastautin di Sabah.
- Umur : Pemohon hendaklah berumur 18 tahun ke atas.
- Alamat Tetap : Pemohon perlu mempunyai alamat tetap yang berdaftar di Sabah.
OBJEKTIF PEMBERIAN BANTUAN SABAH PRIHATIN 2025
Antara objektif pemberian Bantuan Sabah Prihatin / Program Sentuhan Kasih Rakyat (SYUKUR) adalah untuk :
- Meringankan Beban Kewangan : Dengan bantuan RM300 sebulan, penerima dapat menggunakannya untuk keperluan asas seperti makanan dan perbelanjaan harian.
- Meningkatkan Taraf Hidup : Bantuan ini dapat membantu keluarga miskin memenuhi keperluan pendidikan dan penjagaan kesihatan anak-anak mereka.
- Memberi Harapan Kepada Golongan Miskin : Bantuan kewangan ini bukan sahaja menyokong dari segi kewangan tetapi juga memberikan harapan kepada golongan miskin untuk membina kehidupan yang lebih baik.
KADAR BAYARAN BANTUAN SABAH PRIHATIN 2025
Bantuan Sabah Prihatin / Program Sentuhan Kasih Rakyat (SYUKUR) akan dibayar dengan kadar sebanyak :
KELAYAKAN PENERIMA | KADAR BAYARAN |
---|---|
Ketua Isi Rumah Dan Ahli Isi Rumah Yang Berstatus ‘layak’ | RM300 Setiap Bulan |
TARIKH BAYARAN BANTUAN SABAH PRIHATIN 2025
Bagi pembayaran pertama Bantuan Prihatin Sabah/ Program Sentuhan Kasih Rakyat (SYUKUR) untuk suku pertama tahun ini adalah bermula pada Februari 2025 khas kepada 100,000 ribu rakyat Sabah yang memenuhi kelayakan yang ditetapkan.
Nota : Tarikh bayaran akan dikemaskini dari semasa ke semasa sebaik sahaja ianya diumumkan secara rasmi oleh Kerajaan.
SEMAK BAYARAN BANTUAN SABAH PRIHATIN 2025
Berdasarkan kenyataan rasmi Kerajaan Negeri Sabah, bahawa Gabungan Rakyat Sabah (GRS) akan bergerak ke semua kawasan Dewan Undangan Rakyat (DUN) untuk mengumpulkan golongan miskin dan miskin tegar yang layak menerima Bantuan Sabah Prihatin.
Kemudian, senarai nama penerima yang terkumpul akan diberikan kepada Sekretariat Sabah Maju Jaya (SMJ) yang dipertanggungjawabkan untuk menyelaraskan pemberian Bantuan Sabah Prihatin / Program Sentuhan Kasih Rakyat (SYUKUR) dengan kadar RM300 setiap bulan.
KESIMPULAN
Bantuan Sabah adalah satu inisiatif penting oleh Kerajaan Negeri Sabah dalam membantu rakyat yang memerlukan. Dengan bantuan bulanan RM300, penerima dapat menikmati kehidupan yang lebih stabil dan sejahtera.Bagi mereka yang layak, pastikan anda segera membuat permohonan melalui saluran rasmi yang telah disediakan. Jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan manfaat daripada program ini yang bertujuan meringankan beban kewangan rakyat Sabah.
INFO
Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan.
Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan bantuan Sabah, anda boleh hubungi pihak berwajib seperti di bawah :
- Portal Rasmi Sabah : https://sabah.gov.my/