SEMAK BANTUAN SARA 2025 : SEMAKAN NAMA PENERIMA (CEK STATUS LAYAK ATAU TIDAK)
Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2025 merupakan inisiatif kerajaan Malaysia untuk membantu golongan B40 dan miskin tegar menangani kos sara hidup. Program ini memberikan bantuan dalam bentuk kredit tanpa tunai yang boleh digunakan untuk membeli barangan keperluan asas di kedai runcit terpilih.
Jika anda telah mendaftar atau menerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025, anda mungkin layak untuk SARA 2025. Bagi memastikan anda termasuk dalam senarai penerima, semakan status bantuan SARA 2025 boleh dilakukan melalui portal rasmi.
Artikel ini akan menerangkan cara untuk cek kelayakan bantuan SARA 2025 dan langkah-langkah yang perlu diambil jika anda layak menerima bantuan ini.
Baca Juga : BANTUAN STR FASA 2 2025
APA ITU BANTUAN SARA 2025?
SARA 2025 adalah bantuan tambahan kepada penerima STR 2025 yang tergolong dalam kategori miskin tegar atau miskin berdasarkan data eKasih. Selain itu, sebahagian penerima Isi Rumah dan Warga Emas Tiada Pasangan STR 2025 juga layak menerima bantuan ini. Bantuan ini diberikan dalam bentuk nilai kredit yang dikreditkan ke dalam MyKad penerima dan boleh digunakan di kedai runcit serta pasar raya terpilih. Ia bertujuan untuk membantu rakyat mendapatkan barangan keperluan asas dengan lebih mudah dan pantas.
CARA SEMAK NAMA PENERIMA BANTUAN SARA 2025
Untuk mengetahui sama ada anda layak menerima bantuan SARA 2025, anda boleh mengikuti langkah berikut :
- Semakan Melalui Portal Rasmi STR
- Layari laman web rasmi STR : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Masukkan nombor kad pengenalan (MyKad) anda.
- Klik pada bahagian “Semakan Status”.
- Status kelayakan SARA 2025 akan dipaparkan jika anda layak menerima bantuan ini.
- Surat Pemakluman Penerimaan SARA 2025
- Kerajaan akan menghantar surat rasmi kepada penerima STR 2025 yang layak menerima SARA.
- Surat ini mengandungi maklumat kelayakan dan kaedah penggunaan bantuan.
- Notifikasi SMS atau WhatsApp dari MyKasih
- Penerima yang layak akan menerima mesej pengesahan melalui SMS atau WhatsApp daripada MyKasih.
- Mesej ini mengandungi maklumat berkaitan bantuan SARA 2025.
KATEGORI PENERIMA BANTUAN SARA 2025
Terdapat dua kumpulan utama penerima bantuan SARA 2025 :
- Penerima Miskin Tegar dan Miskin eKasih
- Mesti warganegara Malaysia.
- Telah lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 untuk kategori Isi Rumah, Warga Emas Tiada Pasangan, atau Bujang.
- Tersenarai sebagai miskin tegar atau miskin dalam sistem eKasih sehingga 31 Oktober 2024.
- Penerima STR 2025 bagi Isi Rumah dan Warga Emas Tiada Pasangan
- Warganegara Malaysia yang telah lulus STR 2025.
- Kategori penerima terdiri daripada Isi Rumah dan Warga Emas Tiada Pasangan, tetapi bukan dalam kategori miskin tegar atau miskin eKasih.
JUMLAH BANTUAN SARA 2025
Jumlah bantuan SARA 2025 bergantung kepada kategori penerima :
- Miskin Tegar & Miskin eKasih :
- Isi Rumah : RM100 (Januari-Mac) & RM200 (April-Disember) : RM2,100 setahun.
- Warga Emas Tiada Pasangan : RM100 (Januari-Mac) & RM150 (April-Disember) : RM1,650 setahun.
- Bujang : RM50 sebulan sepanjang tahun : RM600 setahun.
- Penerima STR 2025 selain Miskin eKasih :
- Isi Rumah : RM100 (April-Disember) : RM900 setahun.
- Warga Emas Tiada Pasangan : RM50 (April-Disember) : RM450 setahun.
CARA MENGGUNAKAN BANTUAN SARA 2025
Bantuan ini tidak diberikan dalam bentuk wang tunai tetapi dikreditkan terus ke MyKad penerima. Anda boleh menggunakan MyKad untuk membeli barangan keperluan asas di kedai runcit dan pasar raya terpilih seluruh Malaysia. Proses penggunaan bantuan ini adalah seperti berikut :
- Pergi ke kedai runcit atau pasar raya yang menerima SARA 2025.
- Pilih barangan keperluan asas yang termasuk dalam kategori yang dibenarkan.
- Gunakan MyKad sebagai kaedah pembayaran di kaunter.
- Jumlah pembelian akan ditolak daripada kredit bantuan SARA 2025.
SENARAI KEDAI YANG MENERIMA BANTUAN SARA 2025
Bantuan ini boleh digunakan di pasar raya, kedai runcit, dan mini market yang bekerjasama dengan program MyKasih. Beberapa rangkaian yang terlibat termasuk :
- Mydin
- Econsave
- 99 Speedmart
- Giant
- Lotus’s
- Kedai koperasi yang terlibat
Penerima boleh menyemak senarai penuh lokasi kedai melalui portal rasmi MyKasih.
KESIMPULAN
Bantuan SARA 2025 merupakan langkah kerajaan untuk membantu golongan B40 dan miskin tegar dalam mendapatkan barangan keperluan asas. Jika anda telah menerima STR 2025, pastikan anda menyemak status kelayakan atau melalui notifikasi MyKasih. Gunakan MyKad anda di kedai terpilih untuk menikmati manfaat ini dan pastikan anda memanfaatkan sepenuhnya bantuan yang diberikan.
RUJUKAN
Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi STR dan MyKasih. Sebarang persoalan atau pertanyaan, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
- Talian Hotline : 03-8882 4565
- Emel : [email protected]
INFO
Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan.