SEMAK CUKAI TANAH PAHANG 2025 | PANDUAN LENGKAP SEMAKAN DAN PEMBAYARAN

SEMAK CUKAI TANAH PAHANG 2025 | PANDUAN LENGKAP SEMAKAN DAN PEMBAYARAN

Di Negeri Pahang, proses semakan dan pembayaran cukai tanah kini boleh dilakukan secara dalam talian melalui portal rasmi, ia memudahkan rakyat untuk menyemak jumlah cukai dan membuat pembayaran.

Ingin tahu cara untuk menyemak dan membayar cukai tanah Pahang tanpa perlu pergi ke pejabat tanah? Teruskan membaca kerana kami telah menyediakan panduan lengkap untuk anda.

Baca Juga : SENARAI BARANGAN MYKASIH 2025

APA ITU CUKAI TANAH?

Cukai tanah merupakan pembayaran tahunan yang dikenakan oleh kerajaan negeri kepada pemilik tanah yang sah, sebagai syarat dan tanggungjawab atas pemilikan, penggunaan, atau pemegangan tanah di bawah undang-undang negara. Cukai ini adalah sumber pendapatan yang penting bagi negeri dan wajib dibayar setiap tahun.

Berdasarkan Seksyen 5 Kanun Tanah Negara (KTN) : “Cukai tanah” ertinya apa-apa bayaran tahunan yang perlu dibayar kepada Pihak Berkuasa Negeri berkenaan dengan pemegangan sesuatu tanah berimilik, dan termasuklah apa-apa bayaran tahunan sedemikian yang dikenakan sebagai sewa, premium atau seumpamanya.

Oleh itu, cukai tanah meliputi :

  • Cukai tahunan atas tanah berimilik.
  • Sewa atau premium tahunan yang dikenakan oleh kerajaan negeri.
  • Apa-apa bentuk bayaran berkaitan pemilikan tanah yang ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Negeri.

PERBEZAAN ANTARA CUKAI TANAH DAN CUKAI PINTU

  • Cukai Tanah : Dibayar kepada kerajaan negeri untuk pemilikan tanah.
  • Cukai Pintu (atau Cukai Taksiran) : Dibayar kepada pihak berkuasa tempatan (majlis daerah atau majlis bandaraya) untuk penyelenggaraan kawasan perumahan atau premis.

SEMAKAN CUKAI TANAH PAHANG

Cukai Tanah Pahang boleh disemak dan dibayar melalui beberapa kaedah berikut :

  • Pejabat Daerah dan Tanah (PDT)
  • Pejabat Pengarah Tanah dan Galian, Indera Mahkota, Kuantan
  • Kaunter Bayaran Hasil Tanah, Aras Bawah, Pusat Transformasi Bandar (UTC), Kuantan
  • Portal Rasmi : https://ptg.pahang.gov.my/
SEMAKAN DAN BAYARAN CUKAI TANAH PAHANG

CARA SEMAK CUKAI TANAH PAHANG SECARA ATAS TALIAN

Untuk menyemak cukai tanah, ikuti langkah-langkah berikut :

  • Layari laman rasmi cukai tanah Pahang di : https://fpxptg.pahang.gov.my/fpx/fpx_qrycukai.php?daerah=06
  • Masukkan salah satu maklumat berikut :
    • Nombor Hakmilik
    • Atau pilih daerah, mukim, jenis hakmilik, dan nombor geran
  • Klik butang “Semak Cukai“.
  • Paparan akan menunjukkan maklumat lengkap mengenai cukai tanah anda, termasuk jumlah yang perlu dibayar dan status pembayaran.

NOTA : Jika anda tidak ingat nombor hakmilik (geran), anda boleh mengunjungi kaunter Unit Hasil di mana-mana Pejabat Daerah dan Tanah berdekatan dalam Negeri Pahang untuk melakukan semakan. Sila bawa kad pengenalan untuk pengesahan.

CARA BAYAR CUKAI TANAH PAHANG SECARA ONLINE

Jika status pembayaran anda adalah “Belum Dibayar“, anda boleh terus membuat pembayaran dengan langkah-langkah berikut :

  • Klik butang “Bayar” selepas semakan.
  • Tandakan kotak untuk bersetuju dengan terma dan syarat.
  • Pilih kaedah pembayaran :
    • Perbankan internet (FPX)
    • Kad debit/kredit
  • Lengkapkan pembayaran dan simpan resit sebagai bukti.

TARIKH AKHIR PEMBAYARAN CUKAI TANAH PAHANG

Tarikh akhir untuk pembayaran cukai tanah bagi tahun 2025 adalah pada atau sebelum 31 Mei 2025. Kelewatan dalam pembayaran boleh mengakibatkan denda atau tindakan lanjut oleh pihak berkuasa.

Pastikan anda menyemak dan membayar cukai tanah anda sebelum tarikh akhir. Manfaatkan kemudahan portal dalam talian yang disediakan oleh kerajaan negeri Pahang untuk menjimatkan masa dan mengelakkan sebarang masalah di masa hadapan.

CARA SEMAK CUKAI TANAH

MAKLUMAT LANJUT

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi. Sebarang persoalan atau pertanyaan, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.

INFO

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat.

Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan.

Leave a Comment